RichWorks KOMITED BANTU 605,000 USAHAWAN UNTUK BANGKIT SEMULA


Assalamualaikum

RichWorks KOMITED BANTU 605,000 USAHAWAN UNTUK BANGKIT SEMULA | Dari awal tahun 2021 hinggalah ke akhir tahun 2021, bermacam macam ujian dan cabaran yang datang kepada kita semua. Terakhir sekali pada bulan Disember yang lalu dimana beberapa negeri mengalami banjir yang sangat teruk!

Walaupun saya tak pernah berada di dalam situasi tersebut, tetapi dengan melihat update update yang dihantar, memang cukup buat saya rasa tak senang duduk dan sedih melihat keadaan mereka. 

Selalu terngiang - ngiang di kepala bagaimanakah mereka hendak memulakan semuanya dari mula? Bagaimana dengan peniaga kecil yang barangnya telah rosak dek banjir? Bagaimana dengan aset aset yang telah lama mereka kumpul selama ni? Allahu Akbar…

Alhamdulillah kita dikelilingi dengan orang yang baik baik, RichWorks tampil untuk membantu bangsa usahawan yang ditimpa musibah ini.

Nama RichWorks sememangnya sudah tidak asing lagi bagi dunia perniagaan, dimana pengasasnya Datuk Wira Dr Azizan Osman yang juga pernah dijangkiti Covid 19 bersama 31 orang ahli keluarganya yang lain. Beliau juga telah kehilangan ibu mertua kesayangan asbab Covid 19 serta beliau sendiri juga pernah dimasukkan mesin bantuan pernafasan dan doktor mengatakan sudah tidak mempunyai harapan lagi.

Diberikan Peluang Kedua

Alhamdulillah, diberikan peluang kedua oleh Allah SWT, Dr Azizan semakin baik dan peluang yang diberikan ini akan digunakan sebaiknya untuk membantu lebih banyak lagi bangsa usahawan diluar sana.

Disebabkan semangat yang tinggi, tidak lama selepas beliau keluar dari hospital dan masih dalam proses pemulihan, Dr Azizan tetap menjalankan program percuma yang telah dihadiri ribuan orang! 

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Mendapat Pengiktirafan Kerajaan

Salah satu program yang dijalankan oleh RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan setelah disebut didalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. juga memberitahu dimana pihak mereka juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang banyak menyokong mereka selama ini melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.


Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire juga turut menyumbang sebanyak 84 ekor unta dan 762 ekor kambing yang mana bernilai RM824,160 untuk ibadah korban tahun lepas.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 orang pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Kejayaan demi Kejayaan

 Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire pula, RichWorks telah menyediakan program serta kata semangat kepada usahawan bagi mencapai jualan RM1 juta pertama setahun dan alhamdulillah sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Siapa RichWorks? 

RichWorks merupakan satu syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia terutama sekali dari segi penjenamaan, pemasaran serta kepimpinan.


RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online) sejak 2008.


Dengan rekod prestasi ini terbuktilah strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina ramai usahawan dan juga jutawan dalam tempoh 6-24 bulan!

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Video Perjalanan RichWorks Tahun 2021

Dibawah ini disertakan Video Perjalanan RichWorks bagi tahun 2021. Banyak suka duka dan liku liku yang dihadapi, semoga dipermudahkan urusan RichWorks bagi tahun ini!


Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks telah diusahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


Post a Comment

3 Comments

  1. wahhhh.. jemput singgah blog kita

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan RichWorks untuk membantu orang ramai sentiasa dipermudahkan. ^^

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete