Subscribe to my Newsletter

LETIH SAMPAI TAK SEMPAT NAK ZIARAH BLOG!

Assalamualaikum

LETIH SAMPAI TAK SEMPAT NAK ZIARAH BLOG! | Hi! salam Ramadhan kelima! dah ramadhan kelima baru sempat nak bersembang kat blog 😂 haritu ada update pun resepi je. tu pun sebab taknak basi dan last last tak update hahaha.


LETIH SAMPAI TAK SEMPAT NAK ZIARAH BLOG!

so macam mana dah lima hari puasa? baju raya dah beli ke? kuih raya dah buat? 😂 ke awal lagi eh? kalau saya yang jenis semua nak beli online ni, dah elok dah beli dari sekarang kalau taknak pening dengan courier hahaha

baru kejap tadi abang jnt datang rumah hantar parcel walaupun dah habis waktu bekerja. kita ni paham je kalau dia hantar esok pun takpe, tapi mungkin kejar delivery kot, semoga dipermudahkan. 

start puasa haritu, air kat rumah takda! bayangkan biasa puasa takda air 😫 hari first macam boleh rilek lagi, yelah puasa pertama beli jelah makanan kat luar, dah masuk kedua ketiga melampau la nak makan luar 😂 terus rasa nak mengamuk!

saya pulak ada ambik beberapa job yang melibatkan kena masak, yaAllah bukan je badan letih mental sekali letih! nak kena masak pastu nak membasuh tu, nak kena angkut air 🥴 sampai harini kot air masih taknaik kat sinki, cuma naik kat bilik air huhuhu

semalam settle banyak benda sebab buat kerja last minit kan ._. pastu sakit habis tapak kaki badan semua, harini cuti memasak 😂 beli nasi kerabu je tadi hahhaa teringin nak makan since first puasa lagi tapi harini baru dapat alhamdulillah.

ha tu jelah kisah hidup saya untuk 5 hari puasa ni, duk fikir nak start buat kuih raya tapi macam awal sangat hahaha oklah byeee ✨

Post a comment

9 Comments

  1. Awal lagi ni nak buat persiapan raya hahaha,
    Buat kuih raya awal awal nanti tak sempat raya dah habis dulu hahahaha

    ReplyDelete
  2. Allahu...dugaan betul puasa takde air...memang boleh naik berang jugaklah dibuatnya...

    ha kalau dekat boleh jemput singgah gerai kita...^_^!

    baju raya takde pun tahun ni..kuih raya nanti insyaAllah minggu ketiga baru nak buat...
    so far dah empat hari berniaga. alhamdulillah...meriah sambutannya...

    moga dipermudahkan segalanya :D

    ReplyDelete
  3. kalau takde air memang boleh jadi masalah besar

    ReplyDelete
  4. Wahhh rajin tu nk buat kuih raya... Last k ret buat ms arwah mak ada je... Pastu mls dh

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  6. Dugaan betul takde air bulan puasa kan... Sabar je lah... Nak memasak pun jadi takde mood..

    ReplyDelete
  7. Memang dugaan betullah time2 puasa tak ada air. Moga semua urusanmu dipermudah Allah, dik.

    ReplyDelete
  8. my mom suruh rabia baking dah ni. baju raya belum puasa beli dah

    ReplyDelete
  9. Orang kata, biar tak ada api letrik, jangan tak ada air. Memang dugaan besar ni bulan puasa tak ada air. Harap dapat selesai masalah air.

    ReplyDelete