GULAI IKAN TONGKOL TANPA DAUN KARI

Assalamualaikum

GULAI IKAN TONGKOL TANPA DAUN KARI | Hi! Harini masak gulai ikan tongkol, fuh lama tak sebut kari sebagai gulai 😂 kat sini, gulai tu masak lemak cili api, dah terbiasa dah saya sebut gulai tu sebagai masak lemak. Kalau kat kedah, gulai tu kari 😆 peninglah anak anak kitaorang nanti haha!

GULAI IKAN TONGKOL TANPA DAUN KARI

Haaa haritu ayam masak merah tak cukup bahan, ni gulai tak cukup bahan pulak, daun kari pulak tu! Benda penting untuk kari hahaha. Ceritanya saya dah keluar dua kali, mula keluar beli santan tapi lupa nak beli bawang dan serbuk kari, keluarlah beli serbuk kari eh time nak masak baru ingat daun kari tak ambik 🙄

Selalu daun kari ambik kat rumah mak mentua je, rasanya kena ubah la sepokok daun kari tu kat rumah kan, senang sikit nak masak terus boleh ambik. Pastu tadi dah lupa nak ambik tu mulalah ada angan angan nak ambik banyak banyak simpan dalam peti ais 🤣 masalahnya kalau buat macam mi, mesti saya tak masak gulai untuk masa yang lama. Peningkan?


Tapi walaupun bahan tak cukup tak menjadi sebab gulai ikan saya tak habis 😆 sedap je takdak daun kari pun cuma aroma tu tak cukup haha btw ikan tongkol ni kurang sedap kan masak gulai? Selalu korang guna ikan apa eh?

Post a Comment

2 Comments