Assalamualaikum

SCARLETT BRIGHTENING FACIAL WASH DAN BRIGHTLY ESSENCE TONER MEMANG BEST! | Hi korang! macam mana dengan cuaca tempat korang seminggu dua ni? kalau macam tempat saya, ada hari hujan, hujan sepanjang hari dan bila panas, panas sangat! rasa nak terbakar muka!


SCARLETT BRIGHTENING FACIAL WASH DAN BRIGHTLY ESSENCE TONER MEMANG BEST!

Kebetulan haritu masa bercuti ke Port Dickson, ada lah mandi kolam dek melayan anak sedara dua orang tu. lupa pulak time tu tak pakai sunscreen, bila balik je dari sana muka jadi berbelang dan erti kata lain sun burn.

Kalau umur dah 20-an ni pastu kulit sunburn memang rasa pelik haha orang pun jadi pelik "kenapa muka berbelang tu?" mana tak nya, dah tetua takkan main panas lagi. dulu kalau zaman sekolah selalu sangat muka terbakar. setiap bulan lah muka terbakar, tah bila jelah muka elok taktau lah. tapi time tu salah satu sebab adalah takpakai sunscreen!

Mana datangnya sunscreen time tu, basic skincare pun kelaut. Kadang kadang cleanser pun hari hari bertukar sebab guna yang kawan punya hehe tapi bila dah besar ni semua benda ni memang tak diambil ringan lagi dah! sekarang kalau pilih skincare memang akan pilih skincare yang sesuai dengan kulit dan ikut masalah kulit time tu.

Gambar before dan after.

Macam sekarang, masalah saya adalah muka saya sunburn jadi kalau saya nak pilih produk, mestilah yang boleh mencerahkan! disamping tu, saya juga cari produk yang tak mengeringkan kulit. bila kulit kita happy dengan produk kita pakai barulah berkesan!

SCARLETT BRIGHTENING FACIAL WASH



Pencuci muka. agak agak korang lah kenapa pencuci muka penting? dulu masa mula mula kahwin, husband saya pelik haha kenapa lah awak ni kisah sangat dengan skincare routine awak tu tapi lama lama dia dah start paham. pastu dia pun dah mula pakai terpaling basic skincare iaitu pencuci muka, toner dan sunscreen!

Lepas dia dah guna lebih sebulan baru dia cakap oh sebab ni ke awak pakai skincare selalu. Haaaa! pencuci muka ni penting sebab selepas seharian kita kat luar, kulit muka kita sebenarnya kotor tapi tak nampak dengan mata kasar. Kenapa kita perlu guna pencuci muka? Salah satunya ialah untuk membersihkan kulit muka, menghilangkan kotoran dan baki minyak yang berlebihan semasa tidur. Jadi bila kita pakai pencuci muka, kulit muka kita akan bersih, jerawat takkan datang dan rasa segar je lepas tu.

Pencuci muka kegemaran saya sekarang adalah daripada Scarlett! satu brand yang terkenal di Indonesia. sebelum ni saya memang dah guna beberapa skincare daripada Scarlett dan kalini saya repeat order dan add on lagi dua produk. Korang boleh baca produk Scarlett yang saya pernah try kat sini 👉 TAHUN BARU, SKINCARE BARU DENGAN SCARLETT!

Disebabkan saya punya main focus adalah untuk mencerahkan jadi saya guna Brightening Facial Wash. Apa yang membuatkan saya jatuh cinta sangat dengan facial wash ni adalah rose petal yang ada dalam facial wash tu! walaupun ada dalam facial wash tu je tapi rasa macam hari hari dapat bunga rose tau :p



Di dalam Scarlett Whitening Facial Wash terdapat kandungan Glutathione, Vitamin E, Rose Petals dan Aloe Vera yang merupakan power ingredient, dan selain itu mengandungi :

1.) Ekstrak Rumpai Laut
  • Membersihkan lebihan minyak sebagai salah satu punca jerawat berlaku
  • Menghalang kejadian hiperpigmentasi pada kulit

2.) Hydrosol Mugwort
  • Ia membantu melembapkan kulit
  • Memberi kesan menenangkan pada kulit yang berjerawat
3.) Vitamin C
  • Membantu meratakan tona kulit
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

4.) Centella Asiatica
  • Mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit
  • Memberi kesan menenangkan pada kulit yang berjerawat
  • Ia membantu proses penyembuhan luka pada jerawat dengan membantu penghasilan kolagen

5.) Ekstrak Delima
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV
6.) Air Lemon 
  • Mengelupas sel kulit mati pada permukaan kulit
  • Memudarkan bintik-bintik dan hiperpigmentasi selepas jerawat
7.) Jeju Rosemary
  • Melawan bakteria penyebab jerawat
  • Membantu melegakan kulit yang merengsa

8.) Ekstrak Teatree
  • Melawan bakteria penyebab jerawat
  • Membantu mengurangkan penampilan bintik hitam
9.) Aloe Vera Jeju
  • Membantu merawat kulit berjerawat
  • Membantu mengurangkan keradangan jerawat
  • Menjaga keanjalan dan keremajaan kulit
  • Mengunci kelembapan pada permukaan kulit
Cara pakai : Tuangkan secukupnya facial wash ke telapak tangan, pijat pada area wajah dengan gerakan melingkar, lalu bilas dengan air bersih untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih, lembut dan halus.

Review Scarlett Brightening Facial Wash

pada mulanya saya teragak agak juga nak tukar ke facial wash baru sebab muka saya susah nak sesuai dengan facial wash, tapi lepas seminggu guna saya perasan yang kulit muka saya dah semakin cerah dan kesan sunburn juga makin berkurang. selain tu, kulit saya pun sentiasa lembab malahan lepas cuci muka pun kulit rasa lembab dan tak rasa kering atau perit. btw facial wash ni sesuai untuk semua jenis kulit tau!

SCARLETT BRIGHTLY ESSENCE TONER

Selain facial wash, toner jugak antara skincare "wajib" ada dalam routine saya. Kalau travel dan toner lupa bawa, mesti rasa kurang sesuatu dan selalunya saya akan ajak suami ke drugstore terdekat untuk beli hehe

Masa order facial wash Scarlett ni saya terfikir fikir juga nak beli ke essence toner ni? nanti mesti susah nak repeat order sebab kena beli online (padahal semua benda beli online zaman now) lepas baca semua ingredient toner ni, terus order tanpa berfikir kali kedua hehe



Essence toner ni pun saya beli satu range dengan facial wash diatas dalam range "brightly series" dan juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Scarlett Brightly Essence Toner mengandung VITAMIN C, GLUTATHIONE, WITCH HAZEL EXTRACT, JEJU PROPOLIS EXTRACT, ALLANTOIN, NIACINAMIDE, GRAPE WATER, yang bermanfaat:
  1. Vitamin C meningkatkan produksi kolagen
  2. Glutathione mencerahkan kulit
  3. Witch Hazel Extract membantu meredakan peradangan dan mengencangkan pori-pori
  4. Jeju Propolis Extract meregenerasi kulit untuk membantu membuat tekstur kulit lebih halus dan kenyal
  5. Allantoin melembabkan, menenangkan, dan sifat anti-iritasi
  6. Niacinamide membantu meminimalkan pori-pori yang membesar
  7. Grape Water melembabkan, menenangkan dan menyegarkan kulit
Cara Pakai: Pastikan tangan dalam keadaan yang bersih. Tuangkan toner essence ke tapak tangan dan ditepuk perlahan lahan ke kulit wajah. Atau boleh guna kapas, tuangkan toner ke kapas dan usapkan ke seluruh wajah.


Review Scarlett Brightly Essence Toner

apa yang saya suka dengan essence toner ni, ianya tak mengeringkan kulit dan takde rasa pedih bila pakai! selain itu, toner ni juga cepat menyerap ke kulit dan tidak melekit walaupun teksturnya sedikit tebal. 

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan skincare daripada Scarlett ni, sesuai dengan kulit saya yang selalu meragam kalau salah pakai produk. yang lagi saya suka, produk ni affordable sangat! jadi takkan kering poket korang kalau guna brand ni hehe

Kalau ada yang tengah fikir macam mana nak beli skincare daripada Indonesia ni? korang jangan risau, boleh beli di https://linktr.ee/scarlett_whitening! Kalau korang beli lain lain platform, korang boleh semak dulu produk tu asli ke tak, check KAT SINI.

Okay bye! <3