RESEPI AYAM MASAK MERAH BAHAN TAK BERAPA NAK CUKUP

Assalamualaikum

RESEPI AYAM MASAK MERAH BAHAN TAK BERAPA NAK CUKUP | Hi. Sebenarnya pening bila hari hari nak kena fikir apa yang nak dimasak untuk suami dan tekak sendiri ni. tekak sendiri kalau telur goreng pun dah sedap dah tapi suami jenis makan makanan yang berkuah jadi kenalah fikir nak masak benda berkuah apa hari ni?



RESEPI AYAM MASAK MERAH BAHAN TAK BERAPA NAK CUKUP

Sebenarnya suami saya takdelah memilih pun bab makan, in fact dia yang selalu habiskan makanan saya yang kadang kadang saya sendiri pun taktahu apa yang saya masak hahaha >< sampaikan nak bagi nama makanan pun pening. harini menu kitaorang ayam masak merah bahan serba tak cukup sebab saya dah seminggu lebih juga lah tak sihat so takde keluar beli barang dapur,

kat rumah ni sampaikan cili kering pun habis, tadi time nak masak baru sedar cili kering takde haha rasa rasa macam ada je, tapi bila cari takde maknanya takdelah tu kan. jadi saya pun keluarlah pergi beli kat kedai kat kampung ni, wah bahagia betul saya dapat keluar tadi, rasa macam dapat ke KL!

balik je dari kedai terus lah sedia bahan nak masak, oh btw sebelum keluar tu saya memang dah siap siap kunyitkan ayam tu dengan garam dan secukup rasa sikit, suami saya selalu puji ayam goreng saya sedap, haaa secukup rasa tu lah rahsianya! kalini saya ke kedai memang saya beli cili kering je, selalunya ada tambahan lain lain, sampai terlupa nak beli bawang, bawang kat rumah ada sikit je tapi dek malas nak keluar semua, guna jelah apa ada.

Bahan Bahannya :


👉 Ayam yang telah digoreng separuh masak
👉 Serai
👉 Bawang merah *
👉 Bawang putih *
👉 Halia  *
👉 Cili kering (direndam dengan air panas) *
👉 Asam keping
👉 Sos cili
👉 Sos tiram

Cara - Caranya :


1. Kisar bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk
3. Dah wangi, masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan sos tiram dan sos cili
5. Masukkan asam keping dan tambah sedikit air
6. Perisakan dengan garam
7. Masukkan ayam dan gaul rata
8. Siap!




Mudahkan? pejam mata pun boleh buat ni! ayam masak merah ni kalau makan dengan acar bodo pun sedap tapi macam saya cakap rumah saya memang takde bahan bahan lain, makan gitu pun dah sedap! nasi panas + ayam masak merah fuhhhh! korang yang malas macam saya boleh try resepi ni! serious sedap! yang penting cili kena masak betul betul dan niat nak bagi orang makan tu penting hahaha! ok bai!


Post a Comment

4 Comments

  1. Pada saya dah cukup bahan tu... Saya pun biasa masa simple macam ni...

    ReplyDelete