Subscribe to my Newsletter

RESEPI BURNT CHEESE CAKE 5 BAHAN & GUNA BLENDER JE!

Assalamualaikum

RESEPI BURNT CHEESE CAKE 5 BAHAN & GUNA BLENDER JE! | Hi! alhamdulillah dah hari ketiga kita berpuasa harini, tadi tengahari duk fikir nak makan apa harini terus teringat baking pan 😂 buat burnt cheese cake lah!

maka, terjadilah burnt cheese cake petang tadi. gigih ye keluar gi beli barang yang takdak 😂 sebaik sedap dan mudah nak buat 😋

RESEPI BURNT CHEESE CAKE 5 BAHAN & GUNA BLENDER JE!

Bahan Bahan


👉🏽 cream cheese 250g
👉🏽 whipping cream 125g
👉🏽 gula 1/2 cawan
👉🏽 tepung gandum 2sdb
👉🏽 telur 3 biji
👉🏽 esen vanilla 1 sudu

Langkah - langkah

1. panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 200°c
2. masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati dan halus


3. tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah dilapikkan dengan baking paper
4. bakar pada suhu 200°c selamat 50-60 minit (mengikut oven korang)
5. biarkan sejuk didalam peti ais dan sedia untuk dimakan! 😋

fresh from oven!


ok lawak bentuk dia 😂 sedap jugak la saya buat ni (ehhh puji diri sendiri 🤪) tapi tetap teringin secret recipe punya burnt cheese cake huhuhu

okay bye! goodnight 🤍

Post a comment

10 Comments

  1. Ooooo kat secret recipe ada ye, nanti nak try sebab tak pernah makan hehehe

    ReplyDelete
  2. Selalu dengar tentang burnt cheese cake ni tapi tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  3. Resipi senang. Tapi kat umah x de oven. Guna air fryer boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak! lagi mudah 😂 tapi masa kurangkan sikit rasanya

      Delete
  4. Pandainyaaaa sapikah masakkk :) semua sapikah pandai masak eh eh hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha gigih buat. Nasib menjadi. SR punya memang sedap la

    ReplyDelete