MAKANAN YANG SAMPAI TAKSAMA MACAM GAMBAR?


Assalamualaikum

MAKANAN YANG SAMPAI TAKSAMA MACAM GAMBAR? | Hi! sejak sejak PKP dan takboleh bukak kedai makan haritu, banyak la peniaga yang mula meniaga secara online kan. kawasan sha duduk ni dulunya takdak servis cod semua, skrg dah ada.


dah banyak kali juga sha beli cod ni, alhamdulillah semua ok ok belaka sampailah satu hari yang hening dan lapar sebab takmakan apa dari pagi. sha pi pickup makanan yang sha order secara online tu.

hati berbunga bunga takpayah cakap la sebab dah lapar benar ni πŸ˜‚ so sha order LASAGNA ya anak anak tapi yang sampai? BREAD LASAGNA πŸ₯΄ but its okay la kan, bila buka? istighfar panjang gue liatin makanannya πŸ˜‚πŸ’†πŸ½ 

tanpa membuang banyak masa lagi, marilah kita tengok apa yang diiklankan dan apa yang saya dapat dengan harga RM10 + RM5 untuk cod

yang diiklankan




yang dapat






masa bukak plastik tu mak ai aku kecewa terluka dan bersedih hahahaha sebab lapar time tu makan jelah kan. bila tanya kenapa taksama macam dalam gambar pun, penjual cakap

"bekas kecik habis, tu guna bekas besar. sebab tu nampak sikit" 

lalu saya serta rakan penyiasat terus siasat mengenai hal ini. takmungkinla kan 3 keping "roti" bila letak bekas kecik akan jadi penuh macam yang diiklankan. 

sha ni jenis kalau beli satu satu makanan kalau betul sedap insyaAllah 10 kali repeat order dan sebarkan ke orang lainπŸ˜‚ sampaikan ada sorang kak ni cakap "hari hari makan tortilla tak cemuih ka dik?" 🀣 nak cemuih jugak la tapi dah sedap memang hari hari order hehe

akhir kata, nak niaga biarlah ikhlas. so siapa ada resepi bread lasagna? sila tinggalkan link anda, saya nak buat sendiri 🀧



21 Comments

  1. Makk aii dsyattnyaaa...tak baik buat macam tuuu..adeii kalau Sis memang Sis komplen komen terus...dah banyak juga Sis kena, pastu dia nak ganti..tapi takpe laa...just reminder...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda pula cakap nak ganti πŸ˜‚ sakit hati je dapat haha

      Delete
  2. ni mcm nk g mekah blk hari gayanya.. haha..
    nk berniaga biarla ikhlas.. baru la dpt keberkatan.. haa gittewww..

    ReplyDelete
  3. Pernah kena gak. Minta lasagna tapi guna roti buat lasagna. Padahal kalau lasagna kena guna pasta sheet tu. Beli 2 bekas pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, ingtkan dapat yg lasagna sheet la. sekali dapat bread hahahaπŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  4. Ingatkan gambar yg dapat tu makanan dah habis.
    Alahai asal boleh je kan meniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha πŸ˜…πŸ˜… tu lah, nk pergi korea balik hari ke apa hm

      Delete
  5. Bgtau kat owner sis.. Nanti dia buat onar dekat org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bgtau πŸ˜… dia cakap sbb bekas kecik habis, tu sbb pakai bekas besar dan nmpk sikit mcm tu huhu

      Delete
  6. Makk aiii boleh guna alasan bekas pula. Kata berniaga takkan xcheck stock apa yang dah habis kot haha..kelakarlah pula. Setakat ni sy order semua sama seperti dalam gambar cuma kena gan selesa atau tak je. Tapi oklah yang penting kita try dulu. Kalau sedap memang sah² repeat order

    ReplyDelete
  7. Beza sangat ni sha...tak ikhlas betul niaga...huhu

    ReplyDelete
  8. Memang kecewalah kalau jadi macam tu. Dahlah tengah lapar sangat.

    ReplyDelete
  9. melampau sangatla menipunya tuh... lain sangat2, apa lah seller gitu kan

    ReplyDelete
  10. Alahai frustnya. Kalau dapat macam ni lain kali confirm tak repeat dah kat orang tu

    ReplyDelete
  11. OMG kalau ai tak baca mesti ai ingatkan roti canai. Nipis sangat tu.

    ReplyDelete
  12. hahaha
    nama pun iklan kan
    cuma kalau pesan makanan dapat sama macam kita tengok dekat iklan
    memang rasa seronok gila

    ReplyDelete
  13. adoi sabar je la bila jadi kes macam ni. memang taubat tak order dah..haha

    ReplyDelete
  14. eee org mcm ni tkyh niaga la....teruk je

    ReplyDelete