Assalamualaikum

JUAL POPIA CARBONARA TAKDA UNTUNG?! | Hi selamat pagi! baru sedar yang semalam takda update entry baru. ingatkan bulan ni nak update hari hari tapi takpelah, tengok earning adsense pun taknaik naik emmm terus takda semangat nak blogging 🥴 terus tukar pekerjaan jadi penjual popia 🤣


JUAL POPIA CARBONARA TAKDA UNTUNG?!

Kisahnya haritu ada bekalkan cousin popia carbonara untuk dia bawak ke kafa. sekarang kafa dah takda waktu rehat, tu dia bawak pun kiranya untuk makan sebelum masuk kelas la.

popia carbonara, resepi popia carbonara
popia carbonara inti daging

tengok tengok time dia balik kafa tu dia bagitau kawan kawan dia order 😂 cousin saya ni memang gitu, haritu bekalkan kek batik suruh share dengan kawan, ehhh esok tu ada orang order haha

jadinya bermulalah aktiviti mengulung saya 😂 1st & 2nd day 50 biji settle dalam satu hari, semalam restock lebih sikit 100 biji, itu pun tadi abang dia dah bawak gi sekolah. 

packaging popia carbonara

saya jual sebiji 50 sen, taktahu la mahal ke murah sebab jual kat budak sekolah kan, takut nak letak mahal mahal. kalau tanya untung tu takda sangat pun, tapi takpelah, rezeki tu kan datang dari pelbagai cara hehe

so pagi ni sakit belakang sebab semalam hadap popia 2 jam sambil layan Tak Sempurna Mencintaimu 🤪 jadi pagi ni nak rilek rilek je layan kdrama pulak hahaha 


okay bye! have a blessing day everyone ✨🤍