Assalamualaikum

RESEPI : CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN! | Hi! sejak sejak duk rumah sendiri ni kan, rajin betul nak try resepi itu resepi ini. sebelum ni kalau malam malam layan drama,  sekarang cari resepi 🤭🤣 sebelum ni asyik makan cheesekut kawan buat, kalini try buat sendiri & alhamdulillah sedap 🤪🤪 tu yang nak share resepi tu hihi

RESEPI CHEESEKUT MUDAH DENGAN 4 BAHAN!

Bahan - Bahan :-


🌈 sepaket roti 4segi (any brand pun boleh)
🌈 susu pekat secukup rasa (haritu letak 1/2 tin maneh wehhh - letak la 2/5 tin ke hihi)
🌈 susu segar (2-3sudu untuk blend & secukupnya untuk rendam roti)
🌈 250g cream cheese tatura

Cara Membuat Cheesekut :- 

1. masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar ke dalam blender & blend sehingga sebati


dan jadilah seperti ini (selepas dimasukkan kedalam pinggan) & sedia untuk dimasukkan ke dalam bekas!


2. first sekali sha letak bahan yang diblend tadi sebagai base, boleh je taknak letak tapi saja nak letak (eh) then celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun dalam bekas



urutan dia macam ni ye

creamcheese
biskut
milo (as topping - taknak letak takpe nak letak takpe, nak letak benda lain mcm nestum ke horlick ke pun boleh)
creamcheese
biskut
sampailah bahan habis

3. sejukkan ke dalam peti ais selama 4-6jam 


inilah hasilnya 💕 dan macam biasa, belum sempat cukup waktu dah ada yang nak try 😂 nampak macam susah kan? tapi sampai tgok cerita melayu pun sempat siapkan uolls. ok byeee!