Assalamualaikum
JUAL POPIA CARBONARA TAKDA UNTUNG?! | Hi selamat pagi! baru sedar yang semalam takda update entry baru. ingatkan bulan ni nak update hari hari tapi takpelah, tengok earning adsense pun taknaik naik emmm terus takda semangat nak blogging 🥴 terus tukar pekerjaan jadi penjual popia 🤣
JUAL POPIA CARBONARA TAKDA UNTUNG?!
Kisahnya haritu ada bekalkan cousin popia carbonara untuk dia bawak ke kafa. sekarang kafa dah takda waktu rehat, tu dia bawak pun kiranya untuk makan sebelum masuk kelas la.
popia carbonara inti daging |
tengok tengok time dia balik kafa tu dia bagitau kawan kawan dia order 😂 cousin saya ni memang gitu, haritu bekalkan kek batik suruh share dengan kawan, ehhh esok tu ada orang order haha
jadinya bermulalah aktiviti mengulung saya 😂 1st & 2nd day 50 biji settle dalam satu hari, semalam restock lebih sikit 100 biji, itu pun tadi abang dia dah bawak gi sekolah.
packaging popia carbonara |
saya jual sebiji 50 sen, taktahu la mahal ke murah sebab jual kat budak sekolah kan, takut nak letak mahal mahal. kalau tanya untung tu takda sangat pun, tapi takpelah, rezeki tu kan datang dari pelbagai cara hehe
so pagi ni sakit belakang sebab semalam hadap popia 2 jam sambil layan Tak Sempurna Mencintaimu 🤪 jadi pagi ni nak rilek rilek je layan kdrama pulak hahaha
okay bye! have a blessing day everyone ✨🤍
18 Comments
terbaik
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan yang akan tiba
hehe selamat menyambut ramadhan juga 🤍
DeleteKalau dekat dah order dah.
ReplyDeletekat mana tu? meh nak gi cod 🤣🤣🤪
Deletetu la...MY memang bawakan anak bekal, sekali tu dia share dengan kawan... balik tu dia kata kawan suruh bawa lagi esok... kalau kena bayar pun takpe... adehhh
ReplyDeletehahaha kan! budak budak sekarang suka membeli haha
DeleteSemoga perniagaan bertambah laku ya, tak apa plan bebetul tengok kos semua.. cari harga terbaik
ReplyDeleteinsyaAllah, thankyou sis 🤍
DeleteKalau jual murah, mesti ramai budak-budak sekolah yang beli. Untung sikit takpe, yang penting tetap ada pelanggan.
ReplyDeletehahaha! fikir benda sama 😂 asalkan order masuk hehe
Deletetry buat bulan puasa nie pula.. mst ramai yg nk order nnt
ReplyDeletetengah kira kira jugak ni hehe
Deletesebiji 50sen utk budak sekolah kira ok...semoga terus sukses!
ReplyDeleteBab harga untuk budak tu agak susah nak kira kira kan. Takpe, niat yang baik inshaAllah ada untungnya :)
ReplyDeleteBagus ni bawak bekal gi sekolah. Jimat duit.
ReplyDeleteSemoga bisnes bertambah maju! :D
Alhamdulillah..xpa lah sis, xdak kat sini, Insha Allah ada keberkatan kat jln lain pulak , kan
ReplyDeletewahh laku tu mak., leh buat duit kocek anak2 sekolah., ;p
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa ��
ReplyDeletePost a Comment