Assalamualaikum

CARA BUAT POPIA NESTUM | Hi! disebabkan raya tahun ni pun macam tahun lepas, tapi tahun ni kes macam lagi melampau so saya decide untuk duduk rumah je raya nanti. pagi tu siap cantik cantik untuk ootd then tukar uniform ðŸĪŠ

CARA BUAT POPIA NESTUM

sebagai persediaan untuk saya menghadapi hari tersebut hahaha cewah sembang macam nakpergi perang ðŸĪŠ sebabkan saya bercadang nak tengok drama je hari raya nanti, so saya buatlah something untuk saya mengunyah nanti.

takkan la nak tengok drama sambil makan lemang sepanjang hari? tu cari penyakit namanya! jadi saya decide untuk buat popia nestum a.k.a suci dalam debu orang kedah panggil hihi

Cara Paling Senang Nak Buat Popia Nestum (Suci Dalam Debu) 

Bahan popia nestum :-

ðŸ‘‰ðŸ― 1 paket kulit popia (brand apa takpa, size apa pun takpa)

ðŸ‘‰ðŸ― 2 cawan nestum

ðŸ‘‰ðŸ― 1 cawan horlick

ðŸ‘‰ðŸ― 1/2 cawan gula castor

Saya buat jenis sekeping sekeping tapi incase korang nak buat jenis gulung then kena tambah 2 bahan ni untuk jadikan gam

ðŸ‘‰ðŸ― air

ðŸ‘‰ðŸ― tepung gandum

Cara cara buat popia nestum :-

1. potong kulit popia bentuk empat segi (korang buatlah macam mana pun 😂) atau kalau nak gulung, ambik sekeping then gulung dan gamkan dihujung, kemudian potong serong ok?

2. blend nestum then campurkan nestum, horlick dan gula castor dalam satu bekas

3. goreng kulit popia dengan api yang kuat, biar minyak betul panas then masukkan dalam 30 saat terus angkat! (tapis minyak dulu)

4. gaul popia yang siap digoreng dengan bahan kering tu then masukkan dalam bekas kedap udara! 

5. sedia untuk dimakan raya nanti ✨

semalam dapatlah 1 bekas besar ni, tapi ni pun dah share sikit dengan orang rumah depan 😂 tapi sekarang dah tinggal setengah hahaha! sementara nak sampai raya rasanya kena restock lagi

btw maaf takda gambar step by step ðŸ‘‰ðŸ―ðŸ‘ˆðŸ― kalau korang takpaham korang boleh search kat youtube hehehe yang penting sukatan yang saya bg tu kena ikut sebab rasanya fuhh 😋