MAJLIS PERASMIAN RESTORAN PANDU LALU MCDONALD'S TAMPIN DAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD - YAYASAN JAAFAR AHMAD

1

Assalamualaikum

MAJLIS PERASMIAN RESTORAN PANDU LALU MCDONALD'S TAMPIN DAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD - YAYASAN JAAFAR AHMAD

Majlis Perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald's Tampin 

Pada 8 Mac 2022 yang lalu saya berkesempatan untuk meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran McDonald's di Tampin, Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan anda, Restoran McDonald's Cawangan Tampin telah mula beroperasi sejak penghujung tahun 2020 lagi. Bangunan asal restoran ini adalah Rumah Rehat Tampin yang mana telah diambil alih oleh pihak McDonald's Malaysia untuk dijadikan sebagai restoran McDonald's. Restoran ini juga merupakan restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.


Pembukaan restoran McDonald's ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan sebagai salah satu perancangan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi tawaran pekerjaan kepada komuniti setempat terutamanya di Tampin. Selain itu, McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah. 


Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia. Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald - Yayasan Jaafar Ahmad

Selain dari rekabentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 

Sejak tahun 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama McDonald's Malaysia telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald's (RMSR). RMSR adalah salah satu kemudahan yang disediakan kepada kanak - kanak keperluan khas dan yang mempunyai masalah pembelajaran khususnya bagi keluarga dari golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.




Sehingga ke hari ini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Majlis pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. 

“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini. Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Penyerahan Pembayaran Zakat Korporat

Disamping majlis perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald's dan perasmian Bilik Sensori Ronald McDonald, McDonald's Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) yang telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs). McDonald's Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan orang yang memerlukan akan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat.

Syukur dengan segala inisiatif yang telah dilakukan oleh McDonald's dalam meringankan beban para asnaf dan juga kanak - kanak yang kurang bernasib baik selain daripada memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah rakyat Malaysia membuka mata dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa itu RMHC dan RMSR! Semoga McDonald's semakin maju jaya dan dapat menolong ramai lagi golongan asnaf dan B40!


Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !