Subscribe to my Newsletter

DESKTOP DAN LAPTOP MURAH DI APR ELECTRONICS AND SERVICES

Assalamualaikum

DESKTOP DAN LAPTOP MURAH DI APR ELECTRONICS AND SERVICES | Hi korang! siapa kat sini tengah pening nak cari desktop dan laptop yang murah sebab kena ODL, PdPR dan WFH?

DESKTOP DAN LAPTOP MURAH DI APR ELECTRONICS AND SERVICES

Sekarang ni kita semua tau yang satu Malaysia banyak bekerja/belajar secara online so desktop dan laptop sangatlah diperlukan. tapi dengan keadaan sekarang yang ekonomi tak stabil mesti kita tercari cari yang murah kan berbanding membeli yang baru tetapi harga agak mahal.

Jadi salah satu langkah yang korang boleh buat adalah dengan membeli desktop dan laptop refurbished yang mana sememangnya harganya jauh lebih rendah. 

Saya ada satu tempat yang nak disuggestkan kepada korang yang mana servisnya sangat okay dan banyak mendapat review yang baik iaitu APR Electronics and Services Sdn Bhd.

APR Electronics and Services Sdn Bhd

Mesti korang tertanya tanya mengenai syarikat ni kan? APR Electronics and Services Sdn Bhd merupakan syarikat laptop dan desktop yang bukannya baharu di Malaysia tetapi sejak 20 tahun yang lalu lagi! Kalau korang nak tahu APR Electronics and Services merupakan anak syarikat kepada salah satu syarikat peranti elektronik terbesar di Malaysia iaitu APR Capital Holding.


APR Electronics and Services bukan sahaja menyediakan perkhidmatan di dalam Malaysia tetapi juga di luar negara seperti di Pattaya, Thailand dan Australia. Di Malaysia pula, korang boleh dapatkan perkhidmatan di Penang, Kuala Lumpur dan Johor.

Tetapi buat masa sekaarang, korang boleh dapatkan laptop dan juga desktop daripada website partner APR iaitu TechMurah! Jangan lupa check out website dorang okay?! 

KENAPA PERLU PILIH APR ELECTRONICS AND SERVICES

Antara sebab anda peerlu memilih APR Electronics and Services berbanding yang lain adalah kerana APR telah berjaya membaiki lebbih daripada 180,000 peranti sepanjang 20 tahun kewujudkan mereka. APR juga telaah bekerjasama dengan Intel, Toshiba, Dell dan Acer dan telah menjadikan mereka salah sebuah syaarikat pelupusan IT yang beretika, dipercayai dan berpengalaman.

APR's Buyback Programme

Yang menariknya sekarang, APR Electronics and Services ada menawarkan satu servis baru yang mana korang boleh trade in komputer, laptop dan juga smartphone korang dengan APR's Buyback Programme.

Tujuan APR Electronics and Services mewujudkan APR's Buyback Programme adalah bagi Refurbishing (membaik pulih bagi memanjangkan jangka hayat peranti IT), Repairing (mendorong kelestarian dengan membaiki), Recycling (pembuangan sisa melalui saluran yang betul), Reusing (menjadikan laptop mampu milik kepada rakyat Malaysia) dan juga berpatutan.

Selain itu, APR juga akan membaik pulih serta memasarkan peralatan terpakai yang telah dibeli oleh mereka serta memanjangkan hayat perkakasan tersebut upaya dapat mengurangkan pelupusan sampah. Dan APR juga menawarkan pembelian semula, sebagai contoh APR mengambil perkakasan, kumpul dan audit sebagai standrd, kemudia perkasasan tersebut disimpan di gudang yang selamat, diiklankan dan dijualkan ke pelanggan antarabangsa.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai APR'S Buyback Programme, korang boleh layari https://apr-es.com/buyback-program/


Pada pendapat saya, dengan adanya perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh APR Electronics and Services ini dapat membantu banyak pihak dan juga dapat meringankan beban kepada individu dan juga syarikat yang memerlukan laptop atau desktop dengan harga yang murah, berpatutan tetapi berkualiti.


Post a Comment

4 Comments

  1. uuu nicenya! tak pernah dengar servis ni lagi...kat rumah ada satu laptop saya dah rosak...kalau tak boleh hantar...

    ReplyDelete
  2. Wah baguslah. Saya selalu sayang dengan peralatan (gadget). Selalu sayang buang. Bagus dapat baiki.

    ReplyDelete