EH TAK MENGANDUNG LAGI KE?

Assalamualaikum

EH TAK MENGANDUNG LAGI KE? | Hi! Ni macam sesi meluahkan perasaan kat blog lah hehe 🙂 hujung bulan ni, insyaAllah cukup setahun saya dan suami nikah! Rasa macam tak percaya kadang kadang tu 😂 selalu cakap dengan suami, "yang tak sangka kita kahwin kan?"

EH TAK MENGANDUNG LAGI KE?

Bila dah lama kahwin ni, macam biasa lah soalan pasal anak ni. Mula mula kahwin haritu memang stress bila orang tanya pasal dah ada isi ke? Tak mengandung lagi ke? Stress gila sampai saya nangis sorang sorang sampaikan suami pun terkejut.

Entaah, susah nak cakap pasal anak ni, kitaorang memang nak anak, nak sangat.... tapi mungkin belum rezeki kitaorang lagi sekarang 🙂🙂 tapi dalam masa sama selalu sedih, kadang rasa macam macam, apalah salah saya dan suami sampai kitaorang takde anak sampai sekarang 😞

Sekarang main dengan anak akak suami jelah, dorang jelah "baby" kitaorang sekarang, sehari tak jumpa dah rindu, hari hari geram nak main dengan dorang 😌 bestnya kan kalau ada anak sendiri, setiap masa dengan kita je ☺️☺️

"Selagi ada rahim, wanita mampu bergelar ibu"

Saya kadang terfikir macam manalah orang yang berbelas tahun kahwin tapi takde anak, macam mana orang tu nak jawab soalan makcik makcik semua 🥲😭 kalau saya, saya memang tak kuat, kadang rasa nak nangis on the spot 😞😞

Dulu ingatkan lepas nikah - honeymoon - ada baby :,) rupanya tak.. jalan hidup masing masing kan? Saya doakan sesiapa yang masih menanti zuriat, dikurniakan zuriat pada tahun depan, doakan saya jugak ye! ❤️‍🩹

Post a Comment

4 Comments

  1. sabar...ammi pernah lalui situasi ni. 6 tahun lamanya.
    tapi kala betul2 nak ikhtiar lepas setahun kawin dan memang tak pernah langsung pregnant bolehlah ke LPPKN. kalau pernah pregnant dorang tak layan dah

    ReplyDelete
  2. Moga dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat yang soleh dan solehah. Allah bersama dgn orang yg bersabar :)

    ReplyDelete
  3. jangan sedih2 awak, kita yang masih single ni pun tak ada arah lagi, merapu lagi haha. rezeki Allah akan bagi nanti inshallah. enjoy dulu hidup berdua

    ReplyDelete
  4. abaikan apa yang orang kata. Orang memang akan berkata kata.. InshaAllah rezeki akan sampai tepat pada waktunya.. :)

    ReplyDelete