TROPIKA FACE CLEANSING OIL - 3 IN 1 CLEANSER


Assalamualaikum.

TROPIKA FACE CLEANSING OIL | Semua sedia maklum, zaman sekarang ni pencuci muka pun bermacam macam jenis, ada jenis foam, ada jenis gel dan ada jugak jenis oil. pemilihan pencuci muka sangat penting supaya bersesuaian dengan jenis kulit kita. korang boleh scroll entry lama lama sha ada share mengenai OCM (oil cleansing method) dan jenis jenis kulit muka. harini sha nak cerita mengenai satu produk baru iaitu TROPIKA FACE CLEANSING OIL. lepas ni korang takpayah susah susah nak menyusahkan diri dah, korang boleh terus beli dan guna TROPIKA FACE CLEANSING OIL ni sebab? produk ini mempunyai tiga fungsi, kiranya 3 in 1 lah iaitu MAKEUP REMOVER, CLEANSER dan MOISTURIZER.



PENGENALAN KEPADA TROPIKA FACE CLEANSING OIL

TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; menghapuskan makeup, membersihkan dan melembapkan kulit serta menjadikan kulit lebih segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga dan yang penting juga, produk ini telah diuji dibawah kawalan dermatologi. Produk ini juga Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE.

BAHAN YANG DIGUNAKAN

Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semula jadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang dapat membersihkan liang - liang pori diwajah.

Vitamin E - Dapat mengurangkan garis halus, kedutan, dan bintik-bintik.

Ekstrak Root Licorice - Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampakan gelap (dark circle) di bawah lingkaran mata dan penuaan. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit.

Olive Oil Esters - Ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.

CARA PENGGUNAAN (HANYA DENGAN TIGA LANGKAH MUDAH)

1. Sapu dan ratakan pada kulit muka
2. Tambah sedikit air dan teruskan urut.
3. Bilas dengan air dan keringkan muka dengan tuala bersih.



BILA HENDAK DIGUNAKAN?

Dua kali sehari atau setiap kali anda nak remove makeup


SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN PRODUK INI?

* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
* Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka.
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM 
** this is a sponsored post but all opinions are mine

9 comments:

  1. Bahan utama myk kelapa dara sure bagus product ni...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya produk ni sebab tripple use. Senang sekali pakai je semua rutin dah selesai.

    ReplyDelete
  3. Makin cantik orang perempuan kat Malaysia sekarang ni macam-macma produk cuma ada duit atau tidak jer nak cantik sekarang hehehehehe bagus juga produk ni selamat..

    ReplyDelete
  4. Cleansing dari minyak kelapa dara ni memang elok kan? Banyak khasiat minyak kelapa dara atau VCO ni.

    ReplyDelete
  5. Minyak kelapa dara mmg bagus..tapi tak pernah tahu ada utk muka. Mesti bagus kan?

    ReplyDelete
  6. betul sis. Tengok sekarang ramai dah cari jenis serba guna ni senang. Jimat masa. Jenis oil cleansing ni macam dah mula viral. tapi sekarang ni saya guna jenis foam cleanser. nanti dah abis teringin jugak nak cuba

    ReplyDelete
  7. Nice product, I love using cleansing oil, the Ely remove my makeup better.

    ReplyDelete
  8. Wah bgus la produk ni. Dulu byk produk baby ja kan...da byk variasi skrg ni...gud job

    ReplyDelete
  9. Have not try this skincare product. How is the texture? Seem good.

    ReplyDelete