Assalamualaikum

UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN | Hi! sekarang jam menunjukkan pukul 2 pagi haha mimpi apalah update blog pukul 2 pagi kan? sebenarnya cerita ni macam tak penting pun tapi entahlah, rasa nak ceritakan kat blog haha mana tau ada yang nak tau proses ujian saringan HIV pra perkahwinan.


UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN

kepada yang bakal bernikah, rasanya semua negeri wajib buat ujian saringan pra perkahwinan ni, tapi saya tak pasti prosedur negeri awak macam mana. tapi kalau untuk negeri yang guna website SSPIM rasanya sama je dengan apa yang saya buat. mula mula korang kena isikan Benar Nikah Online (BNO) di website SPPIM (boleh rujuk sini : CARA ISI BENAR NIKAH ONLINE SSPIM ) then dah settle semua barulah boleh buat ujian HIV.

sebenarnya BNO saya dah settle since Mac lagi tapi disebabkan ujian yang tak dapat dielakkan ewahhh haha terpaksalah postpone nikah. mesti yang baca blog saya dah bosan dengan cerita saya nak nikah tapi tak nikah nikah sampai harini haahaha sabar jap, insyaAllah tak lama dah hehehehe. serious cakap, bila PKP PKP PKP yang takhabis habis ni semua urusan jadi terganggu :( malas nak cerita masalah saya, jadi meh nak cerita proses buat ujian saringan HIV ni.

SEBELUM HARI KEJADIAN

pastikan korang dah settle isi BNO tu okay, then print dan korang akan nampak ada helaian untuk ambik ujian saringan HIV ni. 4 helai semuanya tapi kat Kedah, guna 2 helai je tapi kalau takyakin, bawak je semua haha settle masalah. borang yang nak guna tu tajuk di macam bawah ni :

kat borang ni kalau tak silap korang kena sign dan letak tarikh hehehe lupa dah. tapi sebenarnya boleh ja korang settlekan borang ni hari sama nakpi buat ujian saringan tu haha saja nak buat teruk macam susah sangat nak buat ujian tu pun.

oh ya, musim musim Covid ni kalau boleh PM tanya klinik tu dulu pukul berapa atau hari apa yang buka untuk ujian saringan ni. kalau macam klinik berdekatan rumah saya, ahad hingga rabu ada pagi petang, khamis pagi sahaja. ok dah bab ni.

HARI KEJADIAN

disebabkan saya ke klinik hari khamis so kena pergi pagilah. saya pergi pukul 11.30 pagi macam tu :p time tu memang takda orang la cerita dia, ada 2 3 orang ja fuhhh takut jugak kan nak ke klinik sekarang ni. bila sampai depan tu, macam biasa scan Mysejahtera dan check suhu dan ambik macam nametag gitu la.

then masuk daftar dan kena bayar RM1. tunggu nama kena panggil then dapat macam buku kesihatan gitu la haha tah la nak lama sangat tak ke klinik. then tunggu kejap sampai nama kena panggil. alah kejap je proses dia. then bila nama kena panggil, doktor la kot kan.. mintak surat yang dah print tu, dan dia bagi semula untuk korang isi maklumat pasangan korang.

sebelum terlupa, jangan lupa bawak pen sendiri tau! memang masa PM klinik tu, dia dah pesan suruh bawak pen sendiri hahaha then dah settle isi, pergilah makmal untuk ambik darah. alah macam kena gigit semut je wak, tak sakit langsung hahaha then tunggu dalam 5 minit dapatlah result.

lepastu bawak la kad tu ke doktor tu balik hahaa sebab doktor kena sign, bila dah sign, maka dah siap~ nurse tu dah cakap selamat pengantin baru hahahah awal betul xD lepas dah settle semua ni, saya pun balik dan singgah beli nasi hahaha 

begitu jelah cerita dia. agak agak perlu tak cerita lagi apa perkara seterusnya yang korang kena buat? kalau on boleh je saya share hahaha. ok bye! btw kalau ayat macam pening sikit tu, sorry dah pukul 02:26 hahaha