Assalamualaikum

LANGKAH UNTUK ELAKKAN MASK ACNE | Hi, rasanya kebanyakkan orang mengalami masalah yang sama dengan saya alami which is Mask Acne. dah hampir setahun Malaysia dilanda pandemik Covid19 dan dalam masa tu juga la hampir setiap hari pakai face mask.


Mask Acne ialah jerawat yang disebabkan penggunaan pelitup muka (face mask). Sekarang kalau takpakai face mask kena denda RM1000 tapi kalau pakai naik mask acne pulak? kalau macam saya, sayalah ketua keluarga dalam rumah ni, kalau gi beli barang rumah ke apa memang sayalah orangnya dan saya juga sejenis senang berpeluh even dalam aircond, jadi lagi senang mask acne tumbuh kat muka saya..

dibawah ni saya akan share dengan korang 8 Langkah Pencengahan Mask Acne yang korang boleh cuba supaya lepas ni dah tak alami mask acne walaupun hari hari pakai mask okie?!


1. Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka
2. Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka
3. Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka
4. Pakai pelitup muka yang sesuai
    
    Ciri - ciri pelitup muka yang sesuai :
        😷 Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat
        😷 Sekurang kurangnya fabrik dwi lapisan
        😷 Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan breathable seperti kapas

5. Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
6. Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam
7. Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang
8. Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan


kalau dulu masa mula mula pandemik Covid 19 ni melanda dunia memang takcukup facemask, dan masa tu memang saya sendiri sangat jimat dalam penggunaan face mask. disebabkan permintaan yang tinggi, facemask yang biasanya RM10 untuk 50pcs, jadi RM70-RM90. jadi masa tu, kadang 1 mask pakai 2 3 kali juga.

tapi sekarang, facemask memang ada dimana mana, dan harga pun makin murah. jadi memang saya akan tukar facemask setiap kali saya guna. kalau dalam sehari 3 kali saya keluar rumah, 3 keping juga la mask saya tukar. macam haritu, naik bas ke nismilan. bila singgah mana mana RNR mesti saya akan turun untuk tukar mask.

semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu korang untuk mengurangkan mask acne. semoga dunia kita semakin sihat dan semoga kes di Malaysia semakin berkurang! aaaminn!!