DRAMA : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU (2021) | Tak Sempurna Mencintaimu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Emi Suffian dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, dan Fendy Bakry. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia TV3 29 Mac 2021 mengantikan Rahimah Tanpa Rahim.


Waktu Tayangan : 07:00 Petang Setiap hari Isnin hingga Jumaat

Watak Utama : 

✨ Redza Rosli sebagai Mustaqim

✨ Intan Najuwa sebagai Siratul

✨ Fendy Bakry sebagai Epul

Watak Pembantu :

  • Rita Nadira sebagai Melissa
  • Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
  • Aniq Suhair sebagai Safwanz
  • Azza Elite sebagai Kak Siti
  • Ali Reza sebagai Kyle
  • Shah Khan sebagai Kuca
  • Scha Elinnea sebagai Mawardah
  • Naim Shamshol sebagai Rudy

SINOPSIS TAK SEMPURNA MENCINTAIMU


Mustaqim yang sebelum ini pernah kecewa dengan sikap wanita yang telah menghancurkan hidupnya tiba-tiba jatuh hati dengan Siratul, seorang gadis kampung yang sangat kuat dan tabah untuk mengharungi setiap cabaran yang dialaminya. Siratul juga yang sebelum ini sangat benci dengan keangkuhan dan lagak Taqim akhirnya menerima kedatangan Taqim dalam hidupnya. Mereka bertemu akibat sebuah 'kemalangan' yang berlaku diantara Safwan, adik kepada Siratul dengan Mustaqim. Tetapi munculnya Melissa, ibu tiri muda dan isteri kedua kepada ayah Mustaqim yang menaruh harapan dan cintanya terhadap Taqim. Melissa tidak boleh terima kenyataan akan ada wanita lain yang dapat memiliki Taqim. Dugaan demi dugaan datang menguji namun cinta Taqim terhadap Sirat tetap utuh. Melissa benar-benar rasa tercabar dan mula bertindak di luar kawalan sehingga mengancam nyawa Sirat. Taqim yang baru saja kematian daddynya benar-benar rasa tersepit dan tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan kehilangan orang yang disayang. Taqim terpaksa penuhi permintaan Melissa demi menyelamatkan nyawa Sirat.

Sinopsis Setiap Episod Tak Sempurna Mencintaimu


👉🏽 Tak Sempurna Mencintaimu - Episod 1

Pertemuan antara Siratul dan Mustaqim ketika Safwan terlibat dalam kemalangan yang tak diduga. Sirat geram dengan sikap Taqim yang menghina adiknya. Hubungan Melissa dan Kyle semakin intim. Namun Melissa masih belum dapat melupakan cinta pertamanya ( Taqim) . Ini membuatkan adakalanya Kyle cemburu dan mereka bergaduh.

👉🏽 Tak Sempurna Mencintaimu - Episod 2

Taqim sering muncul di kedai makan Kak Siti semata-mata mahukan Sirat melayan dia makan. Sirat pula merasakan Taqim sedang memburunya dengan hutang ganti rugi kemalangan yang masih belum dapat ditunaikan olehnya. Epol dapat tahu yang Taqim menuntut hutang dari Sirat. Epol sama-sama berusaha menolong untuk jelaskan hutang tersebut . Sirat terhutang budi dengan Epol yang telah banyak menolongnya.

👉🏽 Tak Sempurna Mencintaimu - Episod 3

Sirat merasa tertipu dengan pakatan Safwan dan Taqim dibelakangnya selama ini. Sirat sangat marah dan membayar semua duit Taqim dan mahu Taqim pergi dan tidak ganggu hidupnya lagi. Pertemuan kembali Taqim dengan daddynya, Datuk Mustapha setelah hampir 10 tahun dia bawa diri dari keluarganya. 


Tonton Episod Penuh Tak Sempurna Mencintaimu 

👉🏽 KLIK DISINI 👈🏽