REVIEW KFC CHIZZA BOX


Assalamualaikum

REVIEW KFC CHIZZA BOX | Semalam sha cuti untuk minggu ni, sepatutnya cuti selasa tapi tukar cuti sebab ada benda yang bos sha nak kena uruskan apa entah so sha ok je sebab takde plan apa apa untuk this week. lepas tu sha "berehat" sepanjang hari semalam haha, petang baru keluar rumah. bila dah keluar, ingat nakpi rumah makcik nak ajak dia buat spagetti pastu dia pulak ada kerja, sha dengan sedihnya baliklah rumah haha pastu cousin ajak keluar beli ice blend, sha iyakan sajalah. alang alang dah keluar saja lalu depan KFC nak tengok ada tak banner chizza tu, YES ADA! sha terus behenti dan masuk KFC haha.

Untuk pengetahuan korang, KFC telah mengeluarkan menu baru iaitu CHIZZA which is Chicken + Pizza pada 21 November 2017. sha duk nampak iklan KFC yang mengugat iman sha di FB, YOUTUBE dan TWITTER.


disebabkan iklan dia wow gituh , why not try kan? sha pun belilah yang chizza box punya. kalau korang nak beli chizza sahaja pun boleh je, ataupun chizza combo. the reason why beli chizza box sebab nak ayam goreng hahaha. 

CHIZZA BOX

sebenarnya dalam set ni air pepsi kot tapi sha tukar ambik milo, total RM19.00. sebelum sha pergi beli ni, sha tengok dorang upload gambar chizza tu macam kecik je haha macam debar jugaklah nak beli sebab takut tak berbaloi tapi alhamdulillah besarlah jugak kan chizza sha dapat. chizza ni ok ok je. sha taksuka sebab banyak gila nenas, serious banyak. kan dah nak kena mengasingkan pulak sebab sha takmakan nenas. sos dia macam masin sikit sampai hilang rasa ayam goreng. tapi kira ok lah, not bad. haha dan yang ni sha nak cadangkan korang try! by the way, korang dh try ke? hehe

p/s JEMPUT JOIN GIVEAWAY SHA ⟶ GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS




12 comments:

  1. Tak try pun lagi.. Macam tak best je.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Belum cuba..nampak kawan- kawan makan sedap je...ermm..boleh la try nanti ni

    ReplyDelete
  3. Akak xtry lagi tapi memang dalam wishlist. Mesti try juga arini....hihihi. Tq sha sharing 😘

    ReplyDelete
  4. Sos dia sos keju kan. Sha kate macam masin semacam je tu. Nanti nak try jugak lah makan ni. Nampak macam best

    ReplyDelete
  5. Mahal, dahla kecik. Dah rasa dah. Tapi Bella tak suka sangat macam tak kena.Btw, ikut tekak memasing jugak kan. Hehe.

    ReplyDelete
  6. tak try lagi menu yang baru ni,macam menarik je,hihi

    ReplyDelete
  7. I love cheezy food. Going to try this out soon since it looks delicious with my favourite cheese as topping.

    ReplyDelete
  8. wah! sya belum try lagi tapi nampak sedap jee.

    ReplyDelete
  9. Sedap ke. Nanti nak cuba I tunggu gaji I masuk hahaa

    ReplyDelete
  10. Tengok ayam goreng ni macam menarik dalam gambar iklan rasa macam nak cuba nanti kita try dan compare dengan yang ada kat pasaran sekarang mana lagi sedap hehehehe...

    ReplyDelete
  11. tengok viral dekat fb semua marah packaging in reality sangat tak sama dengan dalam iklan... tapi dalam2 byk aym goreng, kfc paling sedap bagi neeza but the original spicy lah hehe

    ReplyDelete
  12. cheese dia berbaloi tak? hehe

    ReplyDelete