6/25/2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

by , in

Assalamualaikum

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK |Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. 


Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Kenapa beliau digelar TimeBoy?Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 


Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau. Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.


Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 


Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU KITA SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.


"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.

Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process πŸ˜†
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 



Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -



Follow πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ


6/18/2019

DASHING 1ST DEO + PERFUME BUATKAN LELAKI LEBIH YAKIN!

by , in

Assalamualaikum

DASHING 1ST DEO + PERFUME BUATKAN LELAKI LEBIH YAKIN! | Hi! salah masuk blog ke ni tiba tiba cakap pasal produk lelaki haha tak tak, anda memang di laman yang betul :p tipulah siapa yang taktahu brand Dashing, sha dulu masa sekolah guna Dashing tau :p sebab bau dia tahan lama! dan baru baru ni Dashing ada keluarkan produk baru~ ha nak tau kena baca sampai habis!


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.


GUNA DUA PRODUK DALAM 1 MASA??!

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.


Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.
Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!


Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman :-
Facebook  : https://www.facebook.com/Dashing.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/dashing_my/

6/13/2019

RESEPI : CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN!

by , in

Assalamualaikum

RESEPI : CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN! | Hi! sejak sejak duk rumah sendiri ni kan, rajin betul nak try resepi itu resepi ini. sebelum ni kalau malam malam layan drama,  sekarang cari resepi 🀭🀣 sebelum ni asyik makan cheesekut kawan buat, kalini try buat sendiri & alhamdulillah sedap πŸ€ͺπŸ€ͺ tu yang nak share resepi tu hihi

RESEPI CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN!

Bahan - Bahan :-


🌈 sepaket roti 4segi (any brand pun boleh)
🌈 susu pekat secukup rasa (haritu letak 1/2 tin maneh wehhh - letak la 2/5 tin ke hihi)
🌈 susu segar (2-3sudu untuk blend & secukupnya untuk rendam roti)
🌈 250g cream cheese tatura

Cara Membuat Cheesekut :- 

1. masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar ke dalam blender & blend sehingga sebati


dan jadilah seperti ini (selepas dimasukkan kedalam pinggan) & sedia untuk dimasukkan ke dalam bekas!


2. first sekali sha letak bahan yang diblend tadi sebagai base, boleh je taknak letak tapi saja nak letak (eh) then celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun dalam bekas



urutan dia macam ni ye

creamcheese
biskut
milo (as topping - taknak letak takpe nak letak takpe, nak letak benda lain mcm nestum ke horlick ke pun boleh)
creamcheese
biskut
sampailah bahan habis

3. sejukkan ke dalam peti ais selama 4-6jam 


inilah hasilnya πŸ’• dan macam biasa, belum sempat cukup waktu dah ada yang nak try πŸ˜‚ nampak macam susah kan? tapi sampai tgok cerita melayu pun sempat siapkan uolls. ok byeee!


My Instagram