MOIST LI CIOUS RANGE BY KITOHANA


Assalamualaikum

MOIST LI CIOUS RANGE BY KITOHANA | Hi! sekarang sha jarang betul dapat minum air secukupnya sebab sibuk (la sangat), bukan setakat bibir je kering, tapi kulit sekali kering! sebaik sha ada terjumpa skincare set ni yang memfokuskan untuk moistkan kulit. yang penting skincare ni memang sesuai untuk semua jenis kulit tau termasuk kulit sensitif.


seperti skincare skincare yang lain, dalam set ni ada 6 produk which is cleanser, essence, sun protector, night cream, O2 bubbly mask & gel mask. masa mula mula dapat produk ni, tengok packaging pun dah jatuh cinta dah! jatuh cinta pandang pertama la kononnya :p mesti taksbar kan nak tengok produk dari Kitohana ni


simple tapi cantik kan?! ha meh sini nak cerita perangai SEBENAR produk produk ni kat korang. kita mulakan dengan cleanser dan akhiri dengan gel mask okeh.

FOAMING CLEANSER 


Pembersih ini dihasilkan dengan ekstrak Centella dan minyak biji delima dimana ia dapat meningkatkan aktiviti antioksidan dan melindungi kulit daripada radikal bebas. Selain itu, aloevera dan allantoin dimana dapat menenangkan sementara asid hyaluronic berkuasa tinggi dan Trehalose menghidrat kulit anda. Formula unik ini dengan pantas melembabkan semua jenis kulit. Ia askan menghasilkan kulit yang lebih halus, licin sambil membersihkan minyak, solek & kekotoran dan membersihkan liang-liang pori. Gunakannya pada waktu pagi dan petang sebagai pembersih harian. 


selalunya kalau cleanser jenis foaming ni mesti akan keringkan kulit kan? tapi yang sha perasan, setiap kali lepas cuci muka sha rasa muka sha lembab je haha kadang kadang geram je nak picit picit je muka sendiri sebab rasa macam toink toink :p 

AQUA ESSENCE


Molekul molekul kecil daripada Hyluronic Acid menyerap dengan cepat, membanjiri kulit dengan penghidratan optimum. Dalam produk ni juga menggunakan aloevera sebagai bahan utama dalam semua rangkaian Kitohana Moist Li Cious selain daripada ektrak matricaria floral & ekstrak licorice root yang melembutkan serta melegakan manakala minyak biji delima memberikan pertahanan penting terhadap pengaruh luaran yang boleh menyembuhkan kulit anda. Serum ringan ini dengan membantu menghasilkan kulit yang kelihatan berseri, sihat dan segar. Sapukan perlahan-lahan beberapa titis pada muka dan leher setiap pagi dan petang selepas membersihkan dengan foaming cleanser.


to be honest essence memang skincare favorite sha haha, jadi yang ini pun jadi favorite sha antara semua :p lepas apply je essence ni kat muka, memang kalau perati ada macam basah basah kat muka. essence ni juga cepat gila menyerap (tolong hargai semua yang buat skincare cepat menyerap ni) dan yang paling penting packaging tu jenis pump jadi memang senang nak guna dan kebersihan pun terjaga!

DAY PROTECTOR


Formula yang mengandungi sodium PCA and hyaluronic acid yang akan menghidratkan kulit tanpa memberi efek berminyak. Bio extracts of aloe vera dan matricaria extracts akan memberi efek menenangkan dan merawat kulit manakala hydroxyacetophenone mengurangkan kemerahan dan memberi kesan fresh. Ia juga mengandungi bahan anti oksidan yang kuat bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dan penuaan iaitu minyak biji delima. Mempunyai tekstur yang cepat menyerap dan meninggalkan kulit terhidrat dan licin. Gunakan pada waktu pagi selepas mencuci muka.



yang sha suka pasal dayprotector ni adalah ia tak meninggalkan white cast. sekarang kalau nak cari sunscreen sha akan pastikan yang memang takda whitecast baru beli sebab leceh tau kalau ada whitecast, makeup boleh jadi kelabu :p selain tu, day protector ni memang mudah nak disekatakan serta cepat menyerap! packaging pun kiut je so memang senang nak letak dalam bag kalau gi jalan jalan. ingatttt re-apply sunscreen atleast 2-3 jam sekali okay!

O² BUBBLY MASK


Sejenis mask yang akan bertukar menjadi tiny oxygenated bubbles apabila tersentuh dengan kulit. dimana mask ni membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan menanggalkan makeup. mask ini terhasil daripada aloevera, hyaluronic acid dan minyak biji buah delima bagi menghasilkan kulit yang berseri. Kulit akan kelihatan lebih lembut, licin, lebih sihat, dan lebih muda, dan rupa garis-garis halus dan kedutan kelihatan berkurang.



mask jenis macam ni antara mask yang sha suka, sebab lepas pakai konfirm muka lembut dan glowing. selalunya kalau nak gi jalan jalan yang akan buat sha ambik gambar memang malam sebelum tu akan pakai mask ni. tapi mula mula taksuka juga sebab taktahan kena geletek kat muka! hahahaha ye korang, bila mask dah start jadi macam gambar no 2 tu, ha dia rasa geli geli je kat muka haha memang haih sabo jelah :3 tapi sebab efek dia kedaboom so i loveee it!

AQUA GEL MASK


Rawatan canggih ini memberikan efek penghidratan pada bila-bila masa. Hyaluronic acid  memberi penghidratan kepada kulit kering. Urea dan sodium PCA memberi efek yang sangat menyihatkan, melindungi kulit halangan dan mencegah dehidrasi pada masa hadapan. Aloe vera melegakan sebarang kemerahan atau kerengsaan dan menguatkan kulit untuk mengekalkan kelembapan lebih lama dari masa ke masa. Penampilan garis-garis halus dan keriput mula pudar dari pandangan. Tekstur gel mask yang ringan dan lembut dikulit. Gunakan mingguan selepas membersihkan wajah anda.



mask ni jenis jernih, dan bila letak je kat muka terus rasa efek "sejuk" tu. memang muka rasa fresh sangat bila dah cuci mask ni, seronok pakai sebab tak extreme macam bubbly mask tu ;P mask ni kalau pakai time nak baca buku ke chill chill ke okay sangat!sha kalau mask ni memang rasa nak lelap sebab muka jadi sejuk dan nyaman gitu.

NIGHT CREAM


Krim malam ini berfungsi untuk memaikpulih, meremajakan serta menyuburkan kulit. Sodium Hyalurunate and Sodium PCA berfungsi untuk melembapkan manakala vitamin E akan menggalakan proses penyembuhan.. Kolagen meningkatkan ketegasan dan keanjalan sementara Argireline mengetatkan kulit dan mengurangkan kedut. Satu kelebihan antioksidan dari minyak biji buah delima dan vitamin C melawan radikal bebas, memberikan efek mencerahkan serta awet muda . Pada waktu malam, sapukan lapisan nipis untuk muka dan leher yang dibersihkan.


my favorite night cream for now!!! dah dua tiga minggu sha guna night cream ni kan, memang bangun pagi time basuh muka tu kan perghh kulit rasa macam kulit bayi lembut dia! sha sampai macam takleh moveon dengan kulit sendiri :p night cream ni jenis gel so tak heavy dan senang menyerap & tak berminyak!



kalau ditanya yang mana paling sha suka antara semua ni, sha rasa essence + night cream kot tapi memang semua sha suka haha! sekarang nilah skincare sha~ kalau korang pun berminyak nak membeli product dari Kitohana ni, korang boleh dapatkan di website Kitahona ⇣



2 Comments

  1. pergghhh lengkap satu set skincare semua ada. foam cleanser dia macam best jeee! hehehe

    ReplyDelete