11/30/2017

MY NEW BABY! : REDMI 4A

by , in

Assalamualaikum!

MY NEW BABY! : REDMI 4A | alhamdulillah, alhamdulillah, terima kasih ya Allah! sejak phone sha takboleh touch 1/4 dari skrin bersaiz 5.5'' tu sha mula menabung, ye gais duit syiling pun termasuk sekali haha dan dengan bantuan duit sha berblogging selamani, yang buat paid review :') punyalah tekad kali ni, nak beli dengan duit sendiri. finally dapat beli phone baru! 


sebelum ni sha ingat nak ambik oppo yang 500+ tu, ok sha memang takboleh nak beli phone mahal mahal sebab sha memang suka tukar phone :') tapi macam lambat je nak sampai 500 tu, sha pun mengambil keputusan untuk beli Redmi 4a melalui shopee. berdebar rasa hati tunggu barang sampai, sampai takde selera nak makan. hahaha poslaju lambat nau sekarang. okok paham dorang banyak parcel kena hantar haha and finally, ahad haritu phone sha sampai!!!!! on je phone terus selfie hahahaha ya ampun kameranya cantik sekali (tetiba) kamera belakang 13mp (tapi macam beshe beshe je haha) kamera depan 5mp (memang wow habis). sebelum phone sampai duk tengok jugak review phone ni kat youtube. yang sedihnya slot simkad dengan memory sekali so kalau nak pakai dua sim takbolehlah nak letak memory, kalau nak letak memory takboleh letak 2 sim. takpe benda boleh settle haha. meet my new baby!

[berbackgroundkan tudung pagi tadi hehehehe]

[gambar yang diambil menggunakan kamera belakang]

[gambar yang diambil menggunakan kamera depan - muka letih cian]

seller dia memang okay gila! sha macam asyik tanya pos bila, asal tak update tracking pe semua tapi dia layan elok je haha sha pulak rasa nak marah diri sendiri. tapi takbest sebab takdapat casing + tempered glass, but sokay sebab harga memang habis murah dah. casing sha dah order asing dan dah sampai pun. tempered glass in on it ways. moga sampai dalam keadaan selamat lah hahaha. okay sekian dari sha untuk harini. alhamdulillah for everything.





11/30/2017

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN?

by , in

Assalamualaikum.

DAPAT CALL DARI NUMBER YANG MENCURIGAKAN? | nampaknya November 2017 akan melabuhkan tirainya dan welkem December yahooO! so pada hari selasa haritu sha cuti dan kat kawasan sha hujung sepanjang hari jadinya malas nak keluar, since cousin pun cuti sekolah sajalah spend time dengan dia, belikan dia internet bagi tengok mael lambong [cerita tahun bilalah haha] pastu tengah kitaorang duk melayan lawak si zizan, ada call masuk.


ya. number seperti diatas. tu screenshot pagi tadi sebenarnya. pada hari selasa tu dia call dua kali tapi sha tak angkat sebab sha memang terbiasa tak angkat call kalau number tak kenal dan number tu sha takberurusan dengan permohonan U ke apa ke sebab number tu number untuk access bank je. ha mencurigakan kan? sha ada 4 number kot haha tapi number yang ni yang dicall. lepas tu semalam sha pergi kerja memang takbawak phone ni sebab screen dia takboleh touch [baca sini] pssst i already got my new baby . bila balik kerja eh ada lagi misscall lagi? number yang sama dan dua kali jugak call. sha macam geramlah haha so sha sengaja search number ni kat google, manatau number bank ke kan.


sha ada upload kat instastory semalam. memang baca kat situ dari pihak MARA lah haha bila pulak sha hutang MARA, ada cakap dari TM pun takpernah sha guna TM ke apa. sabar jelah, pastu pagi tadi tengah buat kerja tiba tiba dapat msg kat number tu, harini tetiba rasa nak bawak phone tu haha 


kalau korang dapat mesej macam ni apa nak buat? sha memang tak kenal pun shidah bt awang tu haha kalau nak cakap makcik ke memang takdak adik beradik nama awang. sekarang dengar cerita banyak kes menipu macam ni. patut tak sha balas msg tu cakap sha bukan shidah binti awang? #sisyangkeliru



11/27/2017

LIRIK ISTIKHARAH | EDA NAZIELA

by , in


Original song by Eda Naziela
Lirik & Melodi : Eda Naziela
Muzik : Eda Naziela

LIRIK ISTIKHARAH | EDA NAZIELA

akan ku coret berjuta lagu
hanya untukmu tentang dirimu
meski kau tak pernah tahu

akan ku beri setiap doa
untuk dirimu sebelum lena
itulah cinta kita

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

tabah harungi setiap masa
moga kau juga kirimkan doa
dalam diamu ada aku

cukuplah DIA saja yang tahu
perasaan hamba yang sedang mahu
mencintaimu hingga akhir - akhirku

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

andai ya Rabbi
andai dia milik aku
kekalkan perasaan itu
tapi masih dijalanMu

istikharahku mengharapkan kamu
muncul dalam setiap sujudku
menggapai cita untuk bersama

moga kau jadi teman di dunia
dan diakhirat sana

11/23/2017

REVIEW KFC CHIZZA BOX

by , in

Assalamualaikum

REVIEW KFC CHIZZA BOX | Semalam sha cuti untuk minggu ni, sepatutnya cuti selasa tapi tukar cuti sebab ada benda yang bos sha nak kena uruskan apa entah so sha ok je sebab takde plan apa apa untuk this week. lepas tu sha "berehat" sepanjang hari semalam haha, petang baru keluar rumah. bila dah keluar, ingat nakpi rumah makcik nak ajak dia buat spagetti pastu dia pulak ada kerja, sha dengan sedihnya baliklah rumah haha pastu cousin ajak keluar beli ice blend, sha iyakan sajalah. alang alang dah keluar saja lalu depan KFC nak tengok ada tak banner chizza tu, YES ADA! sha terus behenti dan masuk KFC haha.

Untuk pengetahuan korang, KFC telah mengeluarkan menu baru iaitu CHIZZA which is Chicken + Pizza pada 21 November 2017. sha duk nampak iklan KFC yang mengugat iman sha di FB, YOUTUBE dan TWITTER.


disebabkan iklan dia wow gituh , why not try kan? sha pun belilah yang chizza box punya. kalau korang nak beli chizza sahaja pun boleh je, ataupun chizza combo. the reason why beli chizza box sebab nak ayam goreng hahaha. 

CHIZZA BOX

sebenarnya dalam set ni air pepsi kot tapi sha tukar ambik milo, total RM19.00. sebelum sha pergi beli ni, sha tengok dorang upload gambar chizza tu macam kecik je haha macam debar jugaklah nak beli sebab takut tak berbaloi tapi alhamdulillah besarlah jugak kan chizza sha dapat. chizza ni ok ok je. sha taksuka sebab banyak gila nenas, serious banyak. kan dah nak kena mengasingkan pulak sebab sha takmakan nenas. sos dia macam masin sikit sampai hilang rasa ayam goreng. tapi kira ok lah, not bad. haha dan yang ni sha nak cadangkan korang try! by the way, korang dh try ke? hehe

p/s JEMPUT JOIN GIVEAWAY SHA ⟶ GIVEAWAY SHFYQHAZHR x PRINTCIOUS




11/18/2017

INSTAGRAM DI PC DAH ADA STORY

by , in

Assalamualaikum

INSTAGRAM DI PC DAH ADA STORY | Hi! selamat berhujung minggu! siapa yang ada instagram? eh tipulah kalau takdak kan haha. so siapa yang ada instagram tu followlah sha → @shfyqhazhr (promote diri sendiri pulak 🙈) tapi selalunya orang bukak ig kat phone je kan? tapi sha suka bukak kat pc hahaha sebab senang nak bukak banyak banyak tab nak stalk orang *kaki stalk* so semalam bukak takdak lagi, tapi harini bukak tadaaa :-


nampak tak yang kat sebelah kanan tu? disitulah terletaknya story ig. bolehlah view semua story lepas ni sebab pc guna wifi haha kalau phone pakai data hakak 😂 oh ya, sha lebih suka update story haha daripada upload gambar sekarang, taktaulah pasepa, semua benda la ni update kat story je. kalau korang macam mana pulak? bye! selamat berhujung minggu!

11/17/2017

SEBELAH RUMAH

by , in

Assalamualaikum

SEBELAH RUMAH | mesti pelik kan apa yang sebelah rumah nya haha. petang semalam lepas balik kerja sha singgah rumah makcik, oh ya sha memang suka pi rumah makcik sebab ada baby haha. sepanjang perjalanan sha dari tempat kerja ke rumah makcik, sha duk tengok pemandangan langit, sawah, jalan raya, ya Allah cantik sangat. sebab semalam nak hujan so dia jadi macam awan tu biru elok je tapi segan lah nak behenti ambik gambar. sampai je kampung makcik lagi cantik T.T tapi setiap kali nak behenti mesti ada orang lalu lalang so takjadi. rezeki sha lah semalam pi rumah dia, dia buat laksa kisar haha padahal sebelum ni sha taksuka sangat laksa kisar sebab dia tepung tapi semalam sebab nak hujan so dia macam lapar, sha makan jelah tapi takambik gambar pun haha tapi tengah menaip ni sha terliur hahaha. 

ok lepas tu, dalam pkul 6.35pm sha pun nak balik rumah. masa perjalanan balik rumah tu pun cantik sangat pemandangan dia, dengan cahaya matahari elok haha duk ingat nak ebhenti selfie ja eee geram! kalau sorang dia macam takbest sangat, kalau dua orang okaylah kan haha. sampai je sha kat rumah, sha rasa nak ambik gambar tepi rumah [JALAN JALAN BELAKANG RUMAH] so here the result ;-


"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman)


I have a lot to be thankful for. I am healthy, happy and I am loved. Alhamdulillah.


We are blessed by Allah SWT in so many ways. Always remember that and be grateful.


Oh Allah, Please bless us with eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad & a soul that never loses faith.


When life knows your down, get up, and turn back to Allah. When life puts you in a higher position, kneel down, and turn back to Allah.


After asking Allah SWT to guide you to the straight path, don’t just stand there – start walking.


sha memang suka ambik gambar pemandangan. sebab disitu dapat kepuasan haha. oh ya, btw sha guna phone je ambik semua gambar semua ni. sha guna phone Oukitel C4 👀 Salam Jumaat gais!




11/16/2017

CANTIK SEKELIP MATA DENGAN BEAUTY IN THE DROPS BY 9HERBS

by , in

Assalamualaikum

CANTIK SEKELIP MATA DENGAN BEAUTY IN THE DROPS BY 9HERBS | Semua sedia maklum yang zaman sekarang memang semua orang mementingkan kecantikan. jangan terkejut, sekarang bukan perempuan je nak cantik, lelaki pun apa kurangnya. kiranya semua orang menjaga kecantikan masing masingkan. sapa je taknak cantik/handsome yedok haha

so harini sha nak cerita mengenai satu produk yang kebaboommm dia punya kesan dan sha sendiri pun dah cuba dannn sekarang dah jadi fav dah!

Beauty in the Drops
ha korang jenis tak suka bermekap? jenis yang suka mekap tapi mekap asyik bercapuk? atau suka bermekap tapi asyik kena tacap mekap sebab mekap taktahan lama? sha ada jalan penyelesaiannya! korang kena cuba BEAUTY IN THE DROPS(BitD) ni. untuk pengetahuan korang, BitD ini merupakan satu produk keluaran 9Herbs Health & Beauty. BitD ini merupakan UV Face Primer + Luminous Day Serum yang menggunakan 100% bahan semulajadi ; minyak argan + minyak jojoba + vitamin E . semua sedia maklum tentang kebaikan minyak argan dan minyak jojoba kan? tapi sha nak share jugak sedikit kat sini



Kelebihan Minyak Argan ; kaya dengan Vitamin E dan Omega 3,6 dan 9. ianya sesuai untuk semua jenis kulit.selain itu, minyak argan juga baik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit dan dapat melembapkan, menegangkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit! di samping itu, minyak argan juga dapat mengatasi masalah jerawat, radang dan juga sunburn

Kelebihan Minyak Jojoba ; minyak jojoba merupakan wax ester yang memiliki ciri - ciri yang sama dengan struktur kulit manusia dan ianya sesuai dengan kulit sensitif. kelebihan minyak jojoba juga seperti minyak argan, dapat melembutkan , melembap dan menghaluskan kulit. disamping dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah oksidasi kulit.

KELEBIHAN BEAUTY IN THE DROPS
  • menjimatkan masa
  • mencantikkan wajah disamping merawat wajah
  • mengandungi 100% BAHAN SEMULAJADI
  • bersih dan rawat kulit dari dalam
  • kulit lebih cerah dan glowing walaupun tanpa makeup
  • tiada bahan kimia merbahaya
  • tiada kesan sampingan
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • kaya dengan antioksida


KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN BitD?
  • menjadikan wajah jelita secara semulajadi
  • merawat bintik dan tompok hitam di wajah
  • mengurangkan garis halus dan kedutan
  • menutup liang pori bekas jerawat
  • mencerahkan wajah
  • melembapkan wajah
  • menegangkan kulit wajah
  • menghaluskan kulit wajah
  • melembutkan kulit wajah
  • merawat tona kulit tidak sekata
  • meremajakan dan menganjalkan kulit
  • merawat kulit kusam
  • merawat kulit berminyak
  • menghilangkan jerawat halus
  • menghalang pertumbuhan jerawat baru
CARA PENGGUNAAN
  1. goncang sebelum digunakan
  2. picit hujung getah penitis kemudian lepaskan
  3. longgarkan penitis dari bekas kaca
  4. perlahan - lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar muka. titiskan ke dagu, pipi , hidung dan dahi. kemudian ratakan ke keseluruh wajah.
  5. mulakan solekan seperti biasa.
  6. untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan terakhir.

Selepas seminggu sha gunakan produk ni, sha dapat rasakan muka sha ada perubahan. sebelum ni muka sha berminyak sangat, tambah tambah bila masuk pukul 12 tengahari, well Kedah is so hot! lepas sha guna BitD ni, lepas solat sha hanya perlu apply lagi sekali dan tacap dengan bedak baby, pun dah cukup. kulit pun nampak berseri je, takpayah mekap tebal tebal dah biasalah malas haha. so kalau korang pun nak beli BitD ni ;-

contact 012- 454 0187 (Kak Raaina) for enquiry.

atau

Layari website www.9herbs.com dan claim promo code SEKARANG! untuk special offer (Promo Code IMC-BitD#1)


Website : http://www.9herbs.com
Facebook : https://www.facebook.com/9herbsMY/
Twitter : http://www.twitter.com/9herbs/
Instagram : https://instagram.com/9herbsmy





11/14/2017

MY SKINCARE [ GARNIER + AIKEN + NANO WHITE + KLAIRS ]

by , in

Assalamualaikum

MY SKINCARE  | sedar tak sedar tinggal sebulan lebih je lagi kita dalam tahun 2017 kan? banyak jugak lah duka dari suka dalam tahun 2017 ni haha tapi hidup mesti diteruskan caiyok caiyok! dalam tahun 2017, beberapa kali jugaklah kulit muka sha buat hal. siapa yang tak stress kan kalau kulit sendiri teruk, level confident sah sah lah menurun. tapi sha seorang yang gigih nak elokkan semula muka sha sampai ada orang puji/tegur muka dah makin okay [BACA SINI]. disebabkan ada yang nak tau sha guna skincare apa, so meh sha share!

Sebelum apa apa sha nak bagitau yang kesan terhadap kulit muka kita taksama hehe maybe sesuai dengan sha tapi bukan dengan korang. 



Cleanser ; Garnier 12in1 Pure Active Anti-Acne White - cerita dia sha nak cari yang garnier matcha tapi ternampak yang ni, terus beli alhamdulillah sesuai dengan muka! hehe

Toner ; Nano White Refining Treatment Toner - sebelum ni sha ada jugak tukar another brand punya toner sebab this toner mahal jugaklah sebotol rm20 (HAHAHA DAPAT SNACK PLATE KAT KFC KOT) tapi dah tukar takbest toner tu, best yang nano white ni jugak.

Moisturizer : Aiken Spot Away Daily Moisturising Lotion - THE BEST MOISTURIZER EVER! sha memang susah nak jumpa moisturizer yang sesuai dengan muka sha sebab muka sha jenis berminyak so kena cari yang ringan or water based. tapi yang ni memang terbaikkk

Day Cream : Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Day Cream - ok. sha takpernah tukar mana mana day cream since sha guna ganier ni, serious. day cream sakura ni best gila! kalau korang tengah cari day cream, sha cadangkan beli yang ni ehee!

Sunscreen : Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion - sebelum ni sha ada guna sunscreen from another brand tapi nampak muka terbakar jugak padahal sha duk dalam tempat kerja je hari hari, jaranglah nak kena matahari. so sha guna brand klairs ni tak sangka pulak best, nanti nak beli semula sebab dah tinggal sikit :< [ REVIEW KLAIRS MID-DAY BLUE SUN LOTION ]

Night Cream : Garnier Multi Action Whitening Serum Cream - ok gais, ni bukan sponsor post dari garnier tapi sha memang suka guna garnier hahaha. night cream dia ringan gila! bangun pagi konfirm muka licin je hahaha already use it about a year

Makeup Remover : Garnier Micellar Cleansing Water - before this im using the blue one tapi takbest haha so sha tukar to the pink one memang ok dengan muka sha.

Scrub : ohyeah, before this sha guna yang garnier 3 in 1 tu tapi tak sesuai dengan muka so sekarang sha guna greentea teabag je hahaha. ada setengah orang cakap terlalu kasar greentea tu tapi pada sha okay je haha. so setiap malam before tidur sha memang akan minum greentea boh, dia punya serbuk teh tu sha guna buat scrub. or kalau rajin banyak sha akan buat scrub kopi using kopi + brown sugar + olive oil.

Mask : random mask - sha takpernah stuck with one mask haha serious. sha memang akan suka one mask tapi sha lebih suka nak tukar tukar mask, nak try semua lah cerita dia.

Another routine ; pakai bedak nyonya bila rasa perlu - time jerawat besar besar, minum greentea secawan before tidur, minum air kosong 3L [BACA SINI], jaga permakanan dan harus rajin bukan hangat hangat tahi ayam haha.

Also Read :
SAPIKAH & GARNIER
REVIEW GARNIER PUREACTIVE MATCHA DE-TOX
SEP CANOLA HONEY NOURISHING MASK

sha bukan ambik masa 3 hari tau nak nampak perubahan haha tapi takdelah makan masa bertahun dalam sebulan dua memang dah ok alhamdulillah, kena rajin dan sabar je okay?

11/11/2017

LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY

by , in

Assalamualaikum!

LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY | Pada masa ini, kita sedia maklum semua orang amat mementingkan kesihatan ; terutamanya kesihatan dalaman. kita juga tahu bahawa, pada masa sekarang, pelbagai jenis jenama dan produk terdapat di pasaran. pada hari ini, sha ingin memperkenalkan mengenai LYNNITY - LET THE FARM BE YOUR PHARMACY

Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi Anda).Bermula dengan mempercayai bahawa tumbuhan adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan yang mampu mencari hasil kekayaan dengan ‘super foods’ dan menyokong kami untuk berkongsi dengan orang ramai. Semangat keusahawanan dan misi untuk mengubah kehidupan rakyat masih menjadi petunjuk dengan segala yang kita lakukan hari ini. Lynnity (Jom Jadikan Ladang Sebagai Farmasi Anda) terus meyokong sempadan inovasi dalam apa yang telah menjadi pasarancepat berubah walaupun budaya korporat yang dinamik.

Di Lynnity, terdapat pelbagai jenis produk yang berasaskan tumbuhan untuk kegunaan semua jenis peringkat umur. Antara produk yang terdapat di Lynnity adalah ; Botanic Superfood , Botanic Juice , Botanic Health , Specialty Coffee - Eurycoma Longifolia ,Specialty Coffee: Instant Black Coffee dan Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil ). 

Botanic Health (Citrus) - Bone & Joint Health | Cardiovascular Health | Cholesterol Management | Energy


Pada masa kebanyakkan orang mengalami sakit sakit sendi, kolestrol yang tidak terjaga dan kekurangan tenaga tanpa mengira umur, sedangkan pada masa dahulu kebiasaanya hanya orang yang berumur sahaja yang mengalami sakit sendi dan sebagainya. Dengan adanya Botanic Health ini, pengamal supplement ini dapat mengatasi masalah masalah tersebut. Botanic Health mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi kita serta membantu kita untuk mencegah osteoporosis. Botanic Health adalah sel pelbagai mineral bahan-bahan revolusioner, stem semula jadi dan sesuai untuk pemakan sayur-sayuran. Ia terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan tulang dan sendi, formulasi unik ini membolehkan anda untuk menikmati kehidupan mudah alih.


Botanic Health ini diperbuat daripada bahan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan dan khasiat yang tersendiri.


berikut adalah manfaat - manfaat yang akan diperoleh apabila menggunakan Botanic Health. Botanic Health berkesan &dipercayai menjadi pilihan penggunanya!



Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil )


Lynnity Relief adalah salah satu produk yang wajib dimiliki disetiap rumah kerana Lynnity relief ini sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan seisi rumah. Lynnity Relief sangat baik untuk membantu menenangkan ketidakselesaan kecil, dan boleh digunakan di mana anda memerlukan Lynnity Relief. Lynnity Relief Roll-on minyak penting adalah campuran eksklusif minyak penting tulen yang digubal untuk digunakan kerana memiliki bau yang menyegarkan, memberi tenaga dan melegakan dengan mudah untuk dahi, bahu dan leher, bila-bila masa, di mana sahaja yang diperlukan!


Bahan - bahan yang digunakan didalam Lynnity Relief ini sangat membantu penggunanya supaya mendapat terapi dan dapat menghilangkan stress walau dimanapun kita berada. dibawah ini saya senaraikan kebaikan / manfaat Lynnity Relief ini untuk seisi keluarga.




Anda boleh menggunakan Lynnity Relief ini dimana mana shaja, dengan saiznya yang kecil dapat membantu memudahkan anda untuk membawanya kemana mana sahaja dan dapat menggunakannya bila bila masa diperlukan.




Untuk keterangan lanjut :-

Website : http://lynnity.com
Facebook : https://www.facebook.com/lynnity.botanic/
Instagram : https://instagram.com/lynnityhealth









11/10/2017

EH! ADA ORANG PUJILAH

by , in

Asslamualaikum

EH! ADA ORANG PUJILAH | sha dengan kawan baik sha memang suka hantar selfie kat group whatsapp kitaorang. biasalah masing masing jauh kan kalau bershare share selfie mana tau dapat mengubat rindu dijiwa hahaha so pagi tadi sha ada lah send selfie kat group pastu one of my bestfriend puji kita uolls. kembang setalam lah kita hahaha 


dekat instagram pun sha dah jarang post gambar selfie sekarang, kalau ada tu semua gambar lama lama hahaha sebab confident level nak berselfie dah kurang. muka teruk kan sapa je suka nak tayang hahaha malulah 


gambar kat atas ni sha guna b612 tau hahaha tapi jelas kelihatan Encik J -_- sha dah la hari hari jumpa orang. dan paling teruk kulit muka sha kusam gila. sumpah sampai menyampah nak pandang cermin. muka nampak sedih je sentiasa hahaha nak selfie pun macam takcantik la huwaaaaaaa tapi sha adalah guna beberapa skincare baru baru ni, taksangka pulak ada perubahan.


sekarang bukan 100% dah okay tapi semakin okay, pori pun nampak takberapa nak nampak sangat, parut pun dah kurang jelas, muka pun dah tak kusam. alhamdulillah, beriya sha selfie tadi tau hahahaha. sha rasa nak share skincare yang sha guna, ada yang nak tau tak? ✋



11/10/2017

BREAKFAST ZAMAN SEKOLAH

by , in

Assalamualaikum


BREAKFAST ZAMAN SEKOLAH | sha seorang yang takboleh tinggal breakfast nanti seharian hidup sha serba tak kena haha tapi ada je orang yang sha kenal yang taksuka breakfast haha tapi breakfast memang penting okay! so zaman sekolah dulu sha ni seorang yang selalu lambat tapi takpernah kena tahan tau, i mean walaupun lambat ke sekolah tapi masih sebelum waktu pagar tutup. maknanya kalau pagar sepatutnya tutup pukul 7.30 pagi, sha akan sampai 7.29 pagi (HAHAHAHAHA) yeah memang perangai ni lah dari form 3 sampai upper 6. masa form 3 - form 5 sha datang sekolah dengan cousin lagilah selalu lambat. ada sekali tu kitaorang sampai sekolah pukul 8 lebih nak dekat pukul 9 dan time tu hari ahad!! hahaha kitaorang masuk dewan buat macam baru lepas balik dari toilet haha ya ampun time tu memang gila lah perangai hahaha. tapi bila masuk form6 sha takdelah lewat mana pun, takpernah lagi lah kena tahan tapi kalau hari hujan memang pukul 9 10 jugaklah sampai sekolah tapi memang akan pergilah haha baik kan? ;p

ok. sebenarnya nak cerita pasal breakfast *tepuk dahi* sha memang takkan sempat nak sarapan kat rumahlah kalau dengan lewat ni, so sha akan beli makanan kat kantin je setiap hari kecuali hari cikgu disiplin tunggu kat kantin sambil pegang rotan "ha takboleh beli dah, pergi masuk kelas la ni" hahaha T_T kadang kadang lepas jugak sebab biasalah form6 kan :p 


so semalam sha ada singgah kedai makcik nasi kerabu tu and i found this!!!! i dont know orang lain panggil apa tapi sha panggil pak tongkol hahahahaha kuih ni since sha form 3 lagi tau. dulu pelik jugak asal kawan suka sangat makan kuih ni sebab dia kan kosong je kot ye ada sambal kat dalam ke (tu kuih burger) takpelah jugak lepas tu sha try ha lepas try memang asal breakfast je makan ni. sedap uolls. sha duk makan kuih ni dari form 3 sampai habis sekolah lah. sedap takpayah cakap, geram je rasa tengok gambar ni hahaha


dan yang ni! pulut sambal kan? masa form 6 setiap pagi sha akan beli benda ni kalau takhabislah sebab suka sangat pi sekolah lambat so makanan yang sha nak selalu sangat habis awal hahahahaha semalam dapat makan ni fuh rasa dunia ini ana yang punya! tapi tahu tahu jelah kalau makan pulut, ni sebab sha selalu mengantuk dalam kelas dulu hahahaha

selain dua ni, sha suka jugak breakfast sandwich kat kantin tu walaupun sardin pun hidup segan mati taknak tapi tetap menjadi pilihan sha haha sebab nak makan nasi kat sekolah rasa mcm berat sangat memang rehat pun makan sandwich ke kadang kadang takpun kitaorang buat makan makan time rehat (huwaaa missing my school life so bad) dulu time rehat siap makan spagetti lah hahahaha.... nak sekolah balik please?


11/09/2017

FIRST TIME SHOPPING DI HERMO.MY!

by , in

Assalamualaikum



FIRST TIME SHOPPING DI HERMO.MY | haritu lepas MYCYBERSALE 2017, sha saja saja usha hermo.my dengan niat nak usha tanpa membeli apa - apa haha ingatkan kuatlah nafsu time tu. akhirnya sha tertewas (actually sentiasa tertewas) tapi semua benda yang sha nak semua dah out of stock. lipstick yang sha nak mesti takdak, stress iolls time tu haha sapa suruh pandai sangat shopping LEPAS mycybersale 2017 -_- sepatutnya shopping time mycybersale tu haha barulah harga gila gila punya diskaun tapi takpe kita tunggu yang next year pulak hahaha. so time tu ka hermo.my dia ada buat beli 2 barang dan dapat free postage, i loike free postage hahaha sha pun add remove add remove benda dalam cart tu dan last last sha beli benda ni 

Nature Republic Best Soothing Duo + Maybelline Color Show Creamy Matte 3.9g

mula mula tu nak beli lipstick je haha bayangkan lebih 10 jenis lipstick sha tengok semua yang sha nak out of stock hahaha dah lah murah gila. btw sha jenis sebelum beli memang baca dulu review semua hahaha bukan kat hermo je, semua tempat sha online shopping memang sha akan baca review kalau yang takdak review macam mana? malas nak beli hahaha. selepas membuat perhitungan lebih dari 5 jam akhirnya sha checkout terus bayar hahahaha dan tunggu barang sampai. memang lama jugaklah sebab faham baru lepas mycybersale kan so memang order mestilah banyak. dan akhirnya van poslaju hon pin pin pin yay! barang sampai [ actually benda ni dah lama tapi biasalah sha baru nak update]


1. Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel 300ml
2. Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml

sebagai peminat setia aloevera a.k.a lidah buaya hahaha memang sha dah lama aim nak beli benda ni tapi biasalah mesti beli benda lain haha -_- dan akhirnya sha beli jugak ohyeah! yang face mist tu sha dah guna setengah botol dah uolls haha nampak tak yang barang dah lama gila sampai? yang aloevera gel tu sha takguna sangat pun entahlah kenapa sebab susah kot hahaha tapi emm haha full review next entry ok?


Maybelline Color Show Creamy Matte 3.9g [#M210 Dare To Be Red]

MY CURRENT FAVORITE LIPSTICK! yes gais! sebelum ni takpernah ada pun favorite lipstick sebab sha akan tukar tukar shade setiap hari haha tapi sekarangkan sha memang guna ni jelah setiap hari, wajib! walaupun warna dia ala ala makngah sikit [amboi merahnya makngah] tapi sha takdelah pakai macam tu, sha pakai ala korea tu haha 

kalau nak tau full review kenalah tunggu next entry [entahlah bila] hahaha bye gais!


11/09/2017

CARA MUDAH FOLLOW BLOG BANYAK BANYAK

by , in

Assalamualaikum.

CARA FOLLOW BLOG BANYAK BANYAK SEKALIGUS | sejak akhir akhir ni banyak pulakkan giveaway diadakan. sha pun tak lepaskan peluang nak join giveaway/segmen yang diadakan, mana tau ada rezeki. kalau tak menang pun takpelah dapatlah support rakan rakan blogger yedok? bila dah join giveaway/segmen mestilah ada syarat - syaratnya kan? syarat yang wajib haruslah follow blog so sha nak ajar macam mana nak follow blog banyak banyak sekaligus. 

blogger.com → reading list


nampak tak icon macam pensil tu? ha klik situ


lepas tu klik button [ ADD ]


masukkan link blog yang korang nak follow 


dan tekan FOLLOW! done!








11/08/2017

LIRIK RINDU DI JIWA - ENCIK MIMPI

by , in


RINDU DI JIWA - ENCIK MIMPI | Lagu ini mengisahkan tentang 2 orang kawan rapat yang sebenarnya kedua-dua saling mencintai antara satu sama lain namun tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing. Kedua-duanya takut jika meluahkan, hubungan kawan rapat yang terbina akan rosak dan mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sehinggalah salah seorang bertemu teman baru, barulah kedua-dua tahu perasaan cinta yang terpendam antara mereka, namun semuanya telah terlambat.

Song: Encik Mimpi
Lyric: Encik Mimpi
Producer: Harry Khalifah
Executive Producer: Hadi Rumnan

LIRIK RINDU DI JIWA - ENCIK MIMPI

hooouoo hooouoo
hooouoooooooo

mengapa sukar ku luahkan
rasa yang lama ku pendamkan
sesungguhnya kau yang aku sayang
ku inginkan kau pun turut merasakan

takpernah sekali ku ingini
semua kan berakhir begini
sesungguhnya aku menyesali
tak terluah rasa dalam hati

kini tiada lagi cara untuk ku katakan
kau telah pergi,  yang tinggal hanya kenangan
belum sempat untuk aku menyatakan
kau insan yang aku dambakan

maafkanlah aku
kerna menafikan cinta
tak ku sangka
masa tak izinkan kita
kini tinggal
hanya aku yang sengsara
menanggung rindu dijiwa

kini tiada lagi cara untuk ku katakan
kau telah pergi,  yang tinggal hanya kenangan
belum sempat untuk aku menyatakan
kau insan yang aku dambakan

maafkanlah aku
kerna menafikan cinta
tak ku sangka
masa tak izinkan kita
kini tinggal
hanya aku yang sengsara
menanggung rindu dijiwa
11/08/2017

ASYIK TENGGELAM TIMBUL JE

by , in

Assalamualaikum

Bersua kembali di blog hahaha banyak hari jugaklah tak update blog. sha tengah try hard nak manage masa nak berblogging dengan konsistennya tapi still takboleh. asal nak berblogging je internet slow lah nak upload gambar takboleh lah tiba tiba rasa bilik berselerak lah tiba tiba rasa nak kemas rumah lah tiba tiba rasa nak tidur lah hahaha banyak betul dugaan nak dapat taip satu entry pun. 


kalau sebelum ni sebelum sha mulakan kerja sha, sha akan sedaya upaya untuk buat satu entry (kat tempat kerja) tapi hujung hujung tahun ni makin busy pulak haha sampai kadang kadang nak bukak fb pun taksempat uolls. dengan stress tempat kerja, stress takdapat buat apa sha buat hahaha T.T sekarang nak dapat taip satu entry punyalah susah tapi gigih jugak nak join giveaway semua :p nanti kalau dah beli phone baru insyaAllah sha rajin update blog (aminn!) doakan sha murah rezeki haha sebab tengah gigih kumpul duit ni haha, see u!

11/03/2017

CARA MINUM AIR KOSONG 3LITER ++ SEHARI??

by , in

Assalamualaikum.

CARA MINUM AIR KOSONG 3LITER ++ SEHARI?? | siapa sini suka minum air kosong? eh mana sedapkan air kosong, baik minum air milo ais ke teh ais ke barulah lega tekak ni kan? ramai jugaklah yang selalu cakap kat sha yang dorang takboleh nak minum air kosong walaupun 1 liter sehari. sha macam ....... pastu hampa minum air apa? air teh ais ada, milo ais ada. yang paling nak marah tu buah hati sendiri lah, air kosong memang taklah dia nak pandang, batuklah macam mana pun mesti cari air ais jugak. sebenarnya orang tau tak apa kelebihan minum air kosong ni? antara kelebihan minum air kosong adalah dapat menurunkan berat badan, menjadikan tubuh lebih bertenaga dan sihat, dapat mencantikkan kulit dan meningkatkan fungsi otak.

dulu sha pun susah jugak nak minum air kosong padahal sha dari zaman tadika lagi memang dibekalkan sebotol air kosong (walaupun dulu ada kawan bawak air milo gi sekolah masa tadika -_-) tapi tetap susah nak minum air kosong, rasa telan takrasa apa (lol) tapi haritu masa kulit sha teruk gila sha memang pulun (bak kata orang kedah) minum air kosong, ada kadang kadang sampai 4liter lebih hahaha gigih gila. oh ye awak, toilet tu dah boring rasanya tengok sha haha kadang sampai letih nakpi toilet ish ish. tapi memang nampaklah hasil dia, muka sha pun makin okay dan lepas tu memang sha mantain minum air kosong je sampai rasa air kosong sedap dari milo ais? kekekekeke

MACAM MANA SHA MINUM AIR KOSONG SAMPAI 3 LITER SEHARI?

tanpa background yang cantik sha memperkenalkan kawan baik sha haha
masa mula mula belajar (haha) minum air kosong sha guna botol yang 1.5l tu, setiap hari beli air tu gigih sangat. tapi dia macam takberapa nak boleh go ( you know what i mean) bila kita nampak air tu macam banyak automatik otak kita set yang kita takboleh nak minum air sebanyak tu, dah la air kosong pulak tu kalau milo ais ke nescafe ais ke okay jugak kan? haha ya sha pun macam tu, selalu macam boleh ke aku nak habiskan air banyak tu? kembung perut aku kang haha gituh. lepas tu sha pun berfikir sejenak, why not sha tipu otak sha hahaha. actually dah buat dah kat rumah benda ni tapi tak terfikir nak buat kat tempat kerja. yelah kat rumah banyak mana je nak boleh minum, balik pun dah petang takkan nak minum air je memanjang haha. lainlah kat tempat kerja, 8 jam kan, so bolehlah setakat 3 liter je :p

okay caranya, sha beli satu botol kecil, sebelum ni botol lain. yang ni botol beli kat SGSHOP (comelkan?????? BACA SINI) hahaha so sha akan tuang air dalam botol kecil tu dan otak sha pun automatik akan cakap (eh cakap ke) alah sikit je air kena minum ni, hahaha faham tak? so sha bolehlah minum air kosong dengan tenangnya haha. botol yang besar tu 5.5liter, so dalam dua hari dah boleh pergi isi semula je haha 50 sen je tapi janganlah guna botol gemok tu sampai bertahun paling paling seminggu sekali tukarlah okay? dan jangan paksa diri, takpe slow slow pun okay, nanti lama lama dah takrasa sangat nak minum air manis tapi kena jugak minum! cikgu sukan sha cakap kalau taknak minum manis pun kena jugak minum sebab nak bagi balance, so seminggu sekali ke okay?

sekian. haha taktaulah kenapa mesti bebel panjang panjang walaupun dah lulus adsense (yay! selepas direject haritu) korang macam mana? ada tips lain tak macam mana nak minum air kosong dengan tenangnya? hehe komenlah!


My Instagram