Assalamualaikum

KEJAP JE DAH NAK HABIS RAMADHAN | Hi. Korang sihat? Saya rasa macam kurang sihat sikit sejak semalam. Sebab panas yang melampau kot? Rasa lesu je badan sampai takde selera nak makan 😪 harap harap tak teruk lah


KEJAP JE DAH NAK HABIS RAMADHAN

Entah kenapa rasa kejap sangat ramadhan kalini 🥹 tiba tiba dah 26 ramadhan harini. Haritu sempat berpuasa di kedah 2 hari, alhamdulillah. Tahun ni turn Nogori lagi, takpelah raya mana mana pun sama je.

Persiapan raya macam mana? Saya dah beli baju raya awal tahun haritu lagi sebab time tu baju baju murah je haha. Yang lain lain biasa je beli, tudung pun yang RM15, kasut yang RM30. Takde beria sangat tapi tetap kena raikan kan?

Rasanya sebab menghargai ramadhan kalini buat rasa macam eh cepatnya nak habis ramadhan 🥹 tahun depan jumpa lagi ke tak ramadhan 🥹 haritu tasa macam baru seminggu, tetiba dah nak raya. Tak kisah la raya jumaat ke sabtu, feel raya tu belom datang 😅 ni nak raya nak kena hadap pulak soalan "eh berdua lagi ke" semoga tabah nak menjawab nanti...


Btw tempat korang panas tak? Jelebu ni jangan cakap la, pukul10 pun dah start rasa panas 😭 btw jaga kesihatan ye semua ❤️❤️ bye

Ps : saya baca komen semua, saya nak balas tapi takboleh balas pakai phone. Tunggu saya bukak laptop ye 🙂