Assalamualaikum

DINNER 24 JANUARI 2023 | Hi! Korang masih bercuti ke esok? Atau dah start kerja? Saya harini macam biasa, teman mil niaga. Hujan je sepanjang hari, memang syok tidur hehehe nak keluar jalan jalan pun takde mood kalau hujan hujan ni ๐Ÿ˜…


DINNER 24 JANUARI 2023

Disebabkan harini saya niaga jadi tengahari tadi takde masak pun, beli lauk dah siap je. Alah makan dua orang je, takde nak beria sangat pun. Cuma bila dah beli lauk kat luar memang untuk siang jelah. Tadi lepas isyak eh lapar pulak hujan hujan ni ๐Ÿ˜Œ kalau makan sup ni mesti sedap! 

Kitaorang pun keluarlah makan luar hahaha ๐Ÿ˜‹ kedai dekat dekat sini je, 15 minit sampai. Kedai pun tak ramai sebab hujan kot. Saya order nasi kosong dengan sup daging (sup tu pedas sikit eh) dan juga kerabu megi.




Kedai ni memang boleh tahan sedap masakan dia. Sup dia pedas bethol hahaha saya sejak duduk negeri sembilan ni memang makan pedas pedas walaupun kadang kadang perut tak tahan ๐Ÿ˜… 

Sedap betul makan sup time hujan ni kan? Nikmat lain mcm haha kerabu megi tu pulak dulu saya tak suka. Pelik kenapa adik saya suka sangat kerabu megi. Saya taksuka sbb tak suka bau daun ketumbar tu ๐Ÿคฃ last last saya yang terlebih suka sampai beli megi siam tu nak buat kerabu ๐Ÿคญ

Tu jelah update harini ๐Ÿ˜Œ esok cuti, boleh bw sampai lebam! Hehek