Assalamualaikum

CARA NAIKKAN FOLLOWER DI TIKTOK! | Hi! hehe nak sembang pasal tiktok pula kalini. kalau korang nak tau saya dulu anti gila dengan pengguna tiktok XD masa zaman zaman tiktok berjoget tu, ya Allah geram je tengok! tapi lepas terjebak, takdelah semua video joget haha semua berdasarkan apa yang kita search dan suka tengok. macam saya, saya suka tengok video memasak sebab cepat berbanding di utube 5min++ pastu saya juga suka tengok video orang travel, takdapat pergi tapi dapat tengok pun jadilah.

CARA NAIKKAN FOLLOWER DI TIKTOK! 

walaupun main tiktok seronok seronok je, tapi saya ada juga lah buat beberapa video :3 jadi dalam masa sama saya juga carilah followers hehehe. semalam baru dapat tau cara mudah nak dapatkan follower! suami dah try dan dia pun berjaya jugak.

#1 Rajin view, like dan copylink video orang lain.

yang part ni korang jangan ke page dia untuk like semua tu, korang tengok je video yang lalu kat FYP korang. dan tolong jangan spam like! nanti enggament turun huwaaaa T__T

#2 Guna audio yang trending

selalunya kalau guna audio yang tengah in trend insyaAllah views akan naik dan dari situ akan ada yang akan follow kita. yelah sebab masuk FYP orang kan, mesti orang usha usha je profile kita

#3 Jangan guna hashtag terlalu banyak

dulu kat IG selalu guna # yang banyak banyak haha tapi yang saya perasan kalau guna # yang banyak di tiktok, video tu akan slow dia punya views

#4 Jangan sombong!

ye korang jangan sombong! rajinkan jari untuk komen kat VTT orang lain, sebab kat tiktok ni rasanya sikit je yang sombong, kebanyakkannya memang friendly :D

#5 Masuk LIVE orang lain!

yang ni yang saya buat semalam, fuh sekelip mata followers saya naik! takbanyak tapi ada :p nak tengok bukti? 

Sebelum

Selepas


tapi korang jangan stress stress pulak sebab nak kejar followers semua ni tau. hehehe ok bye! jangan lupa follow saya :p

tiktok.com/@shfyqhazhr