PENGALAMAN PERTAMA KALI DITEMUDUGA!


Assalamualaikum

PENGALAMAN PERTAMA KALI DITEMUDUGA! | Hi korang! rasa kekok pulak nak menaip sebab lama sangat cuti :P padahal 2 hari je hahaha. cerita ni bermula khamis lepas, sha tau ada satu kerja kosong ni, kerani pejabat berdekatan dengan rumah sha pulak tu, sha terus la apply. khamis tengahari tu pi hantar resume kat sorang abang ni pastu ahad macam tu dapat call, selasa datang interview (iv) YAYYYYYYYYY BARU PANGGIL IV DAH SYOK GILA 

Hari ahad lepas dapat call tu duk relax lagi padahal esok dah isnin, selasa dah nak iv hahahaha. malam ahad tu baru sibuk cari sijil apa semua. isnin tu pulak, seharian busy sampai lupa breakfast! pelik gila sebab sha memang jenis orang takleh kalau takmakan pagi hahaha. tengahari pun makan sikit ja sebab mcm perut masuk angin. dari pagi sampai balik la pulun buat resume dan bendabenda yang berkaitan dengan nak pi iv. pastu malam tu pi rumah cousin settle sama sama sebab mintak kerja sama sama hahahah cuwit sangat *mata keatas* dah settle semua dalam pukul 12 lebih, sha balik rumah sambung dating dengan yang tersayang hahahaha sampai taksedar dah pukul2, barai la mata esok. sebaik iv tu pukul 10

            
yes! settle


Keesokkan harinya sha bangun macam biasa hahaha sha ni jenis semakin sikit tidur semakin tak mengantuk seharian sha. kalau sha terlebih tidoq ha habisla sehari duk menguap hahahaha. bangun pagi tu lepas subuh duk relax relax pastu bangun iron baju, terus pi mandi padahal baru pkul 8 macam tu hahaha sambil sambil tengok cjwowshop sha duk bersiap, dalam 9.45 baru siap semua. sha ni memang jenis semakin banyak masa sha ada, semakin lama sha bersiap hahaha pastu check semua benda yang nak bawak, pi lah rumah cousin jalan kaki ja sebab sebelah rumah hahaha. pi tengok dia taksiap lagi -_-


sha pun selfie la dulu. ha kalau hampa nak tau sebab ketaq nak pi iv, nak telan roti pun taklepas ahahahaha gila terok T___T sha dah bukak plastik roti tu, pastu dah cubit pun pastu takleh nak masukkan dalam mulut hahahahahahahahahahaha letak balik roti tu, terus pi rumah cousin ni la. minum air sikit ja pagi tu hahaha pkul 10 baru keluaq dari rumah, tapi sebaik la dekat, 3 minit dah sampai tapi tolong jangan ikut perangai macam ni hahahaha. sampai ja tempat iv, 12/15 orang dah sampai, kiranya kami bukan yang terakhir la :p dia bagi borang pastu isi, tunggu nama dipanggil. lama gila tunggu! hahaha sha sampai dah berair mata mengantuk. pastu tiba tiba nama dipanggil, bangunlah seketul shapikah dengan muka mengantuk pi iv. oh ya masa duk tunggu tu, semua ayat duk baca dah, boleh pulak ada sorang tu kluaq iv dia habaq "dia tanya soalan macam macam sangat takleh jawab" kus semangat akak tau. bila masuk ja bilik iv tu, dah tak ketaq dah, sha seronok jawab soalan depa bagi sampai time kena kluaq kan "ok cik boleh kluar dah, semoga berjaya" sha dengan yakinnya "eh dah habis ka?" ahahahahaha awat rasa sat sangat entah, kluaq la sha pun, tunggu cousin pulak tapi sat ja. pastu dalam pukul 12 lebih settle dah dua dua orang, kitaorang nakpi perlis pulak tapi nanti lah cerita lain hahaha.

jadi inilah cerita pertama kali di interview, yang sha kerja sekarang tak kena iv pun. isi borang pastu terus boss call cakap boleh start kerja bla bla bla. kalau bole memang nak sangat kerja baru ni, sebab nak kumpul duit kahwin oi! kerja yang sekarang bukan takbest, semua best, tempat best, orang orang sini semua best tapi takboleh buat duit simpan nak kahwin huhu. semoga sha dimurahkan rezeki, doa doakanlah eh hehehehe

bye! <3 p="">


13 comments:

  1. Semoga awak lulus di dalam temuduga tue.. Akak pun kalu ada temuduga, memang nervous gila, makan tak lalu, tidur tak lena..

    ReplyDelete
  2. good luck... semoga ada rezeki :)

    ReplyDelete
  3. lain kali wefie la dgn interviewer.. bgtau nak letak dlm blog.. confirm dpt kerja.. hehehe.. gurau je.. goodluck k.. :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah Sha..good luck..kalau rezeki tak ke mana..dh kata tu rezeki sha, dpt la sha job tu..aamiin

    ReplyDelete
  5. pergi temuduga memang menyeramkan. rasa dah malas nak pergi temuduga dah. tapi kalau tak pergi tak dapat kerja.

    ReplyDelete
  6. In Shaa Allah semoga berjaya ye. Fikir yang baik-baik je

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan ikhtiar dan usaha Sha.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. Semoga Sha dapat kerja baru tu yer. All the best k.

    ReplyDelete
  9. InshaAllah.. sha dpt!. gud luck sha!

    ReplyDelete