CARA ISI BENAR NIKAH ONLINE SSPIM

34

Assalamualaikum

CARA ISI BENAR NIKAH ONLINE SSPIM | Hi! harini nak cerita sikit pasal website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM). iyelah kan cuti sekolah dah dekat ni mesti mesti lah banyak orang nak bina masjid dan kita yang tak kahwin ni boleh la merasa nasi minyak dorang hehe! sebelum banyak lagi merepek, jom mulakan!


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1.
Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1 - Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

1.2 - Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;

1.3 - Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2.
Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3.
Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4.
Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5.
Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6.
Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7.
Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8.
Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.



APA YANG WAJIB ADA UNTUK ISI SSPIM?

💗 Kad pengenalan pemohon lelaki & perempuan (senang kalau ada kad pengenalan sebab nanti kena isi alamat ikut kad pengenalan)
💗 Maklumat pendidikan tertinggi pemohon lelaki & perempuan
💗 Maklumat tarikh masuk islam (bagi Mualaf)
💗 Status (Teruna/Dara/Janda/Duda)
💗 Jenis pekerjaan (swasta/kerajaan/sendiri/tak bekerja/pesara)
💗 Maklumat tempat tinggal pemohon lelaki & perempuan
💗 Email & no. tel
💗 Maklumat tempat kerja pemohon lelaki & perempuan (nama syarikat, alamat penuh tempat kerja, no phone pejabat)
💗 Daerah & kariah (nama masjid) pemohon lelaki dan perempuan
💗 Tarikh akad nikah 
💗 Tempat akad nikah (rumah/masjid/dewan)
💗 Alamat akad nikah (alamat penuh)
💗 Maklumat wali (nama, alamat, no ic)
💗 Surat cerai/kematian (jika duda/janda/balu)


1. BUKA WEBSITE SSPIM : http://www.sppim.gov.my/sppim/home

& ambil "PERMOHONAN BARU"

2. ISI MAKLUMAT PEMOHON LELAKI & PEREMPUAN



3. ISI MAKLUMAT KEBENARAN



4. ISI MAKLUMAT WALI


5. HANTAR


6. CETAK BORANG PERMOHONAN DAN HANTAR KE PEJABAT AGAMA BERDEKATAN

** kalau kedua dua pemohon dari negeri yang perlu isi SSPIM akan ada borang untuk kedua dua pemohon
** borang perlu dicetak dalam dua salinan - tak kisah berwarna mahupun hitam putih
** borang yang tak lengkap/tidak benar perlu diisi semula
** borang yang dicetak perlu disahkan oleh imam masjid
** bawa borang untuk mmbuat pemeriksaan kesihatan


sebenarnya senang je isi borang nikah online ni kalau semua maklumat yang diperlukan ada, rasanya tak lebih dari 20 minit pun. yang jadi lambatnya bila nak isi baru nak minta/cari maklumat huhu. walaupun masih belom berkahwin tapi sha rasa dah lebih 50 borang nikah online ni sha isi kahkahkah! bajet pro jap, so apa apa boleh tanya okay! :p


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.








Post a Comment

34 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ada bau nasi minyak la..hihi

    ReplyDelete
  2. ehm. ehm... Selamat pengantin baru~~ eh.. dah mula dah perjalanan utk bina masjid ni. ^_^

    ReplyDelete
  3. wahhhh mudah dah sekarang, tak perlu pergi ke pejabat agama ambil borang dah

    ReplyDelete
  4. baru k.el tahu hahaha
    senangnya nak kawin kan..hihi

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..doakanlah moga rabia pun dapat jodoh nanti

    ReplyDelete
  6. ohhh, baru tau ada website handle bab nikah ni

    ReplyDelete
  7. wah, dah boleh isi online. Memang mudah dah sekarang ni nak kawen. hihi.

    ReplyDelete
  8. Wow senang ya zaman skrg buat online je

    ReplyDelete
  9. memang berguna sangat info ni bagi yang belum kawen dan nak kawen...
    Adik kawen nanti jgn lupa ajak akak tau... hihihi...

    ReplyDelete
  10. Senang da sekarang ni tak payah pakai borang manual lagi kan... awak nak kahwin jangan lupa jemput ye... macam terhidu nasi minyak da ni hehe...

    ReplyDelete
  11. Senang betul sekarang.. semuanya dihujung jari.. kikiki...
    Cam ada bau bauan wangi nasi minyak je.. :)
    Semoga Allah permudahkah semua perancangan Sha.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. wah..sekarang online je yeak..senang sangat...

    ReplyDelete
  13. mudah dan senang tu ada sistem macam ni

    ReplyDelete
  14. Kalau borang online tersilap boleh diedit semula ke ?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. Nak tanya.. Kalau kat bhgn lelaki x keluar borang tu semua mcm mna ya? Mcm mna nak cetak utk bawak pergi pengesahan

    Jika lelaki dr selangor Dan saya dr kedah adakah cukup dgn isi sppim shj? Atau pun Pihak lelaki kena isi borang drpd pejabat agama Islam selangor?

    ReplyDelete
  16. Kalau Pihak lelaki bukan dr negeri yg guna sppim, adakah Pihak lelaki perlu isi borang nikah dr negeri dia? Sebab dekat bhgn lelaki x kluar pun borang tu semua.. Bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lelaki dari negeri yang takguna sppim, pihak laki kena rujuk dengan pej agama sana kalau taksalah

      Delete
  17. nak tanya..apa maksud tarikh pemeriksaan kesiahatan?tarikh ujian HIV ke?

    ReplyDelete
  18. Borang yang kite print tu kene isi dulu ke atau print sahaja baru isi manual cm borang saksi,wakalah tu kne isi dlu bru print atau print bru isi

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang saksi, wakalah semua tu isi tangan je. yang ada * tu wajib isi

      Delete
  19. borang sspim nie tiada saksi ke ?? kalau dari negeri yg sama

    ReplyDelete
  20. Selepas hantar terus boleh cetak ke? Sebab saya punya tekan cetak banyak kali tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya selepas hantar boleh klik untuk cetak. atau semak emel yang encik masukkan, borang juga dihantar ke emel :)

      Delete
  21. ada tempoh ke selepas cetak borang? utk pihak P hantar ke PAID. yela sbb pihak L blum dpt lagi kebenaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda. Nanti dah settle pihak L, boleh la pihak P terus ke pejabat 🥰

      Delete
  22. Mcm mne ehh klau dua dua isi kt sppim ni. Dua dua negeri pemohon pakai borang sppim ni. Apa yang akan terjadi. Maaf sekadar bertanya. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah sorang je yang isi. Sebab sistem ni akan tanya maklumat lelaki & perempuan. Contoh kalau lelaki isi, perempuan takpayah isi dah :) lepas dh siap isi borang semua, cetak borang dan biar pihak lelaki settle belah pejabat agama dia dulu then dah dapat surat kebenaran dari pihak lelaki baru settle belah pihak perempuan

      Delete
  23. Mcm mne ehh. Nk tahu je hehhd

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum nak tnye ni knp gagal untuk hantar pemohonan tu eyh dye kata sya dh pernah buat dan blom tamat tempoh lgi tp sya blom buat lgi ni baru nk buat tp gagal nk hantar boleh tlg x knp tu??

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !