Assalamualaikum
SEMINGGU DAH MAKTOK TAKDAK | Harini, sabtu cukup seminggu maktok takdak. kepada yang belum tengok posting saya di IG, nenek yang saya panggil "Mak" telah kembali ke rahmatullah pada 9 Disember 2023 yang lepas.
SEMINGGU DAH MAKTOK TAKDAK
Satu figura yang sentiasa ada depan mata saya dari saya kecil. Sebagai rujukan dan ingatan saya di masa hadapan, saya nak ceritakan perjalanan saya balik kampung dan balik ke rumah dan balik kampung semula. Saya memang bercadang nak balik kampung sebenarnya bulan 12 tapi sebab taknak bertembung dengan date budak sekolah cuti jadi saya awalkan 2 minggu which is 26 Nov saya bertolak balik ke kampung.
Everything was fine, maktok boleh je bangun lagi, buat air teh untuk dia pagi pagi, bangun jerang air. Buat benda yang dia selalu buat selama ni. Then saya pulang ke rumah pada 1 Disember, masa tu tok masih okay takde pape yang pelik pun.
5 Disember. Mak sedara call bagitau cara maktok bernafas pelik. Lepastu dia call ambulan dan ya, maktok penat. Admit 3 hari dan khamis, 7 Disember doktor panggil semua anak anak datang nak bincang. at this point saya dah tau something worse will happen. Doktor cakap suruh bawak balik rumah sebab dah takde harapan. dan saya? masih di negeri sembilan.
Kebetulan suami demam dari kitaorang balik kedah lagi. Risau kalau dia drive jauh lagi bertambah sakit. dan 8 Disember petang, bawak balik ke rumah, 9 Disember arwah maktok tinggalkan kami. Sebenarnya saya dan cousin ada cadang nak balik dengan bas hari ahad tu tapi taktau kenapa bas semua penuh.
Dan mungkin hikmah saya tak balik dulu, adik saya tengah kursus dapat balik. Jadi malam tu, pukul 12 mulalah perjalanan kami balik ke kedah. sebabkan ada dua driver jadi takde behenti tidur. Alhamdulillah sempat sampai sebelum jenazah diuruskan.
Pukul12 macam tu alhamdulillah semuanya selesai.
Saya sebenarnya mungkin masih di fasa in denial. Rasa "maktok" masih ada tapi kat kampung sebab saya kat rumah sendiri. Entahlah kalau balik kampung macam mana...
Tapi takpalah, maktok pun dah banyak umurnya, dah sampai masa maktok berehat. Semoga segala penat lelah maktok besarkan saya dan adik, Allah permudahkan segalanya di alam sana.
Alfatihah, Aminah Binti Shafie (4 Okt 1939 - 9 Disember 2023)
0 Comments
Post a Comment