CORNDOG? SEDAP KE? + RESEPI MUDAH


Assalamualaikum

CORNDOG? SEDAP KE? + RESEPI MUDAH  | Hi bersua kembali bersama saya! setahun sekali nak datang mood nak menaip. aduhai maleh sungguh malas ni. harini nak cerita pasal makan makan~ semalam scroll fb nampak post ada orang jual corndog. tanpa melengahkan masa terus whatsapp diatu hahaha



pastu sepatutnya cod pukul 5 tapi tiba tiba pkul3 cakap nak cod dah haha i is ok je, gi pickup kat satu tempat ni sebab malas nak suruh datang rumah hsshhshhs kang masing masing pandang beli apa la tu sapa datang la tu. bila dah sampai rumah terus nak goreng kakaka



jika dilihat pada rupa takdalah menarik sangat haha taktau la kenapa tapi itulah apa yang dirasa. actually tak suka sangat makan makanan goreng macam ni sebab nanti macam muak. sebagai contoh lain, cucur udang :3 ok lepas dah goreng, masa goreng tak ambik gambar pun hihu

ok jom makan!


seperti yang dijangkakan, tepung banyak dari sepatutnya hahaha rasa macam makan tepung dengan cheese yang sedikit je uolls. tapi tepung tu buat sha rasa muak :3 so pada sha tak worth la kalau beli 1 rm5 kalau macam ni, jadi buatlah sendiri gais, sumpah puas makan haahahhaa. nak resepi corndog mudah?

RESEPI CORNDOG MUDAH by ADIKFOODS

♨️BAHAN BAHAN (6 corn dog)

3 batang sosej- celur dan potong 4
1 ketul mozarella cheese (potong ikut saiz sosej)
1 paket tepung cucur Adabi (saya guna yang Bawang)
1 ⅓ cawan air
½ cawan tepung goreng serbaguna Adabi
2 cawan breadcrumbs - tanpa perasa (original)

♨️CARA CARA MENYEDIAKAN

1. cucuk sosej dan cheese berselang seli tapi pastikan cheese paling atas
2. bancuh tepung cucur adabi dengan air
3. gaulkan tepung goreng sebaguna dengan breadcrumbs
4. tuang bancuhan tepung (step 2) ke dalam gelas
5. celupkan sosejcheese ke dalam bancuhan tepung dan salutkan dengan breadcrumbs sampai mampat
6. simpan dalam peti sejuk (bukan freezer) 30 minit supaya cantik bila digoreng
7. goreng
8. sedia untuk dimakan!

kalau nak tengok versi video - klik sini

9 comments: