DAH LAMA KAHWIN TAPI BELUM ADA ANAK


Assalamualaikum

DAH LAMA KAHWIN TAPI BELUM ADA ANAK | Hi, first of all, sha belum kahwin tapi benda yang akan sha cakap ni selalu sangat terjadi depan mata sha or sekeliling sha. sha yang belum kahwin ni pun kadang kadang rimas tengok kawan/sedara yang dah lama kahwin tapi belum ada anak kena jawab soalan dari orang. semua orang kahwin memang nak anak la kan? anak tu kan pengikat kasih, penambah rezeki, pengerat kasih sayang kan? kalau yang taknak anak tu em entah la mungkin dia ada planning dia sendiri.

"dont hurt anyone. it only takes few seconds to hurt people, and its take forever to heal it"

"dah lama kahwin takda isi lagi ka?" "bila mak hang nak dapat cucu ni?" "jaga badan la tu, tu takmau mengandung" taktau lah kalau korang jarang dengar ayat ni, sha selalu ja dengar hahaha selalu sangat sampai naik muak, naik bosan. kadang kadang tu orang macam paksa gila gila orang yang dah kahwin tu untuk ada anak sampai macam dia lupa yang semua ni REZEKI. ya REZEKI, sedar ke tak yang anak ni salah satu rezeki? kalau Allah bagi alhamdulillah, kalau takdak? bersabarlah, mungkin Allah tak bagi zuriat tapi Allah bagi keluarga mentua yang baik dan memahami, Allah kurniakan suami yang penyayang, Allah bagi rezeki kesihatan, rezeki wang ringgit. 

ni cerita pasal sepupu sha, fyi, dia dah meninggal past 5 year kot sebab sakit. get married with her ex husband on dec 2006 pastu dah lepas 4 tahun kahwin still takda anak, pity her, kena cakap mandul apa semua but bila ajak pi checkup lelaki tu yang takmau pi. she is nice person, sumpah baik gila. she is the one of the best cousin ever. pastu dorang cerai sebab takdak anak. sedih bila dapat tau orang terdekat jadi benda macam ni. pastu dapat tau dia sakit, i cant remember dia sakit apa.

sha selalu juga tengok kawan yang dah kahwin luah perasaan kat status whtsapp pasal makcik makcik suka tanya bila nak pregnant ni. kadang kesian sangat, yelah kitaorang baru 22 kot. mesti lah ada perancangan kan? tambah dia pulak yang dah kahwin, sebelum ada anak mesti nak ada rumah, kereta semua tu kan? sha kadang kadang yang emo lebih dari dia haha. dia cakap dia stress asyik dapat soalan macam tu padahal baru je kahwin last year, bukan dah 30 tahun hahaha.

susah betul kan nak jaga hati orang ni. nak tutup mulut orang lagi lah susah. pekak kan telinga jelah. tak kahwin orang tanya bila nak kahwin, dah kahwin tanya bila nak ada anak, dah ada anak 1 tanya bila nak tambah anak *tepuk dahi*

jagalah mulut masing masing. sha percaya makcik makcik yang suka menyoal macam polis pencen ni ada anak perempuan hahaha jaga mulut elok elok, makcik ada anak perempuan jugak. maaf kalau ada yang terasa.

sekian luahan perasaan, bye :)

6 comments:

  1. Biasalah Sha.. Manusia nie memang takkan berpuas hati dengan keadaan orang lain, seolah-olah mereka 'buta hati' dengan kekuasaan Allah, seolah-olah mereka tak menerima apa yang Allah telah rancangkan pada hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Sha, kebanyakan lupa semua tu rezeki dari Allah... Usaha macam mana pun andai belum tiba masanya tak akan dapat juga...

    ReplyDelete
  3. Betul Sha. Susah nak jaga mulut orang. Mereka bertanya bagaikan tidak tahu yang masing-masing ada rezeki yang ditentukan oleh Allah. Setiap orang berlainan rezeki dan dugaan yang ada. Bersyukur apa adanya dan sentiasa percaya akan aturan Allah.

    ReplyDelete
  4. Mulut makcik-makcik bawang ini memang menyakitkan.. Sebab tu kena mula bagi kesedaran terutama sekali diri kita.. Jangan tanya sialan-soalan sensitif ini bila berjumpa.. Respek perasaan oran lain sama.. Semoga dengan perubahan kecil kita akan menjadi satu permulaan..

    ReplyDelete
  5. dalam situasi macam ni, elakkan jumpa dengan makcik2 bawang ni..kalau ada kenduri-kendara pun, tak yah attend sbb nanti kena soal siasat ataupun dipandang sinis..stress..kdg dh explain pun tak paham2..penah kena kat batang idung..penat explain detail, tup tup bila keluar dari rumah si polan ni, dgr dia ckp 'kesian..tak ada anak lagi'..huhu...

    ReplyDelete