shfyqhazhr
  • Home
  • Feautured
  • Review
  • Features
    • Kehidupan
    • Hiburan
      • Lirik Lagu
      • Drama
      • Kdrama
      • Film
      • Category 5
    • Makanan Sedap
    • Perkongsian
  • Contact Us

 

Assalamualaikum


BELI SHOE BOX 70SEN KAT SHOPEE! | Hi, lamanya tak update pasal barang barang yang dibeli kat shopee 😂 bukannya tak membeli tapi malas ya amat nak update. kadang dah ambik gambar semua pastu last last delete gitu je haha

so minggu lepas rak kasut sha roboh 🥴 rak kasut beli di shopee juga 🤣 dah roboh kan kasut kasut sha nak letak mana? aduhai. nak beli rak yang sama nanti last last roboh juga kan? jadi duk scroll la shopee tu sampai tertidur then terjumpa shoe box ni haha harga murah je, beli jelah alang alang haritu ada free shipping bila beli rm9 🤪

jadinya sha order pukul12 malam 27.8, then seller pos 27.8 petang dan sha dapat petang 28.8! that why i love J&T 🥰🥰🥰 sehari dah dapat barang haha kita ni walaupun suka order online tapi stress juga kalau barang lambat sampai tapi tak update kat medsoc la 🤪🤪🤪🤪🤪

bila dah dapat tu, buka parcel eh parcel leaking 😭 btw sha beli kotak kasut dengan sabun viral tu, so sabun tu pecah :( beli 6 dapat 1 ja hahaha. dah satu hal kena basuh dulu kotak tu sebelum pasang. sha juga ada bagitau seller pasal sabun yang rosak tu, seller suruh refund! 😍 walaupun takbanyak nilainya tapi seller baik suruh refund.

so semalam sambil sambil duk berBBQ, sha pasang la kotak kotak tu. senang je pun nak pasang haha pastu dah siap pasang, terus masukkan kasut. sha beli 10 kotak dan ada kosong 2, jadi kena beli kasut baru ke? 🤔🤪

sha susun kotak kasut ni hujung katil, sebab situ je yang ada haha dan macam tak selerak sangat bila susun elok elok gitu. sha pilih warna putih sebab rasa mcm cantik 🤔 taktahu la smpai bila nak elok hahaha pape kita update 🤣


oh btw kalau korang nak beli dengan seller ni, korang boleh beli disini - https://shopee.com.my/sayyesofficialstore?smtt=0.0.9


ok bye! later update gambar yang elok sikit 😂 malas nak bangun buka lampu 🤪🤪🤪

 

Assalamualaikum

FINALLY, IM SIGNING OFF.. | Hi! fuh taktahu la patut cerita ke tak dalam blog tapi cerita jelah kan buat kenangan, nanti anak cucu boleh la baca kan 😂


bukan signing off daripada jadi blogger tau. ha ha ha so sebelum ni sha bergiat sedikit aktif la dengan kampung which is jadi one of MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung). antara sebab terjebak dengan semua ni, sebab sha je la satu satunya anak muda yang masih di kampung 😂 dan bijak sikit bab it 😆

tak ingatlah start bila join ni tapi sha ada buat banyak juga la aktiviti masa jadi MPKK ni. antara yang sha ingt ; 

🎈 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 
🎈 Korban & Kenduri Aidiladha 
🎈 Hari Sukan Malaysia
🎈 Hari Malaysia
🎈 Maulidur Rasul
🎈 Sukaneka
🎈 Ceramah Kesihatan (jadi MC) 😂
🎈 Kacau Bubur Asyura 

dan banyak lagi. tapi tak ingat sangat 😂 walaupun terpaksa tapi sha pergi juga hahaha. terpaksa bukan sebab apa, kadang kadang ada plan dengan kawan nak ke sekian sekian pastu dapat ws kena turun bla bla 💆🏽‍♀ ada juga la lari dua tiga kali 🤪


sha ni tiap tahun memang akan beraya dengan kawan kawan. tapi tahun lepas, oh ya semua aktiviti ni terjadi last year eh bukan tahun ni haha. ok sambung, tapi sebabkan komitmen terhadap kampung, raya haji tahun lepas sha takdapat beraya dengan geng sebab terlibat dengan korban dan buat makan makan lepas tu. 

tahun lepas juga tahun paling busy dalam hidup sha rasanya 😂 memang hari hari ada benda nak buat, note kat phone penuh dengan macam macam aktiviti. tapi seronok sebab ada benda nak buat tak macam sekarang 💆🏽‍♀ saya pun taktahu la apa saya nak.


masa Hari Sukan Malaysia tu kitaorang anjurkan Funrun & sukaneka! buat kat sekolah rendah sha, best gila! daftarkan nama siapa nak masuk acara, lepaskan orang lari, tunggu kat garisan penamat sebab nak ambil gambar 😂 oh ya, sha juga dapat sijil walaupun takmasuk lari hahaha

tahun lepas, phone sha memang kalau ada program auto panas auto hang auto gila 💆🏽‍♀💆🏽‍♀💆🏽‍♀ memang stress kadang banyak gambar hilang tapi tu la best pulak tengok gambar lama lama skrg haha 

walaupun banyak yang best, dapat kenal orang dan semua tapi ada juga part takbest bila mana asyik kena perli 🤧 selalu kena perli dengan kawan "orang kuat bla bla" "orang politik diani" "orang kuat kampung" hahaha tapi malas nak kisah, ko takda kan? tu sibuk kan???! hahahaha!

dan baru baru ni, cousin sha masuk group dan cakap group akan dibubarkan sebab kitaorang dah takjadi MPKK sebab kerajaan negeri Kedah dah tukar. so yahhh, im officially signing off, thank you fo this opportunity! atleast dapatlah merasa kejap kekeke. ok bye! 



hehehekkk


 

Assalamualaikum

BUAT APAM BALIK KAT RUMAH! | Hi! semalam kan jumaat so kedah cuti mingguan untuk sekolah. jadi takda buat benda, ajak la budak budak ni buat apam balik. 

takda la susah mana nak bancuh tapi yang susahnya bila nak gelek atas kuali 😂 yelah kan kita mana nak cari pulak kuali macam penjual guna tu, guna jelah kuali masak harian ni. dapat sorang sebijik dah kenyang! hahaha

alang alang dah try kan, apa salahnya share jelah resepi kat sini. nanti nak buat semua boleh rujuk haha sebab kita ni selalu lupa resepi 🤣


RESEPI APAM BALIK MUDAH DAN SEDAP!


BAHAN-BAHAN:


🎈 1 biji telur

🎈 1 cawan gula

🎈 1 cawan air

🎈 1 sudu teh soda bikarbonat

🎈 1 sudu teh tepung penaik

🎈 2 cawan tepung gandum

🎈 esen vanila (tak letak takpa)


BAHAN INTI:

🎉 Jagung cream dalam tin

🎉 Kacang hancur

🎉 Gula

🎉 Boleh juga add on coklat/cheese/oreo mengikut tekak masing masing 


CARA MEMASAK:


1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.

2. Pastu masukkan air. Pukul kejap dan masukkan soda bikarbonat dan baking powder.

3. Pastu masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.

4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).

5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.

6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. 

7. Flip flip sampai nampak garing dan angkat!

8. Dah siap 🎉🎉🥳


walaupun rupa apam balik ni macam 🤧😪 tapi sedap jugak tau! haha first senduk apam balik jadi tebal sebab bancuhan tepung pekat sangat. lepas tambah air, baru ok hahaha baru la dapat rupa apam balik tu.


tengah fikir juga ni nak buat apa pulak ek besok? sebab ada lagi kacang hancur lebih 🤔 ada cadangan tak?



Assalamualaikum

KFC ONE BOX MEAL RM13? | Hi! rasanya semua dah kembali bekerja kan lepas cuti raya haritu? saya masih disini, menganggur hampir 2 tahun ehhhh tiber 😂



harini nak cerita pasal FOODPANDA! sha ni kan duduk kampung, jadinya takda la food delivery semua ni kecuali yang personal. contoh kakmah jual kebab, ha kakmah jual kakmah delivery takpun suami kakmah tolong delivery.

tapi baru baru ni, area sha dah ada foodpanda! excited jugak la 😂 biasalah kita kan orang kampung 🤪🤪🤪🤣 tapi masalah dia sekarang, foodpanda ni boleh delivery KFC je? 



dalam dua minggu foodpanda beroperasi, rasanya 4 kali dah sha makan kfc 🤦🏿‍♀ haritu mula mula order sebab hujan, air takda, nak masak pun susah nak kluar pun malas jadi order la.

tapi bukan nak cerita yang tu, nak cerita harini sha beli KFC ONE BOX MEAL dengan harga RM13 TERMASUK DELIVERY! pada sha berbaloi lah dengan harga macam tu. nak tau apa ada dalam one box meal tu?


burger zinger (boleh pilih nak spicy bbq, cheezy or classic), ayam 1 ketul, nugget 4pcs, coeslow, mashed potato & pepsi tin ( boleh pilih tin hitam/biru). banyak kan tu? rm13 pulak tu termasuk penghantaran!

kalau korang pun nak order juga set ni dan dapat dengan harga seperti ni, korang kena masukkan kod voucher "KAKIONLINE" sebelum checkout. sha taktahu la voucher ni sampai bila, tapi apa kata sementara masih ada korang gi order cepat 😂

kalau korang belum daftar dengan foodpanda, korang klik link dibawah dan download foodpanda & dapat RM10OFF untuk order pertama 🤗

👉🏽FOODPANDA RM10OFF👈🏼

okie byee! ✊🏼 selamat makan tengahari

Assalamualaikum

DAY TRIP TO PENANG! | Hi! selamat hari raya aidiladha ❤ susahnya nak cari mood nak menaip ni bila asyik kena hadap laptop untuk buat kerja 😂 settle buat kerja terus tutup laptop sebab mata letih ._. 


so beberapa before raya haritu which is 27 Julai 2020, Isnin kita ke penang balik hari hahaha! takhabis habis dengan balik 😂 seronok tau trip balik hari, jimat duit tapi letih gila! hahaha

misi utama ke Penang sebab kawan nak ke USM. sha ni ikut je janji boleh gi jalan jalan dan ada gambar untuk letak kat feed ig 🤪 jadi perjalanan kitaorang haritu dari Kedah ke Perlis ke Kedah ke Penang ke Kedah ke Perlis dan akhirnya Kedah balik 👀

perjalanan kitaorang start 7.30pg bersama hujan renyai renyai, terus ke perlis ambik sorang kawan dorang then balik kedah la kan sebab nakpi penang 😆oh ya, lepas ambik kawan di perlis, singgah rumah driver sebab driver lupa spec hahaha!


dalam pukul9 macam tu barulah bertolak ke penang, alhamdullilah perjalanan lancar dan tak behenti rnr langsung jadi sampai atas jambatan pukul11 terus ke USM untuk ambik lagi sorang kawan.

pergi penang agak agak orang akan makan apa kat sana? 👀 mestilah nasi kandar kan? tapi kitaorang buat kelainan  sikit hahaha kelainan yang selalu kitaorang buat bila ke mana mana iaitu makan kat mall daripada gi makan kat kedai yang femes kat negeri tu😆


jadi pilihan kitaorang adalah ke QB mall dan makan di Old Town White Coffee. antara sebab kitaorang makan kat mall sebab macam boleh agak kalau gi kedai nasi kandar time lunch mestilah ramai orang yedok? mesti takda sosial distancing :( kenapa nak bahayakan diri kan?

tapau donut buat makan kat Batu Feringgi

settle makan, pusing pusing mall dulu beli apa yang patut sebab nak singgah Batu Feringgi ⛵ keluar ja mall terus ke Batu Feringgi dan masa tu panas terik lagi 😂 tapi kisah apa sebab time tu la lighting on point kebaboom kehkehh





kat situ pun takda buat benda pun, cuma ambil gambar then singgah satu kedai kat atas tu untuk minum air lepas penat bergambar 😂 pastu kitaorang pun balik~

dari Batu Feringgi nak ke USM tu sesak ye anak anak walaupun baru pukul4 macam tu. taktahy la sebab apa yang boleh sesak sebab hari sekolah, bukan hari cuti tapi maybe sebab sekolah la kot hahaha 😂 lepas hantar kawan kat USM tu, kitaorang pun pulang~

tapau sushi haha

masa nak naik Jambatan Pulau Pinang tu macam sesak haha tapi bila dah naik, alhamdulillah perjalanan lancar je 🤗 ingatkan boleh la sampai awal hahaha pastu singgah pula RNR. takda beli apa pun hahaha pastu terus rasa nak beli mcd, ha pergi la pulak beli mcd. itu sebab yang sampai lambat agaknya.


lepas balik dari mcd, hantar kawan kat perlis barulah balik ke rumah hahaha. walaupun macam tak pergi mana mana tapi letih gila ok 🥴🥴 padahal duk belakang je hahahaha tapi memang best gila sebab bila sikit masa, kita akan hargai setiap masa yang kita gunakan 😂

kalau macam pergi tidur sana, mesti ada masa yang malas la nak keluar. last last terperuk kat dalam bilik untuk berjam jam, padahal niat nak pergi berjalan jalan 😆 rasa macam merapu dah, jadi oklah sampai disini hahaha ._. harap harap pasni boleh ke cameron highland balik hari pulak 🤪🤪🤪🤪🤪


**btw mohon doakan kitaorang di daerah kubang pasu 😫 kluster sivagangga semakin meningkat!!!


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.




get this

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • MALAS UPDATE BLOG SEBAB DAH BOSAN
  • RESEPI LASAGNA ROTI VERSI MUDAH
  • LIRIK LAGU ADAKAH INI MIMPI | REEDZWANN
  • ORDER KE TAK FOOD DELIVERY BILA HUJAN
  • LIRIK KASIHKU TERSAYANG TETAPLAH BERJUANG (LAGU TIKTOK)

adsense

Categories

ad 35 altheaangels 14 beauty tips 1 blog 19 blog challenge 8 book 7 drama 19 feautured 36 filem 5 haul 30 katahatisapikah 4 kdrama 8 kecantikan 8 LDR 10 lirik lagu 95 makanan sedap 87 perkongsian 50 personal 1 phone stuff 9 resepi si sapikah 30 review 99 sapikah jalan jalan 37 update kehidupan 90

Followers

Blog archive

  • ►  2021 (28)
    • ►  March (2)
    • ►  February (17)
    • ►  January (9)
  • ▼  2020 (90)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (6)
    • ▼  August (5)
      • BELI SHOE BOX 70SEN KAT SHOPEE!
      • FINALLY, IM SIGNING OFF..
      • BUAT APAM BALIK KAT RUMAH!
      • KFC ONE BOX MEAL RM13?
      • DAY TRIP TO PENANG!
    • ►  July (2)
    • ►  June (8)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (10)
  • ►  2019 (125)
    • ►  December (16)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (9)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (8)
    • ►  March (12)
    • ►  February (20)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (243)
    • ►  December (23)
    • ►  November (27)
    • ►  October (28)
    • ►  September (17)
    • ►  August (18)
    • ►  July (18)
    • ►  June (21)
    • ►  May (23)
    • ►  April (17)
    • ►  March (17)
    • ►  February (11)
    • ►  January (23)
  • ►  2017 (145)
    • ►  December (17)
    • ►  November (16)
    • ►  October (23)
    • ►  September (19)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (12)
    • ►  May (15)
    • ►  April (17)
    • ►  March (10)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)

Komuniti Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | Azirahman Story
    Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
  • PERMATABIRU
    CARA DAFTAR TERIMA VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • .she's the camera maniac.
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Nurfuzie.com
    7 Kebaikan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
  • zya akma
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Hikayat Budak Pening
    Review | Yamaha MT15 (Luaran)
  • @Siti Sharini
    URUS CASHFLOW DENGAN BIJAK
  • fatimahnabila
    Cara Baru Untuk Membeli Channel di NJOI 2021!
  • Dunia Zumal
    MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • ARZMOHA
    DIEGO MARADONA BINTANG LAGENDA BOLA SEPAK ARGENTINA MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI AKIBAT SERANGAN JANTUNG
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • Krik Krik Krik
    Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Mekaratisa
    Restoran Capati Arau Perlis
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • MiaZain
    Herbal plants you can plant at home & how to use them
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates