DAH DAPAT TARIKH VAKSIN TAPI....

8

Assalamualaikum

DAH DAPAT TARIKH VAKSIN TAPI.... | Hi! hmm mesti korang dah ambik vaksin kan? saya ni asyik bising je kenapa vaksin kat kedah slow sangat 😂 pastu tetiba...

DAH DAPAT TARIKH VAKSIN TAPI....

semalam lepas maghrib, lepak jap atas katil sambil scroll phone tetiba dapat notifikasi yang dinanti nantikan; yayy dapat tarikh vaksin 😍


bila tengok tempat, agak jauh dari tempat saya 😅 kalau dengan kereta 30 minit, kalau saya yang minah rempit tak sejati sangat plus taktau jalan boleh jadi 1 jam 😂 pastu terfikir jap, nak pergi ke tak nak pergi ke tak

tu satu masalah, tetiba teringat satu lagi masalah, rumah sebelah tengah kuarantin!!! sebab result rtk positif :( skrg masih tunggu keputusan pcr pulak hmmm kalau positif jugak bersangkut la kitaorang 😭 harap takda papelah

jadi sebab sebab yang muhasabah ni, saya pun decide la untuk cancel je dulu vaksin yang dah lama saya nak 😅 takpalah, demi kebaikan semua kan? karang kalau gigih jugak nak ambil dab menyusahkan banyak pihak.

katanya dalam masa 30 hari akan dapat tarikh baru, alhamdulillah la kalau macam tu hehehehe soo korang dah vaksin belum? 😂

Tags

Post a Comment

8 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. masih lagi belum dapat tarikh. harapnya dapat area dekat dengan rumah, susah juga kalau dapat jauh tak pasal sesat pula nak mencari tempat dia..haha

    ReplyDelete
  2. Tak apa. In shaa Allah boleh segera diproceed lepas dah selesai rumah sebelah tu. Risau je kan.

    mudahan semuanya okay jer

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya dan keluarga sudah divaksin sepenuhnya. Ada ipar jauh dtg dari taiping ke tempat saya ni ... dalam 45 minit juga untuk vaksin.. tunggu kat tempat dia tak dpt2

    ReplyDelete
  4. K.Naniey Masih menunggu tarikh lagi ni..

    ReplyDelete
  5. Semoga dapat cepat la tarikh baru tu ye...

    ReplyDelete
  6. Salam, boleh buat appointment baru bila ada hal penting kan, moga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  7. timm pun kena cancel vaksin jugak sbb due date deliver nak dekat, minggu lpas pun MIL CANCEL juga sbb tau last minute, dlm masa dua hari dah dapat tarikh baru, tempat dekat dgn rumah pulak tu, lagi senang..

    ReplyDelete
  8. rabia dah vaksin dos pertama, dos kedua minggu depan

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !