Assalamualaikum.

Semalam, jumaat 16 Jun 2017, sha cuti yay! so yesterday was a very tired day hahaha lama gila tak keluar shopping T__T semua ni takrancang sebenarnya, dan sebenarnya lagi sha rancang nak keluar dengan orang lain kahkah!(tulah orang cakap kita hanya mampu merancang) tapi disebabkan sepupu yang ajak sha iyakan jelah dan terpaksa cancel dengan kawan . family first gituh. pada mulanya sha lah yang ajak si leka ni keluar sebab bosan duk rumah (puasa puasa nak merempit jugak) tapi dia cakap takmau pi jauh jauh sebab panas, sha pun okay je lah janji dapat kluar. lepas beberapa minit cousin sha call "nurul, teman aku pi jitra bla bla bla , 2:45 siap" hahahahaha dengan berat hatinya sha terpaksalah cakap kat si leka yang sha nak keluar dengan cousin sha. sebaik dia okay ja sebab katanya keluar lepas ni lah baru boleh makan!

dalam pukul 2:50 petang macam tu kitaorang bertolak ke Jitra~ benda first yang nak buat adalah cod telekung hahahaha sejak bilalah sepupu aku jadi penjual telekung ni. act, dia jadi orang tengah je. so lepas cod telekung tu kitaorang pi Aneka (sekarang dah tukar nama rasanya) sebab cousin nak tukar kasut yang dia beli tak kena size. lepas dah settle semua mulalah tanya nakpi mana nakpi mana hang ke mana hahahahaha pastu ikut hang la, la hang nakpi mana -_- last last kitaorang pi Cmart Tanah Merah. tapi sebelum masuk cmart kitaorang masuk Mr DIY dulu. bermulalah sesi menghabiskan gaji~ kami jalan dari pintu masuk sampai ke hujung kedai. ada jugak la dua tiga kali pusing hahaha biasalah perempuan kalau shopping kan! sha beli sikit je sebab takde benda pun rasa nak beli hahahaha 

jeng jeng jeng
sha beli empat barang ni je, total RM17+ ; getah ikat rambut, earphone, botol spray kosong & beauty blender 
benda paling eksited nak try yang ni lah hahaha so far dalam tahun ni sha dah beli lebih dari 5 kali earphone uolls! ada yang murah ada yang mahal hahahaha yang geram bila yang mahal tu rosak la, kalau yang kedai Rm2.12 rosak boleh terima lagi. dan sha memang berpuas hati dengan earphone yang ni. adik sha siap pesan suruh salotip tempat yang selalu senang putus hahaha! earphone RM7.90 :)

lepas masuk DIY dan dah penat pusing - pusing kitaorang masuk Cmart (dorang sebelah sebelah je) ingatkan nak masuk kedai Max10 (kedai yang barang dia harga max RM10) tapi takbukak pulak huhuhuh dah masuk cmart sebenarnya nak pi watson je tapi cousin ajak jalan jalan dulu. ya Allah dia punya sales memang gila lah, 50% lah 70 % lah, handbag semua elok elok belaka (icry) bukan handbag je uolls, kasut, sandal apa semua lah, memang banyak gila sales! so siapa yang stay kedah tu boleh lah p cmart tu (promote jap) dekat luar cmart tu pun ada jugak booth - booth yang jual kasut copy ori (RM50) , baju (RM20 - 25) tapi kami taktengok pun lah, sebab kalau tengok mesti nak beli hahaha. lepas tu kami masuk watson, sha sebenarnya nak beli blusher -_- tapi pi beli benda lain hahahaha ;


dekat watson pun beli 4 barang jugak hahaha ; face mask (benda wajib), toner (sumpah toner ni best gila) dan tisu yang serap minyak tu (hahaha) total : RM47+
pagi semalam kan, sha keluar dengan makcik pi pasaraya kawang, sha memang nak beli dah toner tu tapi fikir balik, tanya lah sapa sapa kot ada yang nakpi jitra kan sebab harga kat kawang (RM23.90) sebaik takbeli uolls, sha beli kat watson RM19+ JEEEEE hahaha nak meroyan sha tengok harga dia semalam :p dah save banyak ringgit jugak lah kan. yang kertas serap minyak tu saja je beli (sebab comel) tapi mana lah tau kan hari raya nanti muka berminyak ke :p sha tak ingat pulak harga dia hahaha tapi semalam dah duk lap muka pakai benda tu kan, takde minyak pulak sedih :( 

balik je dari cmart kami singgah bazar ramadhan kat balai pos hahaha idk why nama tempat tu macam tu.banyak jugak orang yang menjual tapi sha jadi taktau nak makan apa so belikan kuih dekat nenek, nasi ayam kat adik dan shawarma kat sha. sumpah sedap gila shawarma dia (nak nangis) T__T adik sha pun cakap sedap kiranya memang sedap lah kan? sha ingat sebelum raya nanti nakpi beli lagi sekali hiks.

selesailah perjalanan sha semalam huhuhu balik tu memang letih gilalah kan, rasa macam terlekat kat katil ;p