BELI MAHAL PUN CEPAT ROSAK!

Assalamualaikum

BELI MAHAL PUN CEPAT ROSAK! | Hi! Saya menaip ni tengah malam, tapi mungkin publish pagi esok so kalau ada typo, ayat tak betul, maaf yek! Nak cerita pasal purse yang saya baru beli, takdelah baru sangat tapi barulah πŸ˜‚

BELI MAHAL PUN CEPAT ROSAK!

Sebenarnya saya jarang beli barang mahal, bukannya tak mampu tapi entah la, suka sangat beli yang murah tapi dapat banyak πŸ˜‚ contohnya purse baru saya ni harga RM69 macam tu lah, ha kalau kat shopee dah dapat handbag 1 purse 1 kan kan? 🀣

Tapi tulah, nak sangat beli yang mahal πŸ˜‚ ye awak pada saya RM69 tu mahal ye! Selalu purse saya RM10 takpun paling mahal RM29 hahaa buat apa beli purse mahal tapi takde duit kat dalam tu kan? 🀣

Ceritanya nak mencari purse haritu, mula tu tengok brand Polo, memang brand ok la kan? Tapi masalahnya takda yang berkenan haha saya tak suka pakai purse panjang, susah nak masuk dalam handbag!

Pastu laat sekali jumpalah purse brand Tracey, harga RM69. Warna cantik, design pun cantik kat mata saya. Teruslah beli! Slot card banyak, ada tempat syiling, semua cun la. Haaa ni gambar bawah ni atas ihsan video saya hantar kat kawan πŸ˜‚

Pastu tadi tengahari baru perasan yang purse dah terkopek😩😩😩 sedihnya mandang, baru beli hujung bulan 6 haritu, maknanya baru sebulanlah, dah buruk :(

Saya ni perempuan tau, purse terkopek sikit dah gelabah haha kalau lelaki, wallet dah nak terbelah lapan pun rilek je pakai πŸ˜‚πŸ€£ janji duit berkepuk haha! Btw korang ada suggestion brand apa yang ok untuk purse? πŸ₯Ή


Ps : saya slow slow balas komen ye ❤️ 

Post a Comment

1 Comments

  1. mahal pun kualiti macam rendah je, apa niii, buat rugi duit je. dah la nak pakai lama huhu

    ReplyDelete