GENTING HIGHLAND WENT WRONG!

Assalamualaikum

GENTING HIGHLAND WENT WRONG! | Hi! Pertengahan bulan 6 haritu ada kenduri di Pahang pastu kitaorang lajak bercuti ke Janda Baik dan time nak balik singgah Genting Highland sebab dah dekat 😂

GENTING HIGHLAND WENT WRONG!

Kitaorang naik genting petang ahad, jalan nak ke KL memang nampak sesak ye hahaha tapi kitaorang nak naik genting elok je perjalanan. Kebanyakkan kereta otw turun haha kitaorang je baru nak naik 😆

Bila sampai je atas, terus parking dan cousin dah tunggu kat atas untuk naik cable car, kitaorang 3 kereta naik genting tapi 2 family je naik cable car, sil naik atas dengan kereta. Last saya naik cable car genting ni masa umur 6 atau 7 tahun rasanya 😂 lama kan?

Kitaorang beli yang glass punya, sebaik juga beli yang tu sebab time balik tu fuhhh ramai kemain beratur yang biasa tu, oh btw tiket pergi balik RM35 untuk sorang dewasa. 

Tiket cable car genting

Tak pastilah jelas ke tak gambar ni 😂 ambil sebab nak hantar dalam group je. Lepas beli tiket teruslah gi beratur untuk naik cable car. Time ni dah 6.30pm macam tu 



Mempersembahkan suami saya yang takut ketinggian 😂 cantik giler pemandangan petang tu tapi takbanyak ambik gambar banyak video je haha



Bila dah sampai atas, lapar pulak 😂 teruslah cari kedai makan. Kitaorang makan kat Marrybrown je, pekena nasi sorang 1 barulah nak jalan jalan tapi.....




Bila nak ke outdoor baru tahu outdoor tutup pkul6 tak salah 🥹 yang indoor macam kereta api, bus pun dah takde driver hahaha kesian budak budak ni nak main tapi takdapat, dapat naik jelah.


Terus lah turun 🤣 kiranya kitaorang naik makan jelah hahaha takde main main. Tulah tu time nak naik takde kaji ke nak baca ke apa dulu kan dah terkena 🙄 tapi ok jugak tu, nanti boleh ajak husband repeat hahaha 😆 begitulah cerita genting highland went wrong kitaorang huhu









Post a Comment

3 Comments

  1. Takpe nanti ada alasan untuk repeat di masa hadapan. hihiihi

    ReplyDelete
  2. boleh pergi lagi nanti hehehe

    ReplyDelete
  3. Takpelah, at least tahu waktunya tu kan. Next time repeat datang pagi.

    ReplyDelete