Assalamualaikum

FINALLY, IM SIGNING OFF.. | Hi! fuh taktahu la patut cerita ke tak dalam blog tapi cerita jelah kan buat kenangan, nanti anak cucu boleh la baca kan 😂


bukan signing off daripada jadi blogger tau. ha ha ha so sebelum ni sha bergiat sedikit aktif la dengan kampung which is jadi one of MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung). antara sebab terjebak dengan semua ni, sebab sha je la satu satunya anak muda yang masih di kampung 😂 dan bijak sikit bab it 😆

tak ingatlah start bila join ni tapi sha ada buat banyak juga la aktiviti masa jadi MPKK ni. antara yang sha ingt ; 

🎈 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 
🎈 Korban & Kenduri Aidiladha 
🎈 Hari Sukan Malaysia
🎈 Hari Malaysia
🎈 Maulidur Rasul
🎈 Sukaneka
🎈 Ceramah Kesihatan (jadi MC) 😂
🎈 Kacau Bubur Asyura 

dan banyak lagi. tapi tak ingat sangat 😂 walaupun terpaksa tapi sha pergi juga hahaha. terpaksa bukan sebab apa, kadang kadang ada plan dengan kawan nak ke sekian sekian pastu dapat ws kena turun bla bla 💆🏽‍♀ ada juga la lari dua tiga kali 🤪


sha ni tiap tahun memang akan beraya dengan kawan kawan. tapi tahun lepas, oh ya semua aktiviti ni terjadi last year eh bukan tahun ni haha. ok sambung, tapi sebabkan komitmen terhadap kampung, raya haji tahun lepas sha takdapat beraya dengan geng sebab terlibat dengan korban dan buat makan makan lepas tu. 

tahun lepas juga tahun paling busy dalam hidup sha rasanya 😂 memang hari hari ada benda nak buat, note kat phone penuh dengan macam macam aktiviti. tapi seronok sebab ada benda nak buat tak macam sekarang 💆🏽‍♀ saya pun taktahu la apa saya nak.


masa Hari Sukan Malaysia tu kitaorang anjurkan Funrun & sukaneka! buat kat sekolah rendah sha, best gila! daftarkan nama siapa nak masuk acara, lepaskan orang lari, tunggu kat garisan penamat sebab nak ambil gambar 😂 oh ya, sha juga dapat sijil walaupun takmasuk lari hahaha

tahun lepas, phone sha memang kalau ada program auto panas auto hang auto gila 💆🏽‍♀💆🏽‍♀💆🏽‍♀ memang stress kadang banyak gambar hilang tapi tu la best pulak tengok gambar lama lama skrg haha 

walaupun banyak yang best, dapat kenal orang dan semua tapi ada juga part takbest bila mana asyik kena perli 🤧 selalu kena perli dengan kawan "orang kuat bla bla" "orang politik diani" "orang kuat kampung" hahaha tapi malas nak kisah, ko takda kan? tu sibuk kan???! hahahaha!

dan baru baru ni, cousin sha masuk group dan cakap group akan dibubarkan sebab kitaorang dah takjadi MPKK sebab kerajaan negeri Kedah dah tukar. so yahhh, im officially signing off, thank you fo this opportunity! atleast dapatlah merasa kejap kekeke. ok bye! 



hehehekkk