Assalamualaikum

SAPIKAH JADI PEMBANTU RUMAH? | Hi korang! lamanya tak bercerita pasal personal kat sini hahaha, rindu masa hari hari rasa nak update blog :3 actually ada banyak benda nak cerita dan memang akan diceritakan tapi slow slow hahaha so harini sha nak mulakan dengan cerita jadi pembantu rumah a.k.a maid :p


MACAM MANA BOLEH JADI MAID PULA?

sebenarnya sha memang duk fikir macam mana nak cari duit sebab ada plan nak gi bercuti masa bulan 8, lepas solat malam tu duduk termenung atas sejadah sambil baca selawat tafrijiyyah (BACA SINI KELEBIHAN SELAWAT TAFRIJIYYAH) lepas tu ada call masuk, dari cikgu sha! cikgu shalhah call hahah pelik lah kan kenapa cikgu call pulak, ada apa apa yang jadi ke?

lepas sembang sembang, cikgu cakap cikgu tengah cari orang nak bersih rumah dia, dia cakap lah ada tak kawan kawan yang tak kerja. hehehehhehee sha pun offer lah diri :p cikgu cakap ok, esk datang rumah. Allah rasa macam eh kejapnyaaa Allah dah bagi rezeki T____T 

so keesokkan harinya tu, sha dengan nzirah pun pi lah rumah cikgu. bermula lah kerja kami sebagai maid selama 20 hari. pagi pagi bila dah sampai tu, sarapan dulu ;P orang tanya start kerja pukul brapa pun taktau nak bagitau sebab kadang kadang sampai 9.30 kadang kadang 9.40 kadang kadang 10 :p lepas sarapan tu baru start kemas rumah, rumah cikgu takdalah kena mop + sapu sampah hari hari pun, yang wajib hari hari adalah basuh baju + masak.

selama 20 hari kerja dengan cikgu, rasanya ada 2 3 hari je kot yang takmasak. memang banyak jugak la belajar masak dengan cikgu termasuklah buat karipap! kitaorang akan makan tengahari dengan cikgu then baru balik. so waktu untuk balik tu ditentukan dengan pukul brapa habis makan la hahaha githew.

walaupun kerja maid, seminggu cuti 2 hari tau :p dan ada jugak lah cuti yang kitaorang minta sebab ada urusan. start kerja 3 Julai dan last day 3 Ogos. sha terpaksa minta behenti sebab bulan 8 bulan paling penat sekali hahaha. nanti sha cerita la satu persatu :3

best tau kerja maid ni, dengan cikgu sha la hehehehe sebab setidak tidaknya boleh belajar macam mana jadi suri rumah :p pastu belajar banyak resepi pulak dengan cikgu, tak termasuk lagi tips tips yang dia bagi masa tgh memasak. rindu jugak nak kerja semula tapi takleh lah kerja maid ni hahahaha berat naik 3 kg kot haritu! makan je kerja sebab selalu memasak kan. tapi ni salah satu pengalaman yang sha takkan lupa lah, sebab tak pernah terfikir pun nak jadi maid hahaha

oklah bye! tunggu update seterusnya (bajet macam ada orang baca)~