UPGRADE FROM 6SP TO XR

4

Assalamualaikum

UPGRADE FROM 6SP TO XR | Hi! saya sebenarnya malas tapi kalau peram tah bilalah nak update, last last lupa. jadi, ayuh mulakan! haha

UPGRADE FROM 6SP TO XR

saya mungkin tak ceritakan semua di blog sebab saya malas tapi kalau betul betul bermakna, insyaAllah akan share 😂 seronok nak baca semula dua tiga  tahun akan datang.

so seperti di tajuk, saya upgrade phone lagi 🤣 saya cerita dari 6SP la ek. saya dan kawan beli 6SP ni sebab kitaorang takboleh pi KL & Selangor 🥱 mulanya, kitaorang ni macam saving untuk ke KL nak bercuti dengan dua orang lagi kawan kat sana. all is good sampailah kes kat KL & Selangor makin tinggi dan tinggi sampai sekarnag 😂

satu petang ni, kitaorang tengah makan tau pastu tetiba cakap jom la beli, beli sekali dan sama 😂 masa tu mahal jugak la 600++ gitu, then petang tu jugak kitaorang beli! tapi ambik yang 16gb je hahahaha adoi

rasanya beli time Ogos 2020 dan haritu 26 Jun 2021 saya upgrade ke XR. antara sebab saya upgrade ke XR adalah sebab storage la, hahaha then sebab nak tawen 🤪 tapi kenapa XR? bajet takat tu je ada 😂 tapi alhamdulillah. 

saya mulanya nak ambil xs sebab ada warna gold tapi takda stok, hmm ambik jelah XR warna Coral pun. cantik jugak warna dia hehehek dan yang pasti bateri sehari sekali je cas. camera pun okay, sebenarnya kalau kamera cantik cemana pun tak pandai ambik gambar tak ok jugak kan? hahaha

so, blogpost ni khas untuk the one and only love, thankyou sayang untuk segalanya, i owe you soooo many things! thankyou jaga orang since arwah mak takdak, stay dengan orang sampai ke harini, sabar dengan orang, semoga Allah bukakkan pintu rezeki seluas luasnya untuk awak ❤



Post a Comment

4 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Storage tu penting tu, macam macam nak simpan dalam phone. Alhamdulillah dapat upgrade. Best tu bau phone baru :)

    ReplyDelete
  2. Saya punnnnn macam nak upgrade jugakk dari 6s kepada XR atau SE yang baruuu tapi masih fikir hehehe. Alhamdulillah, sha dikurniakan someone yang begitu caring dengan sha :)

    ReplyDelete
  3. Janji boleh gunakan heehh. Cantik warna merah

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !