PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG! BANYAK HADIAH EKSLUSIF MENANTI ANDA!

Assalamualaikum

PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG! BANYAK HADIAH EKSLUSIF MENANTI ANDA! | Jangan ketinggalan tawaran ini untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 dan bawa pulang hadiah eksklusif di HUAWEI Experience Store terpilih!


PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG! BANYAK HADIAH EKSLUSIF MENANTI ANDA!

Perhatian warga Malaysia! Panggilan terakhir untuk pra-tempah King of Flagship, Siri HUAWEI Mate50! Rebut peluang anda untuk membuat pra-tempahan siri HUAWEI Mate50 di serata HUAWEI Experience Store. Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,450*.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah hebat bernilai sehingga RM6,500 sekiranya anda pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 di HUAWEI Experience Store tertentu, hadiah hebat termasuk Siri HUAWEI FreeBuds, Pin Touch 'n Go eWallet bernilai RM300*  dan berpeluang memenangi HUAWEI Vision S 65"*! Model flagship terbaru ini didapati dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate 50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM 4,499 dan HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM 5,299.

Freebies ekstra untuk pengguna Mate50: Log masuk atau daftar di aplikasi My HUAWEI untuk tebus ZUS Coffee secara PERCUMA.

Tunggu Apa Lagi! Pra-Tempah Sekarang Kerana Hadiah Menarik Menanti Anda!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pra-tempah siri HUAWEI Mate50 sekarang sehingga 11 November 2022 di HUAWEI Experience Store yang disenaraikan di bawah, dan pergi ke HUAWEI Experience Store yang anda pra-tempah siri HUAWEI Mate50 pada Sabtu ini, 12 November 2022 untuk dapatkan telefon anda dan hadiah-hadiah menarik! (*T&S terpakai, sementara stok masih ada)

No

HUAWEI Experience Store

1

HUAWEI Experience Store Pavilion Elite

2

HUAWEI Experience Store Sunway Carnival

3

HUAWEI Experience Store Queensbay Mall

4

HUAWEI Experience Store Sunway Pyramid

5

HUAWEI Experience Store Midvalley

6

HUAWEI Experience Store IOI City Mall

7

HUAWEI Experience Store MidValley Southkey

8

HUAWEI Experience Store Aeon Tebrau City

9

SenQ Gurney Plaza

10

Urban Republic at Pavilion KL


*Tertakluk kepada terma dan syarat. Hadiah eksklusif hanya layak untuk 50 Pelanggan Pertama yang beratur untuk dapatkan siri HUAWEI Mate50 pada 12 November 2022.

Jika anda terlepas berita menarik ini, tertera adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai King of Smartphone Huawei:

Point and Shoot Seperti Pro

Melompat terus ke tarikan utama Mate50 baharu  adalah  teknologi pengimejan kamera mudah alih terkini, XMAGE, yang mempunyai  apertur fizikal boleh laras 10 saiz, Kamera Ultra Aperture, Mod Super Night, Potret Profesional dan Super Makro.

Dengan memberi tumpuan kepada empat tonggak teknikal;  sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan  - Mate50 menampilkan kamera mudah alih unik Huawei yang membawa kemajuan ketara dalam sistem pengimejan mudah alih.  Sistem Kamera Ultra Aperture dengan Aperture Fizikal Boleh Laras 10 Saiz, Apertur Terbesar Industri F1.4, Mod Super Night, Potret Profesional, dan Super Makro semuanya termasuk dalam Sistem Kamera XMAGE, yang mengatasi prestasi pendahulunya pada setiap peringkat. 

Dengan Kata Lain, Anda Tidak Perlukan Pelindung Skrin

Selain itu, versi Huawei Mate50 Pro Orange Vegan Leather menggabungkan skrin dengan teknologi ketahanan seperti Anti-Scratch, Anti-Fall, dan tahan air sehingga kedalaman 6 meter.
Pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang yang pertama dari SGS Switzerland, KunLun Glass, menubuhkan standard baru untuk ketahanan skrin. Dengan ketahanan sepuluh kali lebih kuat daripada siri Mate sebelumnya hasil daripada 10-quadrillion level nanocrystal pada skrinnya. 

Bateri yang Lebih Pintar, Penggunaan Yang Lebih Lama

Peranti utama ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri yang dipertingkatkan dengan Super Energy Boosting Technology untuk memaksimumkan sepenuhnya keupayaan telefon anda
Untuk mencari titik manis antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih, HUAWEI melengkapkan telefon pintar utamanya dengan 4,700mAh dan 66W HUAWEI SuperCharge. Di samping itu, Mod Kecemasan Bateri Rendah daripada HUAWEI menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dan  teknologi SuperEnergy Boosting untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi telefon anda. Membolehkan anda terus berjalan walaupun berada dalam keadaan yang sukar, memberi anda sehingga 2 jam standby atau sehingga 12 minit panggilan telefon dengan hanya 1% bateri.

Langkah-Langkah Dipertingkatkan Untuk Melindungi Privasi Pengguna

Tidak perlu risau lagi kerana maklumat peribadi anda selamat dengan Huawei AppGallery kerana ia mempunyai pemeriksaan keselamatan terbina. Dengan mekanisme pemeriksaan privasi 4 peringkat yang menyediakan privacy lengkap dalam apa jua keadaan:

●Pengesahan nama sebenar developer
●Empat langkah pemeriksaan keselamatan
●Keselamatan pemasangan
●Operasi pertahanan

HUAWEI memastikan bahawa aplikasi selamat dari peringkat pembangunan sehingga ia dipasang dengan pemeriksaan keselamatan terbina dalam. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh mengimbas virus, menyemak scammer, melindungi privasi anda, dan petua keselamatan.

Memperkenalkan EMUI13

Dalam meneruskan matlamat mereka untuk mewujudkan antara muka pengguna yang produktif dan cekap, Mate50 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan EMUI13 untuk memberikan pengguna mereka Super Device Experience.

HUAWEI komited untuk membangunkan antara muka pengguna yang menyenangkan dari segi estetika dan fungsi. EMUI13 merangkumi elemen antara muka pengguna yang dipertingkatkan melalui Widget Perkhidmatan yang boleh memaparkan semua data yang diperlukan oleh pengguna. Tidak lupa fungsi di belakang tabir, EMUI13 akan membantu anda membebaskan sehingga 20GB ruang pada peranti anda dengan menggabungkan data yang serupa, memampatkan program yang jarang digunakan, dan mencegah muat turun berlebihan yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna. 

Untuk maklumat lanjut, mengenai berita terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook atau Instagram rasmi HUAWEI.

Post a Comment

0 Comments