Subscribe to my Newsletter

TAK SUKA PAKAI CINCIN

Assalamualaikum

TAK SUKA PAKAI CINCIN | Hi! selamat berhari minggu dan selamat bekerja kepada yang dah kerja harini. sekarang Malaysia memang panas ke Kedah yang panas? hahaha saya duduk menghadap laptop ni macam tengah menaip sambil berlari tau, peluh kemain! walaupun tengok cuaca kat luar macam redup manja - manja tapi bahang dia fuhhh rasa macam sehari kena mandi 10 kali.

Alamak, merepek dah ni! Jom balik ke pangkal jalan hahaha eh ke pangkal tajuk. Tak suka pakai cincin?! Ye saya la tu, tak suka betul pakai cincin tapi bila takda cincin kemain merengek nak cincin haha. tak percaya? jap tunjuk bukti...


masa ni tak salah 2019 kot, tak habis habis mintak cincin. bukan mintak cincin emas ke pandora ke apa, cincin shopee pun takpe dah haha sebab tahu saya memang jenis taksuka pakai cincin. selalunya cincin ni pakai time keluar jalan jalan je, sebagai aksesori bukannya sebagai tanda dah berpunya ke apa walaupun memang dah berpunya haha

dipendekkan cerita masa saya melawat family si dia kat sana, mak dia ajak gi beli cincin tanya. time tu rasa excited macam nak melompat lompat :p pastu bila balik sini, masa hari birthday saya, ajak dia cari hadiah haha konon nak beli cincin pandora, queensbay, gi tengok takda yang berkenan. takpelah nanti balik kedah tengok kat aman jelah. keesokkan tu, pi lah aman tuntut janji!


tapi masalahnya bila dah dapat cincin ni, malas betul nak pakai! mana taknya, sudah tau pakai cincin ni, nak buat kerja apa semua rasa rimas 😂 sampaikan makcik kadang tanya "eh mana cincin tanya hang? takpakai?" hahaha! tu lah masalah saya sekarang, masa takdapat tak behenti henti tanya bila nak dapat cincin, bila dah dapat malas nak pakai pulak aiyooo!

bayangkan nak memasak, nak basuh pinggan pastu pakai cincin hahaha tah la rasa menganggu snagat. tu tak kira nak buat karipap lagi :p nak bercucuk tanam! dah kena buang pakai buang haha last last sekarang simpan dalam bekas cincin je, pakai bila nak gi jalan mana mana je.

oh ya, nak share benda pelik sikit. dulu waktu kecik arwah mak ada pakaikan saya gelang tangan yang ada love love tu, dan saya gigit love tu :') saya lapar emas gamaknya hahaha pastu terus mak ambik simpan dan saya pun taktau la apa khabar gelang tu sekarang.

so korang suka pakai cincin ke tak? ke saya sorang je pelik haha..




Post a comment

6 Comments

  1. saya tak suka pakai cincin masa anak anak kecik...sbb cincin tu asyik tersangkut kat kain buaian anak... sekarang anak dah tak tidur buai...suka la pakai cincin... tapi sebentuk sahaja cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha 😂 kann! sebentuk dah cukup hehee

      Delete
  2. Bab lapar emas tu buat akak gelak. Akak tak suka pakai cincin sebab rasa susah tangan nak buat kerja 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha 😂😂 kann! susah nak buat kerja

      Delete
  3. Pakai cincin rasa tak senang nak buat kerja. Asyik nak tersangkut je kerjanya. Tapi kadang kadang tu ada lah jugak rasa nak pakai cincin. Kadang kadang jelah hahaha

    ReplyDelete
  4. Kita dari dulu suka bercincin... Tapi jenis simple... Tak suka yang berbatu besar gedabak tak nak lah
    ..

    ReplyDelete