TUDUNG BAWAL INSTANT MUDAH BENTUK

Assalamualaikum

TUDUNG BAWAL INSTANT MUDAH BENTUK | Hi! Selamat pagi ahad, saya taip ni sambil tengah niaga kat pasar tani, alah penah cerita dulu hahaha sebenarnya dah seminggu saya cuti dek tak sihat haritu, alhamdulillah minggu ni dah sihat boleh datang niaga 🤭

TUDUNG BAWAL INSTANT MUDAH BENTUK

Pagi tadi, bangun tiba tiba rasa nak cantik harini hahaha selalu saya datang niaga pakai tudung sarung tu je, harini nak try pakai bawal instant lah pulak. Bawal ni beli minggu lepas taksalah saya tapi sebab sakit tak sempat nak try. Time sakit tu jangan cakap tudung, diri sendiri pun taksempat nak kisah, duk kisah sakit je 😩

Terkejut suami saya tengok saya iron tudung, selalu iron tudung ni bila nak keluar gi jejalan je haha kalau kat kampung atau datang niaga selalu saya pakai tudung sarung tu je. Haaa tudung sarung tu pun suami saya lah yang ajar pakai, selama ni pakai lah bawal hari hari. Bising je dia asyik lambat 😂



Entah macam mana haritu ternampak iklan tudung bawal instant ni, nampak mudah. Ada yang jenis tak payah iron pun tapi singkat sangat, ni yang saya beli ni oklah labuh, patuh syariah hehe brand "Hana Exclusive"


Ada bidang 45 dan bidang 55, saya beli yang bidang 45 je tapi memang labuh depan belakang. Kalau yang jenis pakai tudung labuh bolehlah beli bidang 55 tu. Jahitan semua kemas, potongan tudung pun cun! Memang recommended 💯💯

Kalau korang nak beli jugak boleh beli kat SINI

Post a Comment

4 Comments

  1. Nampak macam pakai tudung bawal pin tu je kan. Bolehlah bergaya sikit daripada pakai tudung ekspress yang biasa ada awning tu.

    ReplyDelete
  2. tak pernah beli, takut beli tapi tak kene dengan muka... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula haritu pun rasa mcm tu, dah pakai best pulak hehe

      Delete