Subscribe to my Newsletter

RESEPI KEK PISANG MUDAH GUNA BLENDER!

Assalamualaikum

RESEPI KEK PISANG MUDAH GUNA BLENDER! | Haritu banyak sangat pisang kat rumah ni, sampai takboleh nak makan dah 😂 pastu terfikir, baik buat kek pisang! 😍 terus gi beli bahan bahan nak buat kek pisang, mudah je bahan bahan dia.


RESEPI KEK PISANG MUDAH GUNA BLENDER! 

Bahan - Bahan :

✨ 3 biji pisang berangan/8 biji pisang emas

✨ 2 cawan tepung gandum

✨ 1 sudu soda bikarbonat

✨ 1 sudu baking powder

✨ 4 biji telur gred A

✨ 1 cawan gula halus

✨ 1 cawan minyak masak

✨ 1 sudu esen vanilla

✨ coklat coin

✨ bekas untuk bakar kek


Cara Memasak :

1) Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas

2) Blend telur, gula dan esen vanilla selama 6 minit. on off on off ye, kang meletup blender 😂

3) Masukkan minyak dan blend sehingga sebati dan masukkan pula pisang dah dilenyek, blend sekejap.

4) Satukan bahan yang diblend dengan bahan yang diayak. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang dan coklat coin di atasnya, susun cantik cantik ye 😋

5) Panaskan oven dan bakar selama 45-50 minit dengan suhu 160c. Kalau nak garing, lebihkan sikit masa tapi jangan sampai hangit yeee

6) sedia untuk dimakan 😋



Post a comment

4 Comments