Subscribe to my Newsletter

FORMULA DAN WAJAH BARU RANGKAIAN TEA TREE OIL & VITAMIN E COSMODERM!

Assalamualaikum

FORMULA DAN WAJAH BARU RANGKAIAN TEA TREE OIL & VITAMIN E COSMODERM! | Hi! Walaupun hanya duduk di rumah tetapi kita tetap kena jaga muka kan? Rasanya lagi okay apabila duduk dirumah sebab kita kurang terdedah dengan penccemaran di luar. Nak tau pasal satu produk yang saya cuba baru - baru ni?

FORMULA BARU RANGKAIAN TEA TREE OIL DAN VITAMIN E COSMODERM

kalau saya, sudah tak asing lagi dengan produk dari Cosmoderm sebab saya memang pengguna setia Cosmoderm. masa mula mula nak try guna memang rasa ragu ragu jugak, taksangka sesuai dengan kulit wajah saya hehe jadi sejak tu memang skincare saya mesti ada produk Cosmoderm walaupun taksemua dan sekarang Cosmoderm upgrade formula untuk rangkaian Tea Tree Oil dan juga Vitamin E!

Jadi saya nak kongsikan dengan korang kelebihan produk Cosmoderm yang mampu buat saya jatuh cinta sampai taknak tukar ke brand lain!

Kelebihan Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum

TTO bersifat anti bakteria semulajadi dan sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Cosmodern TTO ini juga mengandungi bahan seperti lemon, ekstrak buah, aloevera.

- bebas berminyak dan anti jerawat

- Sesuai untuk jenis kulit yang brminyak, pori terbuka dan juga berjerawat

- Boleh membantu merawat jerawat, mengecilkan liang pori dan juga mengawal rembesan minyak berlebihan

- Bebas SLS dan SLES

- Tiada paraben

- Tiada pewangi tambahan (hanya wangian daripada tto)

- Tiada minyak mineral

Kelebihan Vitamin E Bi Phased 2000 IU Toning Essence

Diformulasikan dengan 2000 IU Vitamin E daan Vitamin B5 daan ianya sesuai untuk kulit jenis kering dan kulit sensitif. Antara bahan yang terkandung dalam essence ini adalah Niacinamide (Vit B3) dan Vit B5.

- Melembabkan kulit wajah

- Memudarkan parut

- Menganjalkan kulit wajah

- Membantu menyekatakan tona wajah

- Melindungi kulit daripada sinaran matahari

- Tiada DEA

- Tiada paraben

- Tiada minyak mineral

Cara Penggunaan

Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum

Picitkan sedikit serum ke wajah kemudian sapukan secara lembut. Serum digunakan selepas cleanser dan toner

Vitamin E Bi Phased Toning Essence

Pamkan sedikit ddi tapak tangan dan sapukan ke wajah secara lembut.

Selain daripada dua produk diatas, saya juga ada cuba dua cleanser daripada Cosmoderm. Saya satu dan adik saya satu! Disebabkan wajah adik ada jerawat jadi saya syorkan dia guna yang TTO dan saya guna yang Vit E. 


Lepas penggunaan selama seminggu saya dapat rasakan kulit saya sedikit cerah dan juga lembab. Dan menurut adik, jerawat diwajah dia juga sedikit berkurang dan jerawat yang aktif telah kering! Happy sangat bila dengar!

Jadi kalau korang berminat untuk dapatkan produk Cosmoderm ni, korang boleh dapatkan secara atas talian di website Cossmoder, atau di Shopee dan juga di farmasi berdekatan anda.

Post a Comment

2 Comments

  1. Suka jugak guna Cosmoderm hijau tu masa kulit tengah menggila jerawat dulu. Nak try vitamin E nanti.

    ReplyDelete
  2. Dah makin banyak produk cosmoderm. Cepat je keluar produk baru. Nice packaging baru

    ReplyDelete