Assalamualaikum

REVIEW KFC CHIZZA BOX | Semalam sha cuti untuk minggu ni, sepatutnya cuti selasa tapi tukar cuti sebab ada benda yang bos sha nak kena uruskan apa entah so sha ok je sebab takde plan apa apa untuk this week. lepas tu sha "berehat" sepanjang hari semalam haha, petang baru keluar rumah. bila dah keluar, ingat nakpi rumah makcik nak ajak dia buat spagetti pastu dia pulak ada kerja, sha dengan sedihnya baliklah rumah haha pastu cousin ajak keluar beli ice blend, sha iyakan sajalah. alang alang dah keluar saja lalu depan KFC nak tengok ada tak banner chizza tu, YES ADA! sha terus behenti dan masuk KFC haha.

Untuk pengetahuan korang, KFC telah mengeluarkan menu baru iaitu CHIZZA which is Chicken + Pizza pada 21 November 2017. sha duk nampak iklan KFC yang mengugat iman sha di FB, YOUTUBE dan TWITTER.


disebabkan iklan dia wow gituh , why not try kan? sha pun belilah yang chizza box punya. kalau korang nak beli chizza sahaja pun boleh je, ataupun chizza combo. the reason why beli chizza box sebab nak ayam goreng hahaha. 

CHIZZA BOX

sebenarnya dalam set ni air pepsi kot tapi sha tukar ambik milo, total RM19.00. sebelum sha pergi beli ni, sha tengok dorang upload gambar chizza tu macam kecik je haha macam debar jugaklah nak beli sebab takut tak berbaloi tapi alhamdulillah besarlah jugak kan chizza sha dapat. chizza ni ok ok je. sha taksuka sebab banyak gila nenas, serious banyak. kan dah nak kena mengasingkan pulak sebab sha takmakan nenas. sos dia macam masin sikit sampai hilang rasa ayam goreng. tapi kira ok lah, not bad. haha dan yang ni sha nak cadangkan korang try! by the way, korang dh try ke? hehe

p/s JEMPUT JOIN GIVEAWAY SHA ⟶ GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS