RANGKAIAN SAFI EXPERT SOLUTION TEMAN BAIK WANITA ZAMAN KINI


Assalamualaikum

RANGKAIAN SAFI EXPERT SOLUTION TEMAN BAIK WANITA ZAMAN KINI | Hi! kita semua sedia maklum sekarang ni memang banyak betul kan skincare yang wujud. kadang kadang sampai taktau macam mana nak pilih semua kan? dan paling terbaru sekali sha try brand Safi! siapa je kenal brand Safi kan? sejak zaman sekolah lagi memang guna jenama safi ni sebab memang yakin dan pasti selamat!


SAFI EXPERT SOLUTION

kita semua sedia maklum kan yang Safi bukan sahaja ada skincare tapi juga produk personal care. skincare dari Safi juga bukan saja tercipta untuk perempuan, malahan ada juga untuk lelaki. dan baru baru ni Safi ada keluarkan rangkaian produk baru iaitu SAFI EXPERT SOLUTION


kalini try 4 jenis produk daripada rangkaian Safi Expert Solution iaitu :-

🌸 Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation :- 

1. Renewal Hydro Complex
2. Supreme Anti Spots Complex

🌸 Bio Treatment Oil - Anti Scar & Stretch Marks

🌸 Eye Theraphy Serum - Anti Dark Circles


INTENSIVE AMPOULES - ANTI HYPER PIGMENTATION


ok first sekali nak cakap pasal ampoule ni, dalam box ni ada dua jenis ampoule dimana korang kena guna renewal hydro complex terlebih dahulu lepas tu baru guna supreme anti spots complex. cara nak gunakan senang je korang hanya perlu titiskan ditapak tangan dan sapukan keseluruhan muka, lepas ampoule ni serap ke wajah korang baru guna yang ampoule yang kedua ok!

apa yang best pasal Renewal Hydro Complex? ampoule ini telah dicampurkan Mandelic Acid & Hyaluronic Acid dimana dapat membantu untuk mencerahkan kulit yang kusam dengan memperbaharui sel kulit dan juga dapat melembabkan serta melembutkan kulit wajah. manakala Supreme Anti Spot Complex pula merupakan gabungan antara Antioxidant & Bio Complex yang mana dapat mengurangkan pigmentasi disamping dapat menyekatakan tona wajah, menanjalkan kulit dan juga mengurangkan garis halus diwajah.


BIO TREATMENT OIL - ANTI SCAR AND STRETCH MARKS


siapa ada masalah parut atau stretch mark? kalau macam sha ada masalah stretch mark :( muda muda lagi dah ada masalah stretch mark! aaaa stressssss betul! sebaik safi keluarkan treatment oil ni! cara guna pun mudah je, hanya perlu guna treatment oil 2 kali sehari & sapukan dibahagian yang perlu, urut sehingga minyak menyerap ke kulit

apa yang best pasal treatment oil ni? walaupun diformulasikan dalam bentuk oil tapi treatment oil ni tak berminyak pastu tesktur pun ringan je dan yang paling penting cepat serap ke kulit. treatment oil ni dapat membantu menambahbaik tekstur kulit, mengurangkan parut lama dan baru & membantu melembabkan kulit.


EYE THERAPHY SERUM - ANTI DARK CIRCLES


ok my fav product! hahaha sejak dua menjak ni banyak sangat tidur lewat haaa mata pun apa lagi tetiba jadi mata panda la kan :p sebaik ada produk ni dapatlah membantu mengurangkan mata panda sha 

cara nak guna mudah sangattt, sebelum baca doa tidur pun boleh apply, bekas pun kecik je boleh letak tepi katil je. cara nak guna hanya perlu ratakan produk menggunakan aplicator dan dab dab dengan jari sehingga produk meresap.

eye serum ni diformulasikan supaya cepat meresap dan mudah menyerap. dengan adanya aplicator yang memang sedia ada pun sangat memudahkan penggunaan. eye serum ni dapat membantu mengurangkan dark circle & mata bengkak, mencerahkan mata yang sembab dan mengurangkan "smile lines"



REVIEW

sha kalau nak beli barang mesti tengok packaging dulu, kalau tengok packaging Safi Expert Solution ni mesti beli punya! produk dari Safi Expert Solution ni pun mudah digunakan dan bekasnya semua plastik :p so takmudah pecah! so far pakai produk Safi Expert ni memang nampak perubahan terutamanya yang Bio Oil Treatment tu, love sangat! korang pun wajib cuba tauuu


DIMANA BOLEH DAPATKAN?

korang boleh dapatkan di Guardian & guna code "Z0ETSTYRDKPLSA" untuk dapatkan RM5OFF!

atau

boleh dapatkan dipasaraya/kedai runcit berdekatan rumah anda!



5 comments:

  1. Waaa macam bagus pulaklah..nak try laaaa beli..

    ReplyDelete
  2. Wahh..kena dapatkan ni. Maklumlah pengguna tegar safi rania....
    Aim nak beli bio treatment oil la...boleh sapu kat parut czer..hahaha

    ReplyDelete
  3. dulu2 pakai jugak safi, tapi tak sesuai dengan kulit sensitif sebab dalam tu ada fragrance..tapi bukan safi yang ni lahhh

    ReplyDelete
  4. Dah pakai memang best sangat sangat nak nak ampoule yang 2nd tu

    ReplyDelete