Subscribe to my Newsletter

RESEPI BISKUT TART NENAS BUNGA NYONYA

Assalamualaikum

RESEPI BISKUT TART NENAS BUNGA NYONYA | Hi, semalam start buat kuih raya dan kuih raya pertama tahun ni adalah tart nenas! tapi bukan tart nenas gulung okay, kita buat tart nenas bunga nyonya hehehe

sebab apa buat tart bunga dan takbuat tart gulung? sebab acuan tart bunga je ada 😂 dan saya rasa macam kuih ni susah nak jumpa, kalau yang gulung dah selalu kan?!

resepi dibawah saya ambil dari blog Che Nom, sangat mudah nak buat dan bahan pun senang nak cari.

RESEPI BISKUT TART NENAS BUNGA NYONYA

Bahan Untuk Tart :

  • 300 gram tepung gandum*
  • 4 sudu besar tepung jagung*
  • 3 sudu besar gula aising*
  • 200 gram mentega, potong kiub
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 kuning telur

Cara-cara untuk tart:

  • Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli (saya guna inti tart yang dijual di kedai hehe)
  • Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
  • Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.

Hasilnya :-




inti tart terkemek tu biasa la buat kerja dengan budak budak, semua nak tolong 😂 tapi inilah hasilnya! korang peminat tart nenas tak? or team almond london macam saya 🤪

Post a Comment

8 Comments

  1. Saya suka tart nenas bunga ni. Jarang orang buat bentuk munge. Banyak yang gulung je. :)

    ReplyDelete
  2. Saya peminat nombor satu tart nanas, tapi kalau nak buat kuih tart kena cari teman dulu hehehe. Malas buat sorang-sorang di dapur.

    ReplyDelete
  3. Wah, rajin Sha baking. Nampak sedap tart nenas tu.

    ReplyDelete
  4. pandainya buat kuih tart nyonya. apa jenis kuih tart saya suka. cuma tak pandai buat je. saya team tart nanas :)

    ReplyDelete
  5. suka almond landon.. Tak boleh nak makan tatr nenas nie..

    ReplyDelete
  6. Akak suka tart bunga begini sebab jem nanas tu bila dibakar jadi caramelized. Sedapnya!

    ReplyDelete