Assalamualaikum

60 JENIS HIDANGAN BUFET LUGAR DE LA BODA, PUCHONG | Ramadhan sudah semakin hampir, mesti korang tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa nanti kan? Jom ajak kawan kawan dan keluarga berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong! Dengar cerita ada lebih 60 jenis hidangan tau 😋

Kalau korang nak tau, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bagi bufet ramadhan tahun ni mereka menyediakan lebih 60 jenis hidangan dan 10 stall yang terletak didalan dan diluar dewan. Semua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera hinggalah pencuci mulut!



Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain itu, korang bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.





Seterusnya, terdapat 10 stall yang korang Wajib cuba sebab semuanya menarik tau. Dalam 10 stall tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.

Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa korang nanti.


Harga Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong


Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

🧑🏻🧕🏼 Dewasa (Seorang) - RM79

🧒🏻👧🏻 Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59

👴🏻🧓🏻 Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Special Offer!

Untuk korang yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut : 

👉🏽 1 Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer!

Nak harga murah? Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut : 

🧑🏻🧕🏼 Dewasa (Seorang) - RM59

🧒🏻👧🏻 Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30

👴🏻🧓🏻 Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30

👨‍👨‍👦‍👦👩‍👩‍👧‍👧 1 Meja (8 Pax) - RM450


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, sila klik pada link ini. Layari laman web Hanana Group


Alamat : Lugar De La Boda [WAZE ]

Lugar De La Boda 

Persiaran Tasik Prima 4,

Lake Vista,

47100 Puchong,

Selangor.