Assalamualaikum

EDIT GAMBAR DENGAN KUJI CAM! | Hi, im back finally! susahnya nak mencari mood nak menaip. dengan adanya kerja yang wajib dibuat ni, blog memang terabai sikit. bukan nak update taksempat, nak blogwalking pun taksempat, bukak blog pun taksempat adoi. ok, berbalik kepada tajuk sha tu, sha nak share dengan korang selama ni sha edit gambar secara cepat guna app apa. 

sha guna kujicam! sebab apa guna kujicam? sebab dia laju je boleh edit gambar kita jadi cantik. app ni bukan untuk flawlesskan muka atau hilangkan jerawat hahaha tapi menaikkan seri gambar tu. 

ha ni lah rupanya kuji cam tu

korang ada dua option sama ada nak ambik gambar guna kuji cam or nanti import dari gallery ke app ni. kalau sha, sha suka ambik gambar guna camera phone nanti baru upload kat kuji cam ni.


kalau nak ambik gambar guna kujicam, tekan tombol besar tu hahaha kalau nak mport pulak click dekat "LAB" tu


lepas korang click "LAB" tu naik lah macam ni dan seterusnya click "IMPORT" dan pilihlah gambar mana yang korang nak


bila dah import dia memang akan automatik edit sendiri, kalau rasa tak berkenan korang boleh edit semula. korang click kat hujung kanan atas tu (macam gambar diatas)


ha lepastu bolehlah edit ikut korang punya kreativiti. adjust filter, lightleak apa semua bagi kena dengan mata korang. kalau sha, selalu sha guna je apa yang dieditkan hahahaha

bawah ni sha share gambar contoh yang telah dieditkan ;-

sebelum

selepas

nampak tak yang gambar selepas tu lebih berseri? hahaha kalau taknak guna lightleak tu pun okay je, sebab filter dia semua cun cun. nak buang tarikh tu pun boleh, korang kena setting la yang tu. mudah je kan untuk orang yang malas nak edit gambar macam sha ni hahaha

korang selalu edit gambar guna app apa? pernah guna tak kuji cam ni? 

bye!