Subscribe to my Newsletter

NASI KERABU UNTUK BERBUKA

Assalamualaikum

NASI KERABU UNTUK BERBUKA | Hi! ni cerita berbuka puasa 25 Ramadan ye hihi. lupa nak update semalam sebab busy buat kuih raya :p

NASI KERABU UNTUK BERBUKA

sebenarnya saya teringin nak makan nasi kerabu ni dari hari khamis lagi tapi khamis tu hujan pulak sebelah petang, nak pergi beli takut tak bukak pulak huhu

jadi petang semalam lepas settle segala benda, terus merempit gi beli nasi kerabu! kalau bukan bulan puasa, memang selalu jugak beli dengan makcik ni. kalau bulan puasa ni, ni baru kali kedua.

saya ni jenis bila berbuka takmakan nasi 😅 memang makan yang ringan ringan jela, nasi makan bila sahur je. sebab tu jarang nak beli nasi, selalu berbuka dengan murtabak jela (makanan ringan ke ni 😭🤣) ok meh nak tunjuk nasi kerabu yang saya beli semalam

agak agak berapa ringgit kalau macam ni? hahaha RM5.20 untuk lauk daging dan telur masin. kalau pada saya, murah sangat la kan? daging kot haha. nak add on lada solok tapi takut tak habis huhu

yang bestnya pasal nasi kerabu makcik ni, takpedas sangat dia nya sambal huhu hritu ada beli kat tempat lain, fuhhh pedas dia boleh bawak ke toilet (sakit perut 😭)

korang suka tak nasi kerabu? hehehe selamat berbuka! 🤍

Post a Comment

10 Comments

  1. Sedapnya nasi kerabu, daging bakar..kalau daging panas2 dan lembut lagi best kan...

    ReplyDelete
  2. Takkk suka hehehe. Tapi famous kan nasi kerabu ni, memang ramai yang makannnn.

    ReplyDelete
  3. Wak tunggu hari rabu nak cari nasi kerabu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Saya selalunya beli nasi kerabu ayam. Jarang jumpa nasi kerabu dengan lauk daging.

    ReplyDelete
  5. Fav sangat nasi kerabu ni tapi tak suka makan dengan daging sebab nipis sangat potongannya. Antara lauk dengan solok lada memang pilih solok lada hehehe

    ReplyDelete
  6. Suka sangat nasi kerabu. Lagilah kalau banyak pilihan lauknya.

    ReplyDelete
  7. Tahun tak jumpa nasi kerabu lagi untuk menu berbuka... nak kena cari ni sebelum puasa habis...

    ReplyDelete
  8. I miss having nasi kerabu for breakfast.

    ReplyDelete
  9. So sedap. Favourite ni nasi kerabu. Saya pulak suka pedas :)

    ReplyDelete