DULU PEMALU SEKARANG ?


Assalamualaikum!

sha terasa nak menulis mengenai benda ni, dulu seorang yang pemalu sekarang seorang yang open dengan semua orang. so sha nak cerita dulu mengenai diri sha yang tahap malu yang melampau dulu. dulu masa sha kecik kecik, family sha memang takbenarkan bermain kat luar rumah haha sedihnya zaman kecik sha T___T atas alasan takdak kawan, yes! memang takdak sorang pun cousin yang sebaya dengan sha, kalau cousin yang umur bawah dari sha setahun memang ada tapi jauh. so sha memang dah terbiasa dengan bermain seorang *scary pulak baca* dan didalam rumah. kiranya main dengan mak sedara sha yang jaga sha haha. dulu ni mention je nak apa, tara ada depan mata tapi tulah pengalaman bermain tu yang takdak, takpa semua tu dorang ada alasan sendiri. lepas tu naik sekolah rendah, confident level sha pun macam low gila!!!! 

masa first day darjah 1 kan, sha duduk sebelah budak sekampung sha yang rumah dia dekat gila dengan rumah sha kalau berjalan pun sampai TAPI sha tak kenal dia dan dia tak kenal sha hahahaaha T____T lepas dah kenal kenal baru tau yang duduk sekampung apa semua, so dia lah kawan sha (her name is yusrina). masa sekolah rendah, sha ni antara pelajar pelajar yang boleh dikatakan harapan guru lah, sebab tiap kali exam mesti ambik no 1 -3 (hehe bukan nak bangga tapi alhamdullillah la rezeki) tapi masalah sha satu jelah, takde confident so bila mana ada aktiviti apa apa mesti sha macam teragak agak nak masuk. masa darjah 2 kan, sha kena menghafal sifir dan baca di perhimpunan, ya ampun dia macam rasa nak pengsan tu takpayah cakap, seram sejuk je badan sha sebaik tak pengsan haha. tu satu, masa darjah 4 sha terpilih untuk join perkhemahan, sha dah okay semua tapi hari kejadian sha takmau pergi, perangai buat orang marah betul haha T___T

source : google.com

bila masuk sekolah menengah lagi lah sha jadi semakin pemalu, no no bukan pemalu tapi more to malas nak ambik kisah pasal aktiviti kat sekolah. biasalah sekolah menengahkan, banyak sangat persaingan sampai sha pun rasa lantaklah haha. tapi dulu masa sekolah rendah sha ada jugak masuk hoki, bola jaring sampai wakil peringkat daerah jugaklah tapi bila masuk sekolah menengah terus rasa taknak padahal sha boleh je main hoki siap pernah tibai kepala orang lagi HAAHHAHA sha siap kena paksa oleh cousin sha lagi suruh join sebab nak sijil pe semua kan, tapi tetap jugak tak join. bila time nak buat presentation memang main tolak tolak kawan lah, tu tak kira lagi nak masuk bilik guru hahaha (semua orang mesti pernah lalui situasi ni kan?)

tapi bila masuk form6 sha jadi sedikit yakin dan takberapa malu dah. mungkin sebab budak lelaki dalam kelas sha ada dua orang je? haha dulu masa form1 - form5, budak lelaki perangai -_- pantang salah sikit, dia bahan kita bertahun tahun. bila masuk form6, mungkin semua dah matang kan, kalau salah apa semua tegur elok elok bukan bahan membahan. tapi masa form6 ni masih main tolak tolak sapa masuk bilik guru dulu hahaha susah betul nak buang perangai tu.masa form6 kan ada kerja kursus yang melibatkan presentation, ada yang individu dan juga berkumpulan. kalau berkumpulan tu tak kisah sangat kan, kalau yang individu tu, sha macam tak sangka sha boleh bercakap seorang diri kat depan tu, haha teringat balik momen momen tu rasa nak nangis uolls sha punya level confident time ni memang meningkat dengan mendadaklah haha sampai bila nak jadi pemalu kan? hello im a senior kot (time tu lah)

bila habis dah zaman sekolah, masuk zaman kerja pulak. kerja sha dia membuatkan sha terpaksa berjumpa dengan bermacam macam jenis manusia hari hari dengan pelbagai jenis perangai. masa mula kerja dulu, ada lah seorang lelaki ni, dia memang selalu jugak lah datang kedai yang sha kerja untuk upah taip. first time buat kerja dia memang kena marah betul lah, idklah dia marah or suara dia yang kuat gila. hahaha bayangkan first day kerja kena pekik huwaaa i CRyyy taknak kerja esk hahahaha (padahal dah setahun kerja sini) bila dah hari hari jumpa orang, sha dah berani nak cakap dengan semua orang haha kawan kawan sha kalau nk pergi mintak kerja pun ajak sha hahaha. tu tak kira lagi kalau nak pergi pejabat pos ke, bank ke, kedai makan ke, memang wajib sha mulakan dulu. ha lagi satu pekerja dalam supermarket tu, tu pun dorang segan nak bertanya. 

sebenarnya ok je jadi pemalu tapi tak okay bila tak kena tempat hahaha bak kata pepatah, jangan malu bertanya nanti sesat jalan. taksangka sha menaip panjang panjang macam ni hahaha sebab niat nak buat short blogpost je hahaha T____T (ni semua gara gara adsense) thankyou for reading, tetiba rasa tak kena dengan tajuk pulak blogpost sha ni BYE!


8 comments:

  1. Makin dewasa makin matang, byk jumpa org kurang la malu. Kena selalu yakin dgn diri juga

    ReplyDelete
  2. Semakin dewasa semakin kita luas pengalaman..

    ReplyDelete
  3. Ai beruntung sikit sebab masih boleh main kat halaman rumah.. tapi halaman rumah sendiri je.. hehehe.. tapi sampai sekarang pemalu yang amat..

    ReplyDelete
  4. Sama sha..Dulu akak pun pemalu ya amattt..kat sekolah mmg akak low profile la sampai masuk U..dia punya pemalu tu, tak nak org kenal kita..haha..mana maunya tambah2 dh masuk sekolah menengah..kdg kena buat projek group bagai..tapi dalam malu tak malu, skrg dh ada blog sendiri la..ni lagi la, ramai kot org masuk baca blog kita..agaknya la..haha

    Malu tu boleh tapi biar bertempat...

    ReplyDelete
  5. jangan jd pemalu sgt..dan jangan tak malu sgt plak hihi

    ReplyDelete
  6. Pengalaman mendewasakan kita.. Semakin kita melalui kehidupan ini semakin kita berubah sebenarnya..

    ReplyDelete